nuffnang ads

recent posts

Tuesday, November 29, 2011

Saranghae Korea..Day 1

Annyeong haseyo yorobun!!

 

Sebelum aku pegi aritu, aku sempat posing dulu kat depan rumah, saje nak amek feeel.hehe
Waktu ni fikiran aku masih kosong sebenarnya perut tengah menegang dan mengecut sebab cuak gak nak terjah korea sdn. bhd. ni kan. Tapi nampaknya muka aku agak cool disitu. ngee..
Terima kasih la pada Cik Tiha sebab sudi fly keje sekejap demi nak menghantar kami ke LCCT.

Waktu nak check in tu ada masalah sikit, sebab cik Azyan punya seat tak appear kat dalam Itinerary, so kitorang kena check in kat kaunter.

Hokey. Jom check in dulu gamaknya ye..

Cik Tiha yang setia menunggu..

yeay dah ada tiket!!!

Check in pun dah setel, maka kami ingin memenuhkan tank dulu, 6 jam setengah kat dalam flight tu,pastinya akan kelaparan. Aku pun tak sempat nak breakfast pagi tu, kira brunch terus la tu. Melantak McD puas-puas dulu k.


Makan sudah, Tiha pun dah balik pergi kerja dan perjalanan kami pun bermula..Sementara tunggu boarding, call Mama dulu, dengar nasihat-nasihat terakhir sebelum berangkat..Setiap kaunter kami pergi mesti tanya kami ni student ke? heee..dengan bangganya kami pun menjawab, "taklah, pergi bercuti"..weeeeehuuuu...

Dalam flight tu, dapat jugak la aku tidur dengan lena setelah pekena Nasi Lemak Pak Nasser.  Kat airport sempat rembat Readers Digest + Word Puzzle, so bila aku tak tidur, inilah aktiviti aku sementara nak sampai.

Pejam celik terkebil-kebil, tidur bangun, makan minum...tuptup dah sampai..kejap je rasa 6 jam setengah tu kan. Aku touch down lebih kurang jam 9.55 malam waktu Korea.  Sampai-sampai je semua orang pakat2 sarung Winter Coat, aku pun join jugak la sekaki walaupun masih tak leh nak bayangkan suhu kat sana. Tapi hampeh, rupanya waktu kat Imigresen tu panas giler kot, dalam airport dorang tu panas je sebab dorang pakai heater, berpeluh dingin jugak la kami beratur kt Imigresen tu. Segerombolan dengan kami tu ada la budak2 kecik2 somel2, rupanya dorang ada rombongan sekolah.. How come sekolah aku tak pernah bawak g obesi???!! haissshh..dalam hati aku pun berkata...."untunglaaaaa!"

muke penat!! 
Lambaian Hallyu Star yang kepenatan..haha

Setel kat imigresen dah amik luggage, kami pun terkebil2 nak cari public phone sebab Guest House tu suruh call kalau dah sampai untuk dorang pick up.  Sekali, aku pun tak paham macam mana nak guna menatang public phone tu, tekan2 tak dapat. Dalam hati cakap, rosak kot. Haha. Cover line.

Tetibe ada sorang Ajuhshi ni datang, tanya kitorang ni nak pergi mana.  Cakapla kitorang nak pergi Incheon Airport Guest House, pastu die offer naik teksi dia. Penat gak la nak explain kata Guest House tu ada transport untuk pick up kitorang.  Then akhirnya dia paham dan suruh kitorang pegi tanya kat Information Counter. Rupanya dorang boleh tolong callkan. Disebabkan ada sedikit misunderstanding, kitorang tunggu kat Pintu 8, tunggu la orang datang pick up tapi punya lama kitorang tunggu, takde pun orang tu datang.  Tetibe ada teksi Ahjushi ni laju je berhenti depan kitorang, kitorang mati2 ingat die ni la driver yang akan amek kitorang, dah masuk beg semua, dah jalan sikit, baru die tanya nak pergi mana. Hampess, kami tertipu! No choice kan, kitorang naik je la teksi tu sampai kat Incheon Guest House yang sekangkang kera tu dan kena charge 10k Won. Macam nak marah je, tapi Ahjushi ni siap cakap "i Love u".  Layankan ajeee...

Selamat kami check in.  Oppa yang jaga kaunter tu pun baik orangnya.  Penat siot!! Sampai2 je bilik, terus nampak katil macam Upin Ipin nampak ayam goreng.heee..


Bilik kt Incheon Guest House
Dah mandi manda, perut mula merasai kelaparan. Sampai GH dah dekat nak pukul 11 lebih, memang la perut mula berkeriot. Makanya, aktiviti tidak sihat pun bermula..hehe..janji kenyang yeop!

Maggi in the house uols!
Dah makan terus lelap...ZZzzz....

Sekian untuk hari yang pertama..to be continued..;)



No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow