nuffnang ads

recent posts

Wednesday, September 14, 2011

sesi luahan perasaan

dua tiga minggu ni stress makin menjadi-jadi pulak. nak buat ape pun rasa tak seronok. kepala pulak macam yang difikirkan. mula2 rasa eksaited, hepi tapi tetibe rasa cam malas, merajuk, jauh hati dan sewaktu dengannya. penat fikir, "jadi ke tak ni?" "serius ke tak?" "dah bincang betul2 belum?" dan bila dah kronik sikit "sayang lagi ke tak ni?!!!"....kadang2 fikir aku je pulak yang beria-ia sedangkan pihak sebelah sana tu macam nak tak nak je. (kalau tak nak takpe, cari orang lain yang nak) ini pulak ayat yang betul2 merajuk.

bila sampai feel rasa cam nak melalak, melalak la sorang2. kat umah tu bukan ada orang lain pun yg dengar.(itulah sebab rasa best dok sorang) tapi tula, cam tak matured je kan. bukan ape, kadang2 tu, dengan menangis tu je yg dapat hilangkan berat kat kepala ni. sebab bila pendam lama2, takut nanti sekali keluar, kot sampai masuk spital.Nauzubillah, mintak jauhkan la stress smpai begitu sekali.

makin hari makin kecik ati aku agaknya. yang makan ati, makan. habis pulak ati aku sat lagi kang. tapi dah biasa dah (ayat orang merajuk lagi) stakat sakit sikit2 tu, leh forgive and forget lagi tu. kadang2 rasa macam dah takde tempat lagi dah nk luahkan sebab tu mengadu kat blog, pd yang sudi nk baca, bacalah, klu rasa menyampah or rimas, dipersilakan utk klik ikon 'close'. (iklan jap, sambung balik) kalau dulu, ada gak la skandal2 yang ingin mendengar, tp masing2 dah membawa haluan masing2. haaa..rindunya zaman skandal, ada gak yang nak nyanyikan lagu kat dalam telefon sebelum melelapkan mata (nakal kan aku?) tapi takpe, sebab semua tu skandal merangkap teman tapi mesra je, itu dulu, kini aku setia pada yang setia.

kadang-kadang aku fikir, mgkin ini semua balasan atas dosa aku kat orang2 yang pernah aku sakiti hatinya. kali ni aku kena double or triple. aku tau aku banyak buat silap kat sorang dua insan ni. harap-harap sangat kalian dapat maafkan aku. bukan niat ku utk menyakiti hati kalian~ uwaaa..sedih!!

bila hati jadi jahat, aku mula fikir yang bukan2, fikiran utk jangka masa pendek. rasa cam nak lari jauh2, nk jerit kuat2, nak nangis lama2. tapi perasaan tu sementara je. kadang2 mood aku cepat baik, kadang2 tak sampai 2 minit pun boleh berubah fikiran.

tapi tula, marah aku tak lama. kalau aku jerit2 marahkan seseorang tu pun, kejap je. lepas aku menangis, aku okey la. just nk luahkan je apa yg ada dalam hati. tapi orang itu lain, marahnya diam je, apa salah aku tak cakap. (mungkin banyak sangat). tapi takpe la kan, aku buat salah je dia nampak, salah dia? kadang2 rasa give up, tapi sebab sayang, cuba pertahankan.  sebelum ni, lagi teruk punya dugaan pun penah kami lalui, tapi alhamdulillah ikatan tu masih utuh. tapi apa pun dugaan yang mendatang selepas ni, aku akan tempuh dengan tabah. aku masih sayangkan perhubungan ni dan masih berharap agar berkekalan hingga ke akhirnya..dan aku doa agar, Allah bukakan pintu hatinya untuk memaafkan aku dengan ikhlas dan hubungan ini akan kembali seperti sedia kala. amin.

No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow