Sebenarnya memang dari kecil berangan nak jejak kaki ke Australia. Tak kisahlah Australia mana, janji Australia. Akhirnya, I did it! Dapatlah menjejakkan kaki di bumi Australia ni kan. Kalau nak buat sesuatu tu, pokok pangkal kena NEKAD. Apa nak jadi, jadilah! Macam itu la aku waktu beli tiket ni. Waktu aku beli tiket bukan time promo ke time free seat ke, tapi waktu tu harga boleh dikatakan murah la jugak.
Trip kali ni aku pergi dengan my BFF sejak sebelum tadika lagi (nilah kawan berangan aku yg sesama nak pergi OZ) memang dialah orang pertama yang aku roger waktu nak beli tiket dulu dan seorang lagi ni officemate aku yang beli tiket lambat sikit lepas kitorang beli. Nak ikot jugak katanya! hehe
Putrajaya - Nilai - LCCT - Perth
Disebabkan aku ingin meninggalkan kereta seminggu lamanya, aku tinggalkan kereta kat rumah sepupu aku di Nilai. Terima kasih diucapkan sebab sudi tengok2kan kereta dan menghantar menjemput adikmu yang sorang ni ke LCCT. *hugs*
Flight aku pukul 12.05 pagi, so dalam pukul 9 lebih aku bertolak dari Nilai ke LCCT. Sampai-sampai je terus drop bag dan dah kena boarding. Percubaan untuk menidurkan diri sepanjang perjalanan adalah GAGAL. Dapat tidur dua jam je, itupun tidur2 ayam. Sedih! Perjalanan makan masa dalam 5 jam setengah untuk sampai ke Perth International Terminal. Sampai di Perth pukul 5.30 pagi dan pada waktu itu suhu 7 darjah celcius. Erk?! Forecast yang aku tengok cam menipu jek! Sejam juga nak settle kat imigresen sana, banyak check point, tapi Alhamdulillah semuanya lepas, takde pun makanan yang kena campak dalam tong sampah.
Flight aku pukul 12.05 pagi, so dalam pukul 9 lebih aku bertolak dari Nilai ke LCCT. Sampai-sampai je terus drop bag dan dah kena boarding. Percubaan untuk menidurkan diri sepanjang perjalanan adalah GAGAL. Dapat tidur dua jam je, itupun tidur2 ayam. Sedih! Perjalanan makan masa dalam 5 jam setengah untuk sampai ke Perth International Terminal. Sampai di Perth pukul 5.30 pagi dan pada waktu itu suhu 7 darjah celcius. Erk?! Forecast yang aku tengok cam menipu jek! Sejam juga nak settle kat imigresen sana, banyak check point, tapi Alhamdulillah semuanya lepas, takde pun makanan yang kena campak dalam tong sampah.
Sementara menunggu pejabat kereta sewa bukak, kami bersihkan diri, mekap2, touch up2 kat airport. Ambik gambar poyo2 mesti ada sikit kat airport kan. Dalam pukul 8.00 macam tu kami pun tahan teksi depan airport minta hantarkan ke Bayswater Car Rental dengan bayaran 35AUD. Sampai-sampai je belum pun pukul 9 pagi tapi office dah buka, bagus! Cepat sikit dapat kereta. Kami sewa kereta Toyota Corolla untuk 5 hari + GPS Navigate + Top Cover dengan bayaran 325AUD. Yang ni memang kena buat reservation awal, boleh layari laman web dorang untuk dapatkan quotation. Extra 50AUD dikenakan sebagai deposit, tapi charge kat Credit Card je, lepas pulangkan kereta kalau semuanya ok dia akan cancel balik charge CC tu. Dan disebabkan kami semua akan drive, tambah lagi 20AUD/per additional driver. Setel sign aggreement sume, minyak kereta pun dorang dah siap2 isi penuh, so, lets go!!
Destinasi pertama kami adalah Sunday Market yang terletak di Bannister Road. Aku dapat info ni daripada blog sis Umiyumi2 dan web Only Perth. Tak jauh pun daripada tempat kami pick up kereta. GPS sangat best, tak payah pening2, masukkan aje address terus sampai.
Fremantle : E-Shed Markets
Perjalanan kami teruskan menuju ke Fremantle. First destination adalah E-Shed Markets. E-Shed markets ni hanya dibuka pada hari Jumaat-Ahad. Sebab takut tak sempat nak ke sini last day kami nanti, so, kami terus je singgah untuk shopping souvenior di hari yang pertama. Silalah datang ke sini untuk dapatkan souvenior dengan harga yang murah kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Ada dua kedai yang popular dalam market ni iaitu Aussin dan Megabes. Aussin ni kedainya sangat besar, banyak pilihan dan yang penting compare la harga dulu sebelum beli. Megabes ni berdekatan juga dengan Aussin, ada barangan yang dijual dengan harga yang lebih murah. So, compare and choose wisely. Masuk-masuk je kedai Megabes tu haritu, pandang je muka pakcik tu aku terus cakap dengan dia, "Oh, I remember your face, I saw it in Kaki Berangan's blog." Pastu anak dia pun bagitahu, ramai datang kedai tu sebab baca blog Kaki Berangan. (P/S : Kaki Berangan fofular sungguh kat situ, dapat komisyen eh? haha)
Fremantle : Fremantle Markets
Settle meranapkan duit di hari yang pertama, kami pun bergerak ke Fremantle Markets, cadangan untuk lunch di Kailis dan Cicerello terpaksa dibatalkan sebab kami masih kenyang makan roti yang dibeli kt Sunday Market tadi. Untuk tidak membuang masa, kami pun merayau-rayau di sekitar Fremantle Markets. Tak jauh pun daripada E-Shed tu, dalam 15 minit drive je kalau tak silap. Takde beli apa-apa pun, just jalan-jalan, ambil gambar syok sendiri lepas tu kitorang pun blah.
Kami berpusing-pusing gak kat situ nak cari tempat yang sesuai untuk solat, tapi macam tak de yang menepati citarasa. Jadi kami ambil keputusan untuk terus drive ke Cervantes, buat jamak takhir sahaja di hostel nanti. Pukul 2.30 petang lebih kurang kami pun terus bergerak menuju ke Cervantes. Dan disebabkan mengejar waktu sebelum masuk maghrib (Maghrib kat sana awal dalam pukul 6 camtu), kami tak singgah pun di Lake Thetis. Memang dalam itinerary dah siap letak optional so, kalau tak pergi pun tak mengapalah.
Suka tengok building di Fremantle. Sementara tengah berpusing-pusing ikut GPS tu, sempat la snap beberapa keping gambar di sekitar pekan Fremantle ni.
To Cervantes, here we go!
Perjalanan dari Fremantle ke Cervantes dianggarkan dalam tiga-empat jam macam tu. Sampai di Cervantes lebih kurang jam 5.00 petang. Selesai check in di Cervantes Lodge Backpackers, terus laju-laju buat solat jamak. Masing-masing pun sudah kepenatan, jadi selepas berehat yang agak lama, barulah kitorang hegeh-hegeh masuk dapur untuk sediakan dinner. Time ni jumpalah rakyat Malaysia yang stay kat hostel tu jugak, peramah semuanya. Lepas dinner, aktiviti mencari internet la pulak, wifi ada tapi kena bayar, 10 minit - 1 AUD, bertabahlah untuk update semua benda dalam masa 10 minit tu kalau kedekut sangat. Makanya, tamatlah kisah di hari pertama. Esok ada banyak lagi destinasi dan jauh lagi perjalanan kami, lepas solat, masing-masing pun terus hanyut dibuai mimpi yang terindah. Feeling la sikit, malam pertama di Australia la katakan. hehe. Lagi update pasal hostel ni aku akan sambung dalam entri selepas ni.
To be continued....