nuffnang ads

recent posts

Friday, March 22, 2013

Singapore - Universal Studios

Holaaa!

Cerita trip Medan dah tamat, jadi aku nak share pula tentang trip aku ke USS beberapa hari selepas aku balik daripada Medan, huh! Memang pengsan! Tapi disebabkan plan ke USS ni plan lama dan yang paling mudah sekali, aku hanya perlu ikut sahaja dan bayar. So, demimu kawan, ku redahi jua.

Ni kwn aku yg prepare untuk kami..sangat2 membantu..hehe

Seperti biasa, tak lengkap biasanya awal tahun aku kalau tak pergi bercuti dengan geng bas sekolah aku.  Sekarang ni dah bukan sekali setahun tapi dah bertambah jadi dua kali setahun! Trip kali ni, trip pertama kami bersama ke luar negara, walaupun Singapore je kot! Lepas balik daripada Sabah aritu, masing-masing semua dah ketagih nak berjalan. So, yang paling mudah dan yang paling dekat adalah Singapore. 

Kami bertolak ke JB hari khamis malam, bermalam di rumah seorang kawan di JB.  Pagi-pagi subuh tu, kami bertolak ke Danga Bay, sebab bas yang kami nak naik tu tunggu di Tune Hotel.  Pung-pang, naik bas turun bas kat imigresen, dalam pukul 10 lebih sampailah kami di USS.  Tiket dah beli online, sebab ada promo Maybank, kami dapat tiket murah sikit daripada harga sebenar plus dapat retail coupon 10SGD.  Kira agak menguntungkan di situ.  Kalau tak silap promotion tu tamat Mei tahun ni, apa lagi, dapatkan sekarang! *macam iklan pulak*

gambar wajib..bukti dah datang
Overall, USS memang best! Tak rugi habis beratus pergi sana..  Tapi harus diingatkan, elakkan daripada pergi time cuti sekolah atau weekend, memang akan rasa tak berbaloi nanti.  Kalau anda memang jenis travel bajet, standby duit dalam RM60 je utk makan tengahari kat sana, kalau just nak beli souvenior untuk diri sendiri, coupon tu boleh beli dua fridge magnet. Balik JB korang makan la puas-puas.

Sebenarnya, aku langsung tak ambil tahu apa mainan yang ada kat dalam USS tu.  So, kira cam surprise surprise jantung aku bila try mainan kat situ.  Yang paling wajib sekali untuk dicuba adalah game Transformers.  Pastu roller coaster merah biru tu, try la, terkujat memang terkujat rasanya, tapi bila dah turun, ok je..Kesimpulannya, cubalah semua, itupun kalau sempat la kan..hehe..kalau tak, ada la alasan untuk merepeat..biasa la tu kan..hehe..

So, enjoy je la tengok gambar-gambar kanak-kanak riang yang menghabiskan sisa-sisa umur pertengahan 20an nih..dah tak remaja lagi dah ok?! haha..whatever! nak wat camne, dulu kecik2 tak sempat merasa..





Far Far Away ni memang sangat2 macam dalam fairytales tu..hehe

Menarik juga persembahan kat WaterWorld ni..silalah bawak baju hujan siap2 kalau taknak basah..nk beli kt sana mahal..





churros! 

Kami-kami yang masih belum menerima hakikat yang kami bukan lagi kanak-kanak..hehe

Sekian!

6 comments:

  1. Aku tak penah rase Churros ni ... cemane rase die ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa die cm roti liat yg ada rasa cinnamon..hehe..tp bila dah balik terkenang-kenang la plak

      Delete
  2. apsal ko pegi mcm tak ramai org je. dulu kami pegi ramai giler orang tu pn ade byk rides yg x sempat nak naik. hehehe... kalo aku pegi lagi skali pun nak pegi time weekdays. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tau takpe..ni aku g time hari wilayah..better la gi time weekday dn bukan cuti sekolah, sbb kwn aku ckp die g time cuti sekolah, nk naik transformers tu dua jam setengah beratur, yg ni kitorg beratur dlm stgh jam je..hehehe..naik dua tiga kali pun boleh..

      Delete
  3. Aha JM akan pegi on april leh la grab offer tu :-)
    Wahh dh byk games skrg compare wsktu JM pegi on 2010

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa naik transformers tau, best giler...:)

      Delete

Subscribe and Follow