Sebelum start menaip lagi dah tarik napas dalam-dalam..Mana taknya, banyak cerita tertangguh yang belum update..Sebelum cerita-cerita ni sume jadi basi, baik aku cepat-cepat update..Ni kira back-to-back trip sepanjang bulan Februari dan Mac tahun ini. Ayuh kita mulakan!
Ada tak sesiapa yang kat sini yang tak pernah pergi Melaka?? Kalau umur korang bawah 12 tahun, boleh terima lagi, tapi kalau dah lebih tu, pakat-pakatlah bawak mak abah adik kakak ke Bandaraya Bersejarah ini ye. Bila lagi korang nak tengok A Famosa selain daripada dalam buku teks Sejarah tu kan. hehe.
Masuk kali ni, aku pun tak tau lah dah berapa kali aku jejakkan kaki di bumi Melaka ini. Waktu zaman sekolah, ada la tiga empat kali kot, bila dah besar ni, lagilah banyak kali. Tapi kunjungan aku ke Melaka hujung Februari lepas bukanlah sekadar menghadiri kursus semata-mata. Aku rasa, ini adalah kursus pertama yang aku berpeluang keluar macam ni, kalau setakat kursus duduk terperap dalam hotel ataupun bilik latihan tu biasa, ini yang real punya, sebab kursus kami ada program Explorace.
Macam biasa lah, kalau dah nama kerja kerajaan ni, memang diwajibkan hadir kursus 7 hari setahun dan aku tak terkecuali. Selalunya, aku akan hadiri kursus in-house aje, sebab kursus kat luar selalu kena time-time aku ada kelas ataupun aku exam..Tapi kali ni aku dapat meloloskan diri daripada alasan-alasan itu semua.
Dah rasa macam Running Man pun ada gak. hehe. Explorace berlangsung di sekitar bandar Melaka. Kami dilepaskan di Dataran Pahlawan dan menerima tugasan-tugasan di setiap 10 checkpoint yang telah ditentukan. Dalam pada tu, aku sempat la snap beberapa tempat menarik di bandar Melaka yang menjadi checkpoint kami. hihi. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Salah satu tugasan individu yang kitorang dapat time ni kena dapatkan nama, no.ID dan tandatangan orang awam di sekitar kawasan tu. Aku rasa agak mencabar task ni sebab tak semua orang senang-senang nak bagi no.ID kat sebarangan orang kan, tapi group aku dapat setelkan task ni dengan baik dan disebabkan itulah group aku menang tempat pertama Explorace ni..
Jomlah tengok gambar-gambar yang sempat aku snap, kebanyakannya ialah tourist spot yang ada kat Bandaraya Melaka ni, memang adventurous sebabnya daripada satu checkpoint ke satu checkpoint ni kami jalan kaki je, menapak okey!! Daripada pukul 2.00 petang sampai pukul 5.30 petang..Di bawah teriknya sang matahari dan peluh pun memang tak segan silu menitis-nitis membasahkan ketiak..hehe..tapi kalau nak ikutkan kalau aku travel kat negara orang, lebih kurang camni la jugak menapak even worse than that..Teringat kat Bangkok dulu, memang tolak tepi baju cantik2, pakai tshirt ngan jeans je, sebab memang panas nak mampos..tapi kat Melaka ni okey sikit la, baru la feeling2 tourist gittew..

Cerita Sejarah? Itu lain kali okey, sebab korang boleh selak balik buku ataupun google je sendiri..Maybe next time boleh lagi datang dan jalan lagi jauh! Banyak lagi tempat tak cover ni, asam pedas tak sempat, Jonker Walk pun tak cover lagi..Melaka, sehingga kita berjumpa lagi!
So, belilah barangan buatan Malaysia. Eh? (aku support tau, beli tiket flight AA tu, kira Malaysian Brand gak kan??)
So, belilah barangan buatan Malaysia. Eh?