Alhamdulillah, berkat doa semua dan limpah kurniaNya, saya dan suami telah selamat diijabkabulkan pada 14 Mac yang lepas. Semoga ikatan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.
Terima kasih tak terhingga daripada saya dan suami kepada seluruh ahli keluarga, sahabat2, jiran tetangga yang tidak putus2 memberikan bantuan. Tidak lupa kepada tok imam, saksi2, pengapit, butik pengantin, tukang jahit, makeup artist, dj, dulang girls, official photographer, kompang, dan semua yang terlibat..Doa kami agar kalian semua berjaya dalam bidang masing2..korang memang terbaik!
Disebabkan gambar daripada official photographer makan masa lama sikit nak dapat, aku kongsikan dulu gambar yang diambil daripada kamera abg iparku, Izad, untuk tatapan korang semua. Semoga korang tak bosan melihat gambar2 kami..hahaha
Makeup Artis : Ain Adnan Hand Bouquet : Salmi Manja Busana Pengantin Perempuan : Iffa Ghazali & Yayan Rahman |
Pelamin Nikah : Kerongsang Emas Decorations Flower Arrangement : Salmi Manja Official Photographer : Sweetpictures |
Pelamin Sanding : Kerongsang Emas Decorations Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations Makeup Artist : Ain Adnan Official Photographer : Sweetpictures |
Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations Kek : Deezertsista Khemah dan Caterer : Pak Mat Catering Kuala Pilah Makeup Artist : Ain Adnan |
Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations Makeup Artist : Farah Fauzana, Dvazz Beauty & Spa, Ipoh Official Photographer : Ministry of Moment |
Pelamin Sanding : Kotak Kayu Deco Busana Pengantin : Kerongsang Emas Decorations Makeup Artist : Farah Fauzana, Dvazz Beauty And Spa, Ipoh Official Photographer : Ministry of Moment |
Terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir ke majlis kami, memang sangat terharu dengan kedatangan semua.. Yang bagi hadiah tak kisahlah duit ataupun barang, kami sangat berbesar hati menerimanya, hadiah sume best2 kotttt...korang the best! Sayang korang to the moon and back singgah sikit kat pipi tu nak muah ciked..
Akhir kata, mohon maaf kalau ada kekurangan ataupun salah silap, tergurau lebih, terkasar bahasa, tak cukup cendol, tayar pecah masa nak datang kenduri, tak dapat goodies, tak dapat amek gambar, tak sempat pelok cium, dan semua la kesalahan-kesalahan yang tak dapat dielakkan, mintak ampun dan maaf. Sesungguhnya, tanpa redha Allah dan pertolongan, serta kehadiran kalian semua, tiadalah indahnya memori perkahwinan kami. Gittew.
Doakan kami kekal bahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan selepas ini. Doakan juga kami cepat dapat zuriat yang sihat, soleh dan solehah insyaAllah.
Ok bai, nak sambung hanimunnnnn pasni..yeayyyyyyyyyyyyyyy!