nuffnang ads

recent posts

Tuesday, November 29, 2011

Saranghae Korea..Day 1

Annyeong haseyo yorobun!!

 

Sebelum aku pegi aritu, aku sempat posing dulu kat depan rumah, saje nak amek feeel.hehe
Waktu ni fikiran aku masih kosong sebenarnya perut tengah menegang dan mengecut sebab cuak gak nak terjah korea sdn. bhd. ni kan. Tapi nampaknya muka aku agak cool disitu. ngee..
Terima kasih la pada Cik Tiha sebab sudi fly keje sekejap demi nak menghantar kami ke LCCT.

Waktu nak check in tu ada masalah sikit, sebab cik Azyan punya seat tak appear kat dalam Itinerary, so kitorang kena check in kat kaunter.

Hokey. Jom check in dulu gamaknya ye..

Cik Tiha yang setia menunggu..

yeay dah ada tiket!!!

Check in pun dah setel, maka kami ingin memenuhkan tank dulu, 6 jam setengah kat dalam flight tu,pastinya akan kelaparan. Aku pun tak sempat nak breakfast pagi tu, kira brunch terus la tu. Melantak McD puas-puas dulu k.


Makan sudah, Tiha pun dah balik pergi kerja dan perjalanan kami pun bermula..Sementara tunggu boarding, call Mama dulu, dengar nasihat-nasihat terakhir sebelum berangkat..Setiap kaunter kami pergi mesti tanya kami ni student ke? heee..dengan bangganya kami pun menjawab, "taklah, pergi bercuti"..weeeeehuuuu...

Dalam flight tu, dapat jugak la aku tidur dengan lena setelah pekena Nasi Lemak Pak Nasser.  Kat airport sempat rembat Readers Digest + Word Puzzle, so bila aku tak tidur, inilah aktiviti aku sementara nak sampai.

Pejam celik terkebil-kebil, tidur bangun, makan minum...tuptup dah sampai..kejap je rasa 6 jam setengah tu kan. Aku touch down lebih kurang jam 9.55 malam waktu Korea.  Sampai-sampai je semua orang pakat2 sarung Winter Coat, aku pun join jugak la sekaki walaupun masih tak leh nak bayangkan suhu kat sana. Tapi hampeh, rupanya waktu kat Imigresen tu panas giler kot, dalam airport dorang tu panas je sebab dorang pakai heater, berpeluh dingin jugak la kami beratur kt Imigresen tu. Segerombolan dengan kami tu ada la budak2 kecik2 somel2, rupanya dorang ada rombongan sekolah.. How come sekolah aku tak pernah bawak g obesi???!! haissshh..dalam hati aku pun berkata...."untunglaaaaa!"

muke penat!! 
Lambaian Hallyu Star yang kepenatan..haha

Setel kat imigresen dah amik luggage, kami pun terkebil2 nak cari public phone sebab Guest House tu suruh call kalau dah sampai untuk dorang pick up.  Sekali, aku pun tak paham macam mana nak guna menatang public phone tu, tekan2 tak dapat. Dalam hati cakap, rosak kot. Haha. Cover line.

Tetibe ada sorang Ajuhshi ni datang, tanya kitorang ni nak pergi mana.  Cakapla kitorang nak pergi Incheon Airport Guest House, pastu die offer naik teksi dia. Penat gak la nak explain kata Guest House tu ada transport untuk pick up kitorang.  Then akhirnya dia paham dan suruh kitorang pegi tanya kat Information Counter. Rupanya dorang boleh tolong callkan. Disebabkan ada sedikit misunderstanding, kitorang tunggu kat Pintu 8, tunggu la orang datang pick up tapi punya lama kitorang tunggu, takde pun orang tu datang.  Tetibe ada teksi Ahjushi ni laju je berhenti depan kitorang, kitorang mati2 ingat die ni la driver yang akan amek kitorang, dah masuk beg semua, dah jalan sikit, baru die tanya nak pergi mana. Hampess, kami tertipu! No choice kan, kitorang naik je la teksi tu sampai kat Incheon Guest House yang sekangkang kera tu dan kena charge 10k Won. Macam nak marah je, tapi Ahjushi ni siap cakap "i Love u".  Layankan ajeee...

Selamat kami check in.  Oppa yang jaga kaunter tu pun baik orangnya.  Penat siot!! Sampai2 je bilik, terus nampak katil macam Upin Ipin nampak ayam goreng.heee..


Bilik kt Incheon Guest House
Dah mandi manda, perut mula merasai kelaparan. Sampai GH dah dekat nak pukul 11 lebih, memang la perut mula berkeriot. Makanya, aktiviti tidak sihat pun bermula..hehe..janji kenyang yeop!

Maggi in the house uols!
Dah makan terus lelap...ZZzzz....

Sekian untuk hari yang pertama..to be continued..;)



Coming soon.....


Monday, November 21, 2011

beberapa hari lagi...

Ada apa dengan beberapa hari lagi?
hehehe..

My checklist:
  • Duit dah tukar
  • Itinerary in progress, ada few things to be adjusted
  • Passport dah ready, dah save dlm emel
  • Barang dah cmpak dalam luggage, tak fully packed lagi
  • Card bank dah activate
  • Contact number dah emel pd siblings and friends if anything happened
  • Roaming tak buat! haha...sila jgn ganggu
  • Reconfirmation booking dah buat
  • tiket & insurance policy dah print
Yang perlu buat before pegi:
  • charge bateri kamera
  • sambal ikan bilis..(WAJIB)
  • print itinerary
  • activate CC
  • siapkan keje skolah
  • siapkan keje kt opis....!
What else? what else? haiyak! pening sudah ni..
Sekian.

Friday, November 18, 2011

My L(H)appy Life

Hi guys!
How's your life?
Happy2 tak?
Me happy sesangat!
Because of my beloved lappy..hehehe..
Tak tau la camne nk hidup kalau tanpa lappy.
Sebabnya, me takde TV!
Mesti korang ingat life aku boring kan?
Tapi tak sebenarnya, sebab kalau ada TV pun jarang tengok.
So, kalau takde TV ape aku buat?
jeng jeng jeng...

Ini dia!!
Semenjak takde TV, ini kegiatan aku.
Aku pun taktau kenapa, tp I'm SO ADDICTED TO KOREAN DRAMA..korang tak ke?
rugi besar wooooo.

Antara cerita-cerita yang telah berjaya dihabiskan sepanjang takde TV (dalam 3 4 bulan ni) adalah.....

1. CITY HUNTER
Aku suke heroin dlm cite ni, cute orangnye, pelakon Sungkyunkwan Scandal. Cite ni cite action which I think sangat best untuk ditonton. Hero die aku tak bape suke sgt sbb die hensem tapi tak macho, die cantik sgt. hehe. Hyun Bin tatap dihatiku!#wajibtonton my 5th ranking uols!
 




















2.  MY PRINCESS
Cite ni sweet2 je. Jalan cerita ok la, tapi takdelah gile sgt. ok2 je la.


3. BABY FACE BEAUTY
Cite ni sgt comel sebab ada Jang Nara. Suke tengok dorang reka2 baju.

















4. LIE TO ME
aku mmg suke minah heroin ni daripada cite GOong..cantik! kulit die uols cantik sesangat, takpasti la asli ke tak..hehe..cite ni antara yg terbest aku tgk tahun ni..#wajibtonton gak. 4th ranking!




5.  MYEONG WOL THE SPY
Disebabkan aku tak bape nak kenal watak hero dan heroin dalam cite ni, dan cerita die agak slow, tp still boleh tahan, aku mengambil masa yang agak lama nak abeskan tgk cite ni. Boleh lah kalau nak tengok kalau dah takde cite lg best nak tengok.  haha. 



6.  SCENT OF A WOMAN
This is the bestest so far yang aku tengok. 1st ranking of mine.  Kedua2 hero & heroin are my favorite.  Kim Sun Ah &Dong Wook. Jalan cerita die sangat menarik, walaupun keseluruhan cerita ni agak sedih, tapi ending die tak sedih yg tahap melampau punya. I enjoy watching them so much! Cerita ni banyak sangat mempengaruhi aku terutamanya menyebabkan aku nak belajar menari Tango. huhu. #wajibtonton

7.  HEARTSTRING
Cerita ni aku suke jugak! 2nd ranking.  Cite ni pulak menyebabkan aku terpengaruh nak belajar main gitar.  Lagu2 dlm sountrack cite ni memang best!! Aku siap buat Ringtone lagik..haha..cite ni cerita zaman2 study, kat Universiti. kire time sweet2 je la kan, takde romantiknya tapi still #wajibtonton



8.  PASTA
Cerita ni 3rd ranking but #wajibtonton. hehe. Aku memang suka makan, jadi cite pasal masak2 ni memang la kegemaran aku.  Aku jatuh cinta ngan CHEF die..YES CHEF!


9.  CITY HALL
Aku tengok cite ni sebab ada Kim Sun Ah.  Cerita ni agak slow sikit, tapi aku suka lakonan Sun Ah ni so aku tak heran sangat la pasal jalan cerita die kan. Agak serius jugak la sbb cerita pasal politik.



10.  THE GREATEST LOVE
Tengah berusaha nak abeskan tgk cite ni. Aku tak suka sangat dengan watak hero cite ni, agak annoying. haha. Ambil masa sikit nak abeskan. 


Wah, seploh amek kau!

Tu diaaa..ada sepuluh kesemuanya. Kebanyakkannya 20 episod..memang lebam2 aku dok depan lappy kesayangan hamba tuh.

Tengah skodeng2 lagi ni cerita apa yang nak tengok lepas ni. Sape yang teringin nak tengok cite2 ni, nk amek daripada aku pun boleh. 2 hengget je satu cite. hahaha.


Nota kaki :
Di kala aku menaip ini, aku ada test esok, 4 assignments, SKT nk kena submit, bag nak kena pack nk jalan jauh ni..tapi who cares?! takleh nk stress2 sbb nanti BP naik.. :) *senyum sampai telinga*

Subscribe and Follow