nuffnang ads

recent posts

Tuesday, November 18, 2014

konsep rezeki masing2

assalamualaikum semua..
hrp semua sihat2 dan sejahtera selalu..hari ni agak terpanggil untuk berblog setelah agak lama mendiamkan diri.  aritu ade gak la keluar sikit kata meroyan, memang agak meroyan la bila lama tak travel tapi takpe, kesabaran itu adalah separuh daripada iman.  insyaAllah, tahun depan boleh start travel semula dan kali ni dengan travel partner yang baru.

sebelum ni, aku ada post kata nak habiskan jelajah atleast 10 destinasi/Negara luar dr Malaysia sebelum umur 30 tahun, jom kita kira, lagi berapa tempat je nak cukupkan lagi sepuluh tu.

1. Ho Chi Minh
2. Medan
3. Jakarta
4. Bangkok
5. Singapore
6. Seoul, Korea
7. Perth

so, total baru tujuh destinasi.  masih ada lagi 3 tempat kosong.  insyaAllah, sempat la kot nak capai target sebab ada lagi tiga tahun. Tahun depan mmg dah confirm satu destinasi, so, tinggal lagi dua. Boleh la pergi tempat yang dekat2 dulu. Simpan duit untuk travel yang lebih lama dan jauh.  Ada banyak lagi impian belum tercapai. Harap2 murah rezeki lepas ni untuk travel lagi dan untuk mengerjakan Umrah. 

oklah, sebenarnya nak cakap pasal konsep rezeki masing-masing, tapi otak ni memang fikir nak travel sokmo kan. Tutup cerita dulu pasal travel, kita borak pasal rezeki pulak.  Kadang-kadang kan, aku memang mengaku la, aku selalu jeles dengan orang, yela, tengok orang tu dapat travel jauh2 umur muda2, dapat beli kereta besar, dapat beli rumah besar dan bla bla bla.  Sume yang besar la kan. 

Tapi, aku akan back on track bila teringat kata-kata seseorang.  Kata-kata itu dilafaz oleh seseorang yang sangat aku adore waktu tu.  Kira macam secret admirer la kan.  Lepas form 5, dapat result SPM, aku memang terus memulaukan diri daripada kawan-kawan.  Time tu nak menyesal pun tak berguna lagi kata orang.  Mana taknya, dalam reramai satu geng tu, result SPM aku la yang paling kantoi sekali. Alamatnya, memang free2 je kena tolak daripada masuk Matrik.  Time tu kalau masuk matrik tu memanglah budak pandai katanya.  So, kesedihan itu membuatkan aku malas nak bergaul dan berjumpa kawan-kawan yang lain.  Walaupun bertalu-talu mesej n call masuk, tapi kebanyakannya aku abaikan saja. Sangat kecewa dan kesedihan itu kesannya sehingga sekarang. Sebab setiap kali tengok result SPM rasa nak bako je result tu. 

Aku pasrahkan diri masuk ke Politeknik berbekalkan result SPM aku yang sangat menyedihkan tu.  Yang paling tak boleh blah, macam mana aku boleh dapat kos tu pun aku tak tau.  Aku dulu minat dalam bidang architecture, dan disebabkan aku takde amek subjek LK, kalau aku nak ambil Dip Seni Bina aku kna ambil Sijil Seni Bina dlu. Ye la budak tak berapa nak pandai, susah la nak terus masuk Dip kan time tu.  Dah masuk semester satu pun aku masih lagi rasa stress dengan keadaan sekeliling. What the fish pembelajaran yang aku kena ambil ni? Apa tu Trengkas? Speedtyping? Zero sangat dengan semua subjek tu. Semester satu adalah semester yang penuh dengan denial.  Macam tak percaya aku amek kos Sekretari. 

Waktu tu, aku ada berhubung dengan secret admirer aku tu.  Ha ha.  Kawan-kawan lain semua aku abaikan, tapi tidak pada secret admirer aku tu.  Aku contact dia, sebab time tu aku masih lagi keliru dengan perasaan aku. Chewahh. Banyak sebenarnya nasihat yang aku dapat. Dan waktu tu aku sedar, yang aku bukanlah suka pada dia disebabkan dia adalah lelaki, tapi disebabkan dia boleh memberikan nasihat kepada aku, yang mana nasihat tu aku boleh dengar dan ikut. Tak semua orang bagi nasihat aku boleh terima tau. He He. Aku selesa berborak dengan dia sebab dia berikan kata-kata semangat.  Bila aku utarakan pasal aku tak contact semua kawan-kawan aku, sebab aku rasa rendah diri sangat dengan result SPM tu, cepat-cepat die cakap kat aku, rezeki yang Allah bagi kat semua orang tak sama.  Akan datang, lagi banyak cabaran dan dugaan, kita tak tahu apa akan jadi pada diri kita.  Result SPM tu tak menjamin seseorang tu boleh berjaya satu masa akan datang, dan orang yang tak lulus SPM pun tak semestinya tak boleh hidup senang.  Time tu aku mula berfikir...

Kata-kata tu sangat memberi kesan kepada kehidupan aku sampai sekarang. Bila aku applykan konsep tu dalam semua aspek kehidupan aku, aku menjadi lebih positif dan bermotivasi.  Aku sangat berterima kasih padanya atas nasihat tu, walaupun aku yakin dia pun mesti dah tak ingat dia cakap kat aku pasal konsep rezeki semua tu.  Bila aku lihat kehidupan dia sekarang, aku rasa bahagia, dan dalam diam aku memang sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.  Siapa dia tu, biarlah rahsia. hehe. 

Betul la rezeki masing-masing tak sama. Siapa tahu, dulu aku budak politeknik je, diploma je, sekarang aku dah ada degree, kerja tetap, boleh berjalan sakan dengan gaji tak seberapa ni, ada family yang sangat penyayang dan sejahtera semuanya, ada kawan-kawan yang best, dan dah jumpa seseorang yang sangat istimewa, dan beberapa bulan je lagi akan disatukan insyaAllah.  Semua yang aku harapkan dulu tu, satu persatu aku dah dapat.  Coming soon, harap2 dimurahkan rezeki nak beli rumah, nak menunaikan haji dan umrah, nak dapat anak yang sihat dan pandai. Tapi apa pun yang diharapkan, andai tak tercapai, aku redha sebab rezeki yang Allah dah bagi setakat ni, rezeki yang sangat berharga untuk aku, yang orang lain mungkin tak dapat dan sedang berusaha untuk dapatkannya.  So, percayalah dengan rezeki Allah.  Selagi mana kita meminta dan berterima kasih, insyaAllah rezeki tu sentiasa akan ada untuk kita. Jangan kita salahkan sesiapa jika kita kurang bernasib baik, sebab bila ada kekurangan tu, mungkin kita perlu gandakan usaha dan sentiasa ucap terima kasih syukur.

So, korang, aku percaya dengan rezeki aku, tapi aku tetap jeles bila baca blog korang yang non-stop asyik berjalan je. Aku jeles weh!!!!

Tuesday, November 4, 2014

Meroyan

sangat sangat SANGAT gian nak travel. Kbai.

Subscribe and Follow