Alhamdulillah trip 6 hari 5 malam ke Western Australia telah berjalan dengan begitu lancar sekali. Walaupun pada mulanya cuak kentang aku dibuatnya tatkala membuat research, sekarang dah boleh senyum lebar sebab aku dah dapat pengalaman yang tersangatlah berharga di sana. Of course bila travel ni kemanisannnya ialah selepas kita bertungkus lumus membuat persiapan, buat research sana, baca blog itu, baca blog ini, buat pengiraan, kumpul duit dan bila semuanya berjalan seperti yang dirancang tu, ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Waktu berjalan memang seronok, tapi akan lebih seronok kalau kita usahakan sendiri, challenge diri sendiri. Bila dah settle, boleh tepuk tangan kanan kat bahu kiri tiga kali dan cakap 'I am proud with myself'. *emoticonpakaispekmatahitam*
Oklah, sebelum start cerita panjang-panjang (sebenarnya aku memang tengah malaasss giler nak update blog..hehe), aku nak kasi warm up dulu. Untuk pengetahuan korang, aku pergi ni time Spring. Baru2 masuk musim jugaklah, so banyak lagi pokok-pokok yang masih belum berdaun. Western Australia ni memang terkenal dengan wildflower. Memang dorang jenis biarkan je wildflower ni tumbuh di mana-mana. So, kalau jalan kat tepi-tepi jalan pun korang senang nak jumpa pokok bunga kecik2 ni. Dan ramai jugak yang ambil kesempatan untuk menanam pokok bunga sendiri. Aku memang minat tengok pokok2 bunga ni, tatkala aku sibuk mengambil gambar2 ni semua, aku telah dilabel sebagai pencinta alam oleh kawan-kawan aku. Dorang bengang aku tak ambik gambar dorang, tapi leka ambik gambar bunga. Hehe. Ampunkan saya penunggu gua!
Oklah, aku taip panjang-panjang ni korang rajin lah sangat nak baca kan? Haha. Jom layan gambar dulu.
Bunga-bunga yang aku capture ni daripada pelbagai tempat. Daripada Perth, Cervantes, Lancelin, Augusta sehinggalah ke Albany. Kalau ditanya apa nama bunga-bunga ni semua mintak mahaplah memang tak sempat aku nak study. Kebanyakan bunga-bunga ni aku tak pernah jumpa ataupun tengok kat mana-mana. Berharap sangat aku dapat menikmati musim bunga di tempat-tempat lain pulak selepas ni. Marilah kita berangan dulu. :)
Cukup setakat itu dulu, insyaAllah travelog perjalanan aku ke WA ni akan menyusul secepat yang mungkin.
Wasalam.
Macam pesta flora... hehe
ReplyDeletetakde la cm pesta flora pun..in fact byk je tmpt yg cm gurun kt sana..bru2 nk start..dlm bulan 10 ni mungkin lagi best
Deletemanyak nya munger...small size semuanya :-)
ReplyDeletebunga kt sana byknye yg small size cmtu..tp geram tengok..hehe
Deletetanteknye bunga2..hehehe..best la kakyan jalan jauh2..nak ikott haha
ReplyDeletehehe..pegilah sendiri..kumpul duit sikit2..
Deletedpt main sand boarding x?mse sy pg xdpt nk main coz ribut pasir kuat sgt..huhu
ReplyDeletedapat! best giler..hehehe..tapi sebab panas terik, tak larat nak main lama2..
Deleteseronoknya yayan holiday!!~ salute la tanpa ada travel agent.. hehehe
ReplyDeletehehe..:)
Deleterindu perth!!! spring mmg the best kalo nak pegi perth kan? balik tak kene sunburnt?
ReplyDeletetula, spring mmg the best kot, autumn tak sure cmne keadaan kt sana..wlupun sejuk, haruslah kena sunburn..haha
Delete