recent posts

Monday, September 2, 2013

journey to the west....ern australia

Alhamdulillah syukur masih boleh bernafas di bumi Allah ni..

Dah hampir dua minggu sejak ketiadaan bos di office.  Bos ada lawatan kerja di Europe.  Tinggallah cikPA sorang2 kat opis ni menjadi penunggu yang setia.  Bila bos takde, kuranglah sikit keje cikPA  ni, hu hu hu. Sepanjang ketiadaan bos, cikPA dapatlah membuat persediaan untuk ke trip yang seterusnya ni.

Kembali kepada tajuk, insyaAllah beberapa hari lagi aku akan terbang ke western australia.  Perasaan sekarang ni bercampur baur, excited, cuak dan sebagainya.  Trip kali ni aku pergi bersama2 my childhood BFF dan sorang lg my officemate.  Rasanya semua persiapan dah hampir selesai, tinggal nak packing je.  Sebab ni first time aku terbang ke Australia so debarannya tu memang lain macam sikit.  Harap2 semuanya ok nanti. Patutnya pergi berempat, at last, sorang tak jadi pegi, tinggallah kami bertiga.

So, ni checklist aku untuk ke sana nanti, kalau ada benda penting yang tertinggal, let me know...:)

  1. Flight Ticket - Tinggal nak check in je
  2. Passport - Tak perlu nak renew sebab masih valid
  3. ETA - Done, dah siap2 print pun
  4. Duit - Dah tukar, tukar kt Paradigm Mall dpt rate 3.02
  5. Car Rental - Dah booked dan dah print pun emel
  6. Hostel - Dah selesai print semua booking confirmation
  7. Driving Licence - Checked
  8. Mastercard/ Maybankcard - activate in 2 days before trip
  9. Itinerary - Done
  10. Pakaian - lum packing
  11. Makanan - Dah take note daripada blog KakiBerangan, ptg ni nk shopping
  12. Travel cooker - kena amek kat dalam almari
  13. Travel Iron - bos kasi pinjam...huhuhu
  14. Beg - taktau lagi nk bawak beg ape
  15. Toiletries - Semua dah complete
  16. Kamera - Compact/DSLR/ Charger
  17. Charger HP/ Power Bank - Kena charge siap2 before pergi
  18. Travel adaptor - Thanx Maya Dhira tlg remind..hehe *updated*
Apa lagi ek? Nantilah I fikirkan lagi..yang pastinya ada tempat wajib pergi untuk amek gambar macam gambar ni..

Ni kat Kings Park rasanya, betoi tak?

Sampai2 airport nanti inilah keje aku..hahahahah

oklah, I admit I beli tiket ke Perth ni waktu I tengok cite Adam Hawa dulu dengan harapan dapat jumpa Adam kat sana..wawawawa..berangansssss..dah lama okey beli tiket, baru hegeh2 dapat pergi.

So, doakan aku selamat pergi dan selamat balik, semuanya selamat dan dapatlah aku bergumbira di sana dengan perasaan yang tenang.

Entry pasal ni will be updated as soon as my mood rajin turned on..hahaha



8 comments:

  1. have funn!!! bestnyaaa perth rindu lak. cuaca time ni tak panas tak sejuk mana. pegi la mana2 pun janji happykan! teringat pulak busselton jetty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, just nice je kot weather skang..xyh susah2 nk bwk baju tebal2..

      Delete
  2. Oh jangan lupa bawa map hahahaa..
    moga berseronok di sana.. and have a nice trip..
    Agree with that food items .. need to check with Mr Henry Fox KakiBerangan.. terbaik.. :D

    Semoga selamat pergi dan selamat balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai2 airport mmg kena rembat map dlu la kot..hehe..thanx

      Delete
  3. Yaya, epy holiday nanti coz JM pun baru selamat sampai pagi td mmg enjoy holiday kat aussie
    Ye betul dua2 tempat tu wajib posing dan pastikan sewa gps nanti senang nk gerak :-)
    Hati2 kat sana nanti

    Klau tanya JM antara perth, gold coast dan sydney JM akan repeat sydney :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..org ostolia dh balik..gps dah siap2 sewa skali dgn sewa kete..hehehe..sydney best eh? kena masuk dlm list gak nih

      Delete
  4. wahhhh awk PA jugak ye? samelah ktee!
    owh ye plug or charger international tu bwk x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. PA gak eh..hehehe..thanx remind, hampir je terlupa

      Delete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow