InsyaAllah less than 50 days, aku akan selangkah ke alam misteri..haha..kenapa aku katakan alam misteri sebab, alam yang tak pernah aku tempuh la kan..so penuh dengan misteri..bukan mcm misteri nusantara tu..So, dalam masa bertenang dan berdiam diri ni, banyak benda yang aku buat, cumanya malas nak share ngan korang..haha..yela kan, bukan cite pasal travel pun, korang mesti tak minat.. kalau aku cerita kang ade yang kata aku poyo..tu yg aku duk taip padam taip padam setelah beberapa kali cobaan nak update blog pasal benda ni..
tapi akhirnya, aku decide nak share kat korang, apa projek yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.
Projek 1 : Bunga Telur
To save budget opkos, kena la buat bunga telur sendiri. Bahan2 kebanyakannya aku beli kat Nilai 3, kedai ZC tu..Aku plan nak buat seratus, tp bila dah penat buat, aku buat 80 je..haha..jenuh gak nak membuatnya. Mula2, kna buat bunga, pastu kena ikat reben, pastu kena gulung paper pastu ikat, pastu barulah boleh cantum-cantumkan segala bahan2..rumit tapi aku puas hati sebab berjaya gak aku buat.
Projek 2 : Gubahan Hantaran
Lagi satu cara nak save budget. Gubah sendiri barang hantaran. Aku beli bahan-bahan gubahan tak sampai RM200, tapi boleh hasilkan gubahan yang simple, menarik dan memikat hati aku. haha. puji diri sebab takde orang pun nak puji. Total gubahan dulang adalah sebanyak 9 dulang.
Projek 3 : Jahit Manik Baju Nikah
Baju nikah aku simple je, sesimple tuannya. (simple kah aku?) Aku tak bape suka sangat yang fancy2. Kain aku beli sendiri, aku beli plain chiffon n lining, pastu tempah kurung moden tapi kain die buat kembang duyung sket..pastu letak border lace..jadilah,,baju tu aku tempah kat kakak ipar akak aku. Upah jahit RM150 je, beads n border lace aku beli online, tinggal nak jahit je lagi beads tu. Beads tu aku beli jenis yang pearl beberapa size, pastu aku jahit je berterabur. done. Boleh jimat RM400++. Sebab kalau tempah kat luar, baju nikah perempuan boleh cecah RM700 sepasang. Pengsannnn!
Projek 4 : Jahit Veil
Veil lagi senang. Aku just beli kain net, gunting ikut size yg aku nak, hantar jahit tepi, pastu tepekkan dengan baki border lace utk baju, dan beads pun yang sama dengan baju, memang beli extra. Pastu, jahit terabur-terabur. Done!
Projek 5 : Goodies
Untuk goodies aku just beli box dan tempah sticker online, pastu tampal je sticker tu kt box, done. Isi dalam biarlah surprise, khas untuk tetamu yang datang. hehe. Isi goodies tu pun aku bertungkus lumus dengan mak untuk buat. Jadi aku harap tetamu aku nanti dapat enjoice!
Projek 6 : Kemas Rumah
Aku dah start berkemas rumah sejak beberapa minggu yang lepas. Disebabkan aku anak perempuan bongsu yang nak kawen, dan adik bongsu aku pun tak balik kenduri kawen nanti, aku la yang kena bertungkus lumus kemas rumah kat kg. Setiap minggu balik kampung sebab tolong mak dan abah. Kakak2 aku yang lain biasalah dah ada keluarga n anak2 kecil, memang aku tak harapkan dorang tolong sebab bagi aku, dorang tolong jaga anak dorang supaya jangan buat sepah pun dah cukup baik bagi aku..haha..Disebabkan nak menyambut menantu bongsu lelaki, mak jahit langsir sendiri..haha..pastu rumah pun cat la sikit sebab memang dah bertahun-tahun tak bercat. Almaklumlah dah lama tak kenduri kendara. So, memang sangat penat, tapi aku happy je, sebab setiap minggu dapat menatap wajah kesayangan hamba.
Banyak lagi benda yang aku nak buat ni sebenarnya, ikutkan hati, pelamin pun aku nak buat, lauk kenduri pun aku nak masak sendiri. tapi apakan daya, tanganku hanya ada dua. haha. aku buat mana yang mampu je, selain nak cut cost, aku pun happy sebab dapat jugak mengeluarkan bakat terpendam aku ni..yelah, kat kenduri sape lagi aku boleh memandai2, bukan sume org suka dengan idea kite ye tak..Tapi apa yang penting, borang nikah dan segala dokumen tu sume dh siap. Abah pun dah book tarikh imam.
Disamping kerja-kerja di atas, aku dah mula kumpul alamat saudara-mara yg jauh, kawan-kawan yang dah lama tak contact, untuk dijemput ke majlis tersebut. Bagi rakan-rakan blogger yang nak datang, emelkan kat aku alamat korang kat emel yayanrahman@gmail.com. Mana tau dapat bersua kita nanti di sana. (Berani buat camni sebab blog ni tak banyak follower) muahahaha..tapi korang pun entah sudi entah tidak nak datang..yela, kita kan hanya kenal di alam maya hd je. tapi kalau korang nak datang, memang aku jemput tau. just emel je alamat korang, insyaAllah kad sampai..Nanti kenalkan diri, takut nanti aku tak kenal lak. Sesia datang jejauh..(bajet ade follower yang daripada Zimbabwe leteww)
Haha. Okeylah, sebab benda nak surprise lagi kan, so aku tak letak gambar-gambar lagi..InsyaAllah lepas kawen nanti ada masa aku tepek hasil karya tangan aku. hikhik..maluwww..Harap korang dpt doakan majlis aku berjalan lancar, aku pun berdebar sebenarnya ni, yela, makin dekat kata orang makin banyak dugaannya. Aku cuma merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Kena fikir positif je skang ni..hmmmm..oklah korang adios, banyak keje menanti lagi ni..bye!
projek kawen ler ni. tahniah in advance!
ReplyDeleteKepada John, manalah tahu ada rezeki 'bertemu jodoh' jugak nanti jgn lupa jemput JM jugak tau ..oppsss....tiba2 menyibuk kat sini :-)
Deletethanks john..lama xdgr khabar student sorang ni..hehe..John tgh usha minah salleh kt sis JM..haha
Deletebyk betul kan persiapan sebelum kahwin dan selapas kahwin nanti lebih banyak cabaran yg perlu di tempuh denga sabar...so jgn takut pulak ye...apa2 pun TAHNIAH dari sis JM kerana sudah bertemu 'tulang rusuk' dan bersyukur kerana sudah bertemu jodoh. Semoga majlis berjalan lancar nanti amin. Take care tau sbb darah tengah manis tu...sis JM tak pe lah Jari yang Manis je hihih
ReplyDeleteapa? jemput blogger ke kenduri kahwin..kiranya sis JM include sekali lah ye...tapi sbelum tu nk tahu majlis buat di mana? to be exact kat area kl ke shah alam ke, pahang ke, kelantan ke :-)
thanks sis..wedding kt n.sembilan..hehe..dlm 2 jam la kot perjalanan dr putrajaya cmpur jem..klu tak jem sejam stgh dh leh sampai..
Deletemoga majlis berjalan lancar nanti...selamat pegantin baru in advance!
ReplyDeleteterima kasih in advance..berdebar rasa bila org dh wish selamat pengantin baru..haha
Deletetahniah dan selamat menempuh ke alam baru..best aahh dah ada 'partner' sehati sejiwa hehehe..
ReplyDeleteterima kasih zilla..pasni kena ajak dia g travel, kena slow talk sbb die bukan kaki travel..huuu
Deleterajinnya buat bunga telur sendiri.. tabik tabik hehehe.. biasalah urusan nak ke majlis perkahwinan memang memenatkan.. tapi puas hati kan kan.. tahniah ya =)
ReplyDeletedoakan weols pula dapat jodoh hahaha.. nanti boleh share cerita majlis berlangsung hehe..
sbnrnye nk beli je, tp yg cantik sume mahal bebeno..haha..mmg jimat habis klu buat sendiri..insyaAllah semoga CT mendapat jodoh yg beriman dan sehati sejiwa,,amin
Delete