recent posts

Monday, August 19, 2013

Daim Chocolate Cheesecake

Ohoooohoooooooooooi..mood for baking is now turned on.

Fuhhh..lama siot tak bakar membakar, kukus mengukus dan uli menguli kat dapur kesayangan tu. Akibatnya, bila tengok bahan2 yang ado, kebanyakan dah expired..hohoho..so, apa lagi, kenalah buat operasi membuang segala yang tak diperlukan lagi..nasib baik bahan2 yg expired tu tinggal sikit je, kalau tak, sedih gak la tengok semuanya masuk dalam perut plastik sampah tu.  

Bila dah clearkan dapur, baru buat listing apa yang perlu dibeli.  Sebenarnya paling takut untuk baking ni bukan ape, takut aku pun jadi tong sampah jugak kena makan semua tu, sebab tu jarang nk menghidupkan mood tu (boleh pakai ke alasan org malas ni??hehe)

Takmo cerita panjang2, jom aku kongsi resepi derhaka "Daim Chocolate Cheesecake".  Bukan selalu dapat buat kek macam ni sebab bukan senang-senang nak dapat Choc Daim free..kekeke..Disebabkan aku ni kurang sikit bab2 makan coklat, sebungkus Daim tu pun tak habis2 aku makan, padahal dah beberapa bulan dok kt dlm peti sejuk tu, solution kpd masalah itu adalah dengan menukarkan ia menjadi kek.  Mula-mula fikir nak buat kek Daim cam kat Ikea tu, tapi yang dkt Ikea tu pun aku tak makan sebab manis sgt, inikan nk buat kan, memang tak ah..

Resepi asal aku ambil dari blog IdaFirdausi , thanks for sharing!

Ni pulak resepi 'derhaka' aku..

Daim Chocolate Cheesecake

Bahan A - Base
200 gm biskut weetameal Jacobs ( sebab biskut ni je yang ada kt rumah)
1 sudu besar serbuk coklat *optional* (Saje nak kasi base die rasa coklat)
50gm mentega (dicairkan)

Bahan B - Cheesecake
260 gm cream cheese 
50gm gula castor
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus lemon (kalau takde guna jus oren should be fine)
100ml whipping cream 
100 gm Chocolate Daim yang dicincang - boleh kurangkan kalau taknak manis sangat

Bahan C - Ganache Topping *Optional*
100gm Coklat masakan - I used Dark Chocolate
50ml whipping cream


Cara-cara:

Base 
Cairkan mentega.  Kisarkan biskut weetameal with food processor/blender sampai betul2 halus. 
Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan serbuk coklat dan mentega cair, sampai agak2 boleh dikepalkan. Masukkan ke dalam loyang yang dah dialas dengan baking paper.  Ratakan dan tekan sampai padat.  Bakar 10 minit pada suhu 150C.  Biarkan sejuk.


Cheesecake
Pukul cream cheese dan gula sehingga licin dan tak berketul.  Masukkan telur, tepung jagung, jus lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati.  Masukkan coklat Daim yang dicincang (lagi kecil cincangnya lagi bagus, sebab klu nk potong kek nanti tak berketul2 sangat).  Kaup balikkan hingga rata.  Kemudian tuang ke atas base yang telah sejuk tadi tu.


Bakar pada suhu 140C selama 45 minit.  Boleh guna kekdah water bath (bain marie).  Aku kan derhaka, so, aku just letak satu dulang air kat level bawah over tu, level kedua aku letak kek. (Kalau tak dapat nak bayangkan camne aku buat, takyah ikut..hehe) Pastu aku bakar guna suhu 160C selama 40 minit. Kekdah tu pada aku just to make sure yg base tadi tak hangus kalau kita bakar guna suhu tinggi.  Tu yang aku bantai buat eksperimen sendiri, menjadi jugak water bath aku.


Bila agak2 dah masak, bukak sikit pintu oven, biarkan sejuk sekejap before keluarkan.  Kekdah ni aku rasa untuk bagi cheesecake tu kering sikit sebelum disejukkan dalam peti sejuk semalaman.

Ganache Topping
Panaskan whipping cream guna kekdah water bath/double boiler. Tapi yang ni kekdahnya di atas api ye bukan dalam oven. Boleh google kalau tak tau. Pastu masukkan coklat masakan yang dah dicincang kecil bagi mempercepatkan proses pencairan coklat tersebut.


Curahkan topping ke atas permukaan cheesecake yang dah disejukkan.  Boleh hias dengan almond flakes/almond cincang. (Nak bagi sedap almond tu kena bakar sekejap dalam oven, barulah rasanya rangup, tapi jangan sampai hangus lak)

Cheesecake ni kena letak dalam peti sejuk, nak makan baru keluarkan dan potong untuk dapatkan hasil yang memberansangkan.  Kalau nak kasi cantik lagi, pisau tu kasi tajam, pastu rendam dalam air panas, barulah potong itu kek. Kalau malas, potong je la camne2 pun, asalkan korang hepi. 

Inilah rupa paras cheesecake ku sebelum dibawa ke potluck raya.  (abaikan rupa parasnya yang agak comot itu....hehe) 




 Kek ni sedapppp, bagi aku la, kalau korang nak rasa, try la buat..resepi dah bagi kan??? heee.. Selamat mencuba!!




8 comments:

  1. Replies
    1. sedap2..tp aku ni bukan suka sgt mkn benda manis2, suka buat utk org makan je..hehe

      Delete
  2. menarik sungguh dari warna nyer hingga la kegebuan nyer hahahah :P
    insyallah boleh try nie.. :D

    ReplyDelete
  3. whipping cream tu guna yg dairy ke non dairy?

    ReplyDelete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow