Salam Aidilfitri semua.
Mesti masing-masing masih dalam mood beraya lagi kan? Aku dah 3 hari keje tapi masih belum dapat menyesuaikan diri lagi nih..hehehe..disebabkan bos, jiran2 bilik pun masing-masing masih bercuti, memang aku rasa macam serupa tak keje je hari ni. Lepas belek-belek emel, takde apa pun yang urgent dan perlukan tindakan. Nak buat2 busy pun tak tau nk busy buat ape..so, relax je la dulu aci tak?
Cerita hari raya tahun ni agak kecoh. Nak bergambar sangat pun tak sempat uols. Tak banyak gambar yang aku dapat snap. Sedih dan menyesal pun ada, tapi nak buat camne, nak rewind macam boleh plak kan? Tahun ni tak sempat langsung nak ambil gambar satu famili. Salam bermaaf-maafan pun buat gitu2 je, sekali lagi sedih. Takmo sedih2 yang penting dah minta maaf pada semua. Lagipun takkan la nak bermaaf-maafan time raya je kan? Time lain pun boleh jugak (nak sedapkan hati)
Hari Raya tahun ni super duper busy. Disebabkan terlampau banyak kaki tangan ingatkan dapatlah ringankan sikit beban, rupanya makin banyak kerja yang perlu dibuat. Tahun ni anak buah dah jadi 6 orang, semua hero-hero belaka, mummy dan daddy masing2 memang tak cukup tangan nak handle anak2. Sudahnya, memang penat giler la aunty, acu, atok ngan uwan yang buat semua keje. Daripada mengemas, mencuci, sampailah ke memasak dan menghidang. Memang tak sempat jumpa orang sangat sebab duduk kat dapur je semedang. Tahun depan aunty nekad nak bawak bibik balik kampung agar aunty dapat menggoyang kaki je.
Malam raya, masing-masing belum habis lagi mengemas, memasak dan sebagainya. Nak kata rumah besar banglo tiga tingkat, dua tingkat pun bukan, tapi punyalah dasat nak mengemasnya. Itulah padahnya bila masing-masing balik kampung tak pernahnya nak mengemas, nak harapkan mama ngan babah, dua2 pun busy buat kuih raya untuk jual bulan puasa aritu kan. So, macam kapal karam pun hado.
Setakat ni masih ramai lg yang tak sempat berjumpa, geng potluck raya pun sambut raya dah ujung2 syawal nanti, so, setakat ni ada la dua tiga keping gambar raya sebagai bukti aku g beraya..Ambik gambar pun pakai henpon je, gile miskin..haha..janji hado!
|
with my nephews naufal khalis & khazin nazheef |
|
my brother with nazheef |
|
along aka mummy kpd kasyful najmi, naufal khalis & khazin nazheef |
|
angah dan nazheef |
|
naufal khalis manje ucuk2 aunty yg sporting sgt..hehe (akibat bosan dalam kete) |
|
curlasst mama ai g beraya pakai spek mata itam..hehe..tapi sebenarnya mama sakit mata di pagi raya..siannn |
|
aunty with kasyful najmi, my eldest nephew yg grown-up super fast..misshhh u babyyy |
itu je yang mampooo..haha..gambar lain2 dalam tab dan henpon orang lain tak sempat nak amek sebab sume sibuk dah nk blk beraya kat umah mentua masing2..
Laporan beraya di kampung sesi 2013 ini sehingga bersambung lagi..banyak lagi rumah yang tak diredah..nantikan kemunculankuuuuuuuu..jeng jeng jeng..huhu
last but not least, gambar syok sendiri mesti kena ada...lalalallala
selamat hari raya.... saya dah 2 hari mula kerja..... memulakan tugas ngan mood lemau..ngeeeee
ReplyDeletetula pasal, lemau sungguh minggu pertama kerja ni..masih terkenang lemang dan rendang kat kg kekdahnye..hehe
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteMohon Maaf Zahir dan Batin.. moga ceria selalu.. :D
Kim Salam pada dua dak comel tu :D
selamat hari raya juge..dua budak comel yg mana tuh? termasuk aunty die tak? haha
Delete