~ Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah kulewati..Ketenangan yang kucari, telah kutemui...~
Ecehhhhh..Mood Zaiton Sameon di hari yang ceria ini. Ceria sangat! Kalau korang perasan lirik tu aku ada ubah sikit, kita kasi positif la sikit, asyik layan perasaan sedih je, kita kenalah ceria sikit. Lagipun, my life is getting much more happier now,syukur Alhamdulillah. So, meh sambung cerita aku di Albany untuk hari yang keempat di bumi kanggaroo ini. Memang banyak lembah dan lurah aku lewati pun nak sampai ke Albany ni. hehe. So, lagu tema ni memang seswaaai sangat. :)
Pagi tu, demam makin kebah. Gagahkan diri jugak, dah jauh2 drive tu kan, rugi la kalau melepet je. Mulanya nak gerak awal la konon, tapi boleh pulak terlupa charge bateri kamera, kenalah tunggu sampai bateri full baru gerak. Sementara tu kami breakfast dan menikmati kemudahan internet free yang disediakan. YHA Albany ni macam rumah kampung sikit. Bilik ok, siap ada heater. Bilik air pun bersih. Cuma satu je yang tak best, dapurnya kurang memuaskan sikit. Kalau nak compare dengan dapur YHA lain, yang Albany ni tak berapa nak bersih sangat, mungkin disebabkan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab la tu kan, tak bersama-sama menjaga kebersihan kat sana. So, mood memasak adalah di tahap yang kurang memuaskan. Makan apa yang ada je.
Dah check out, hati berbunga-bunga nak teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya ialah Torndirrup National Park, tak berapa jauh jugak la daripada YHA Albany tu. Lebih kurang dalam setengah jam dah sampai dah. Apa yang ada di Torndirrup National Park? Adakah penyanyi lagu Torn, Natalie Imbruglia tu ada berasal daripada sini? Heh. Lari terus tajuk. Oklah, kat Torndirrup National Park ini adalah tempat di mana terletaknya Natural Bridge dan The Gap.
The Gap |
Natural Bridge |
Memang cantik tak terkata tempat ni. Dan angin yang bertiup kat sini pun bukan calang-calang angin, angin melintang patah membujur lalu semua sekali lah lalu kat sini. Memang rasa macam nak terbang, dah lah tempatnya sangat-sangat tinggi. Wuuuu. Kalau tergelincir lalu jatuh ke bawah, nauzubillah weh. Tapi, memang rasa berbaloi sangat drive jauh-jauh semata-mata nak ke sini.
Gambar poyo? Mesti kena ada. haha |
Disebabkan kami tak lunch lagi, memang kelaparan sangat dah, jadi kami singgah di Kojonup, ada satu kedai bakeri di situ. Dapatlah beli roti dan makan dalam kereta. Waktu berhenti isi minyak kereta pula, sempat beli coffee panas yang jual kat dalam kiosk di situ. Rindu rasanya perasaan time tu, cuaca sejuk, kopi panas dan berjumpa pula dengan warm-hearted local people kat situ. Perjalanan pulang ke Perth mengambil masa yang agak lama daripada yang dirancangkan. Sampai di Perth City lebih kurang pukul 5 petang. Kami terus check in di YHA Perth City untuk dua malam terus. Malam itu, kami dinner di bilik saja, setelah kepenatan nak keluar balik cari makanan pun malas. Masak nasi dengan travel cooker, panaskan lauk Brahim, makan!
Dah makan, aktiviti berinternet pula, time ni lah nak update kat family member dan yang tersayang kan. Tak lama lepas tu, dah update segala, masa untuk tidur. Ada banyak lagi aktiviti esok, so, we need to sleep early tonight. Good night Perth....:)