recent posts

Wednesday, February 8, 2012

Chocolate Cheese Brownie

Assalamualaikum!

Sekarang ni mood untuk baking sedang membuak2. Mungkin disebabkan mama bagi pinjam mixer, so, anak dia ni tetiba jadi rajin sesangat nak masak.  Last week buat chocolate moist cake, pastu gedik2 jugak nak layer dengan choc cheese macam dalam resepi Junior Masterchef tu. Tepung kek beli yang ready made kat Yummy Bakery. So, ada extra cream cheese, kena kasi habis sebelum rosak kan? Here is my solution. hik hik. Aku jumpa resepi ni kat blog Bisous A Toi , suke sangat blog ni.

CHOCOLATE CHEESE BROWNIE (Donna Hay's Recipe)

Bahan-bahan:
Choc Brownie
185g butter, cairkan
30g serbuk koko, ayak
225g gula kastor (aku guna 110g je, xmo manis2)
2 biji telur
110g tepung gandum, ayak
Cheesecake
285g cream cheese, lembutkan & potong2 (aku guna 250g je)
4 1/2 sudu makan gula kastor (lebih kurang dlm 60g)
2 biji telur

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 160 degree Celcius 
  2. Gaul semua bahan Choc Brownie dalam satu mangkuk sampai sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang segiempat sama 8" yang telah dialas dengan baking paper. (aku guna loyang 7" je, itu yg ado)
  4. Pukul semua bahan Cheesecake dengan mixer sampai sebati dan smooth.
  5. Masukkan adunan cheesecake ke dalam loyang dan swirlkan dengan butter knife atau chopstick.
  6. Bakar selama 45-50 minit.



Hasilnya...sedap dan mudah!
Selamat Mencuba!

Tips:
Kalau korang takde penimbang/cup untuk sukatan, leh convert kat blog Diana's Dessert ni.

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow