Sudah masuk hari kedua. Semua tidur dengan begitu lena sekali, walaupun tidur di tempat orang. Nampak sangat yang Cervantes Lodge Backpackers ni tersangatlah selesa. Kami terlambat bangun sikit, kunci jam beria pukul 4 tapi harammm semua tak sedarkan diri, tapi sempat lagi untuk Subuh. Setelah selesai mandi dan bersiap, kami ke dapur untuk sediakan breakfast dan lunch pack. Untuk breakfast kami makan roti, telur hancur dan kari ayam Brahim. Untuk lunch, kami buat maggi goreng dan telur dadar. Tuna, roti dan buah-buahan pun masih ada lagi, so kami pack jugak untuk bekalan.
Cervantes Lodge Backpackers |
Aku dah janji kat makcik tu yg i'll make her famous, so korang cam betul2 muka makcik tu (abaikan makcik disebelah kiri..haha) |
The Pinnacles Desert, Nambung National Park
Selesai check out, kami pun bertolak ke Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park. Tak jauh sangat dah daripada tempat penginapan kami tu. Nak masuk ke Pinnacles Desert kena bayar 11AUD per car. Lepas tu, kita boleh drive di sepanjang desert tu, ada laluan yang disediakan. Tak perlu nak menapak di bawah terik matahari tu. Bila berada kat sini, jangan tertipu dengan udara yang sangat sejuk, pakailah jugak sunblock untuk tidak dipanah dengan cahaya matahari yang sangat direct itu.
Kalau nak tahu pasal Pinnacles tu, boleh wiki, Pinnacles ni kalau kat Malaysia dah macam batu-batu hidup kat Tapak Megalitik. Siapa yang biasa lalu jalan Kuala Pilah-Seremban tu, boleh nampak dari tepi jalan. hehe. Tapi batu yang ni di tengah-tengah gurun tapi bukan gurun yang panas, gurun yang sejuk. Bila berada di situ seolah-olah berada di dunia lain.
Lancelin Sand Dunes : Sandboarding time!
Perjalanan kami teruskan ke Lancelin Sand Dunes. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Pinnacles Desert. Kami sebenarnya memandu dengan penuh cuak, sebab minyak macam dah nak blinking, cari petrol station dalam GPS plak, tak ada katanya yang berdekatan. Mustahil tak ada (pujuk hati). Sampai sahaja di Lancelin, kami pun melilau mata cari Petrol Station. Alhamdulillah jumpa! Lega sangat2, dalam kepala dah terbayang duduk kat tepi freeway tu sambil tahan kereta orang. haha! Waktu isi minyak tu bertembung dengan family dari Malaysia yang nak ke Sand Dunes tu jugak, so, kami gerak together-gether.
Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda. So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ. Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri. Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk. Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD. Sewa satu je dah cukup. Mainlah secara bergilir untuk penjimatan. Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.
Sebelum sampai ke destinasi, anda akan nampak kedai Lucky 7 di sebelah kiri anda. So, berhenti sekejap untuk rent sandboard kat situ. Ada dua jenis, satu yang duduk, satu lagi yang berdiri. Tak gigih untuk berdiri, kami pilih yang duduk. Sewa satu sandboard tu 10AUD, pastu kena deposit 50AUD. Sewa satu je dah cukup. Mainlah secara bergilir untuk penjimatan. Kat petrol station tadi aku perasan leh jugak sewa kat situ, tapi macam mahal sikit kalau nak compare dengan Lucky 7.
Kedai Lucky 7 yang dimaksudkan |
Gaya dah ada dah, bab luncur fail.. (gambar yg fail x dpt ditunjukkan atas sebab2 tertentu..haha) |
Dah puas jerit-jerit, gelak-gelak, cungap-cungap kami pun beredar dari tempat itu. Laparlah pulak! Kami pun mencari port yang baik punya untuk berpiknik. Lantas kami terjumpa satu taman yang ada kerusi dan meja dan juga toilet kat situ. Memang port yang terbaik. Kitorang berpiknik sambil ditemani oleh seagull2 yang kelaparan jugak. Disebabkan ada toilet dan boleh ambil wuduk, kitorang decide untuk terus solat kat situ. Lagipun, perjalanan kami agak jauh dan rasanya tak sempat sampai sebelum maghrib.
Perut dah kenyang, muka pun dah fresh balik, lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta. Dari Lancelin ke Augusta lebih kurang dalam 400km. Sepanjang perjalanan kami menyaksikan pemandangan yang sangat indah, bukit-bukit hijau siap ada biri-biri dan lembu yang gebu-gebu, dah macam dalam Farmville. Udara pula memang sejuk dan redup di kawasan tu. Di tengah-tengah padang ragut yang luas tu bertebaranlah kambing biri-biri mencari makanan, pastu ada farm house, ada kuda. Betul-betul macam dalam buku cerita kanak-kanak.
YHA Augusta - Cape Leeuwin
Sampai-sampai saja di Baywatch Manor Augusta @ YHA Augusta ni, kami disambut oleh seorang reception yang hensem dan sangat sesuai dijadikan calon bf. Cara cakap pun lembut je, tenang rasa hati ni. Eh, apa kena mengena?! Haha. Lari tajuk dah. Antara banyak-banyak hostel yang aku stay, aku paling suka kat sini. Bukan sebab mat salih yang hensem tu je, tapi semua sekali tentang hostel ni aku suka, kecuali lantai die kot, sejuk sangat, yang lain semua ok. Cakap banyak tak guna, tepek gambar lagi bagus.
Makan malam kami meriah sebab dapat hang out sekali dengan traveller dari Singapore. Siap dapat makan papadom lagi dorang bagi. Bila perut dah kenyang, masa untuk tidur, so, sehingga bertemu di hari yang ketiga!
1. Auntie yg sama di Cervantes lodge tu hee
ReplyDelete2. Yer betul..view di Pinnacles tu mmg cantik tak rugi kan
3. Mmg best kan Sandboarding..pasir sejuk sgt wlpun panas
4. Aha..Hotel yg sama semasa JM ke sana..
Bila baca entry ni mengundang kembali memori JM ke sana dulu :-)
JM pun dok kt YHA Augusta gak ye? cantik kan..suke view kt situ..jom refresh balik memori tu..gigih nk siapkan next entri nih
DeletePinnacles tu mmg macam hidup hahaha.. kalau dari jauh mesti nmpak mcm orang tgh berdiri kan..
ReplyDeleteAah.. makcik tu dah famous hehehe.. ke bodek nak tawar harga hahaha :P
Eh entrance tu 11AUD per car.. murah betul.. xde charge per person..tha good..
kesian korang..nasib baik ada petrol station.. kalau takhitchhikers la korang huhuu.. :D
patut la ada gambar berdiri letak dan duduk jer.. sebab luncur fail hehehe.. xpela bukan culture kita nak buat mcm mne kan..
pinnacles tu klu main nyorok2 best, byk tmpt leh nyorok..haha..
Deleteharga dah fix, tak berani plak nk mintak diskaun, cuba la pasni, kot2 die nk bg lepas femes..hehe
waktu minyak blinking tu, dah macam2 benda terbyg, nk thn kete org, tumpang g beli minyak la..lawak2..
lagi satu tu bab luncur, walaupun fail, tetap enjoy sgt2..still luncur lg, tp jerit2 lah, gmbr ntah ape2 kuarnya..sbb tu tak letak..haha
patutnya... dlu time pegi pinnacles ni terus check in. the terjah esok paginya. napela x buat cmtu. view waktu siang mmg sgt superb okayy! huhuhu lancelin tu adoyaiii baru naik dua kali sand board tu dh penat. hahaha kira cukupla.. penat nak panjat sampai puncak.
ReplyDeleteyha augusta pun dulu antara finalis utk tido gak. hiks. sbb lawa!
takpe, leh repeat bila dh retire nnt, waktu tu lg best kot nk travel kt sana, ramai geng..hahaha
Deletecantik semua gambar2 anda.
ReplyDeleteterima kasih..bkn raw pun, edit pny version...hehe
Deletemse time kteorg kat pinnacles hujan..tp nsb sempat pose kat batu2 tu.nk main sand boarding xdpt coz sand storm sgt kuat..tgk jelah dgn mata terkedip-kedip sapu pasir.heheh.padahal dah sewa sand board.tp bgs arr owner lucky 7 tu..dia return balik duit coz xdpt nak main..mmg kne revisit la jwb nye.byw, salam perkenalan
ReplyDeleteslm kenal, thanx for dropping by...ala sedihnye..tp yg penting dah sampai kan..waktu kitorg tgh main sandboard tu mcm mendung gak, nasib baik tak ujan..
Delete