assalamualaikum semua..
hrp semua sihat2 dan sejahtera selalu..hari ni agak terpanggil untuk berblog setelah agak lama mendiamkan diri. aritu ade gak la keluar sikit kata meroyan, memang agak meroyan la bila lama tak travel tapi takpe, kesabaran itu adalah separuh daripada iman. insyaAllah, tahun depan boleh start travel semula dan kali ni dengan travel partner yang baru.
sebelum ni, aku ada post kata nak habiskan jelajah atleast 10 destinasi/Negara luar dr Malaysia sebelum umur 30 tahun, jom kita kira, lagi berapa tempat je nak cukupkan lagi sepuluh tu.
1. Ho Chi Minh
2. Medan
3. Jakarta
4. Bangkok
5. Singapore
6. Seoul, Korea
7. Perth
so, total baru tujuh destinasi. masih ada lagi 3 tempat kosong. insyaAllah, sempat la kot nak capai target sebab ada lagi tiga tahun. Tahun depan mmg dah confirm satu destinasi, so, tinggal lagi dua. Boleh la pergi tempat yang dekat2 dulu. Simpan duit untuk travel yang lebih lama dan jauh. Ada banyak lagi impian belum tercapai. Harap2 murah rezeki lepas ni untuk travel lagi dan untuk mengerjakan Umrah.
oklah, sebenarnya nak cakap pasal konsep rezeki masing-masing, tapi otak ni memang fikir nak travel sokmo kan. Tutup cerita dulu pasal travel, kita borak pasal rezeki pulak. Kadang-kadang kan, aku memang mengaku la, aku selalu jeles dengan orang, yela, tengok orang tu dapat travel jauh2 umur muda2, dapat beli kereta besar, dapat beli rumah besar dan bla bla bla. Sume yang besar la kan.
Tapi, aku akan back on track bila teringat kata-kata seseorang. Kata-kata itu dilafaz oleh seseorang yang sangat aku adore waktu tu. Kira macam secret admirer la kan. Lepas form 5, dapat result SPM, aku memang terus memulaukan diri daripada kawan-kawan. Time tu nak menyesal pun tak berguna lagi kata orang. Mana taknya, dalam reramai satu geng tu, result SPM aku la yang paling kantoi sekali. Alamatnya, memang free2 je kena tolak daripada masuk Matrik. Time tu kalau masuk matrik tu memanglah budak pandai katanya. So, kesedihan itu membuatkan aku malas nak bergaul dan berjumpa kawan-kawan yang lain. Walaupun bertalu-talu mesej n call masuk, tapi kebanyakannya aku abaikan saja. Sangat kecewa dan kesedihan itu kesannya sehingga sekarang. Sebab setiap kali tengok result SPM rasa nak bako je result tu.
Aku pasrahkan diri masuk ke Politeknik berbekalkan result SPM aku yang sangat menyedihkan tu. Yang paling tak boleh blah, macam mana aku boleh dapat kos tu pun aku tak tau. Aku dulu minat dalam bidang architecture, dan disebabkan aku takde amek subjek LK, kalau aku nak ambil Dip Seni Bina aku kna ambil Sijil Seni Bina dlu. Ye la budak tak berapa nak pandai, susah la nak terus masuk Dip kan time tu. Dah masuk semester satu pun aku masih lagi rasa stress dengan keadaan sekeliling. What the fish pembelajaran yang aku kena ambil ni? Apa tu Trengkas? Speedtyping? Zero sangat dengan semua subjek tu. Semester satu adalah semester yang penuh dengan denial. Macam tak percaya aku amek kos Sekretari.
Waktu tu, aku ada berhubung dengan secret admirer aku tu. Ha ha. Kawan-kawan lain semua aku abaikan, tapi tidak pada secret admirer aku tu. Aku contact dia, sebab time tu aku masih lagi keliru dengan perasaan aku. Chewahh. Banyak sebenarnya nasihat yang aku dapat. Dan waktu tu aku sedar, yang aku bukanlah suka pada dia disebabkan dia adalah lelaki, tapi disebabkan dia boleh memberikan nasihat kepada aku, yang mana nasihat tu aku boleh dengar dan ikut. Tak semua orang bagi nasihat aku boleh terima tau. He He. Aku selesa berborak dengan dia sebab dia berikan kata-kata semangat. Bila aku utarakan pasal aku tak contact semua kawan-kawan aku, sebab aku rasa rendah diri sangat dengan result SPM tu, cepat-cepat die cakap kat aku, rezeki yang Allah bagi kat semua orang tak sama. Akan datang, lagi banyak cabaran dan dugaan, kita tak tahu apa akan jadi pada diri kita. Result SPM tu tak menjamin seseorang tu boleh berjaya satu masa akan datang, dan orang yang tak lulus SPM pun tak semestinya tak boleh hidup senang. Time tu aku mula berfikir...
Kata-kata tu sangat memberi kesan kepada kehidupan aku sampai sekarang. Bila aku applykan konsep tu dalam semua aspek kehidupan aku, aku menjadi lebih positif dan bermotivasi. Aku sangat berterima kasih padanya atas nasihat tu, walaupun aku yakin dia pun mesti dah tak ingat dia cakap kat aku pasal konsep rezeki semua tu. Bila aku lihat kehidupan dia sekarang, aku rasa bahagia, dan dalam diam aku memang sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Siapa dia tu, biarlah rahsia. hehe.
Betul la rezeki masing-masing tak sama. Siapa tahu, dulu aku budak politeknik je, diploma je, sekarang aku dah ada degree, kerja tetap, boleh berjalan sakan dengan gaji tak seberapa ni, ada family yang sangat penyayang dan sejahtera semuanya, ada kawan-kawan yang best, dan dah jumpa seseorang yang sangat istimewa, dan beberapa bulan je lagi akan disatukan insyaAllah. Semua yang aku harapkan dulu tu, satu persatu aku dah dapat. Coming soon, harap2 dimurahkan rezeki nak beli rumah, nak menunaikan haji dan umrah, nak dapat anak yang sihat dan pandai. Tapi apa pun yang diharapkan, andai tak tercapai, aku redha sebab rezeki yang Allah dah bagi setakat ni, rezeki yang sangat berharga untuk aku, yang orang lain mungkin tak dapat dan sedang berusaha untuk dapatkannya. So, percayalah dengan rezeki Allah. Selagi mana kita meminta dan berterima kasih, insyaAllah rezeki tu sentiasa akan ada untuk kita. Jangan kita salahkan sesiapa jika kita kurang bernasib baik, sebab bila ada kekurangan tu, mungkin kita perlu gandakan usaha dan sentiasa ucap terima kasih syukur.
So, korang, aku percaya dengan rezeki aku, tapi aku tetap jeles bila baca blog korang yang non-stop asyik berjalan je. Aku jeles weh!!!!
Jangan jeles, rezeki masing2 tu huhu...
ReplyDeletebetul sangat rezeki masing2 tak same.. jgn nak compare2 dengan org lain .. lebih2 lagik yg berlebih2 dari kite ... tu rezeki die ... at the same time maybe dugaan jugak utk die ( dugaan tuhan tu kan macam2, bukan dugaan kesusahan saje, kesenangan dlm segala segi pun kite boleh anggap dugaan jugak kan ) ... jadiknye, kene berlapang dada dengan ape yg kite ade ... hikhik sekian tazkirah dihari selase :)
tula..tengok dalam kejelesan sambil berdoa, semoga aku dapat g melancong ke korea banyak kali mcm azra..haha..tp jeles ni jenis yg positif, sebab jeles kena berusaha sendiri, bukan jeles mendengki..heee
DeleteWahh...travel partner 'baru' tu...mcm tahu je siapa kah itu hihih....byk tu tempat dh pernah jejak..already 7 destinasi tu!!
ReplyDeleteSetuju dengan kata-kata secret Admire tu sbb SPm bukan ukuran kejayaa sekarang..ada yg lepasan Degree tapi kerja kerani je..ada yg lepas diploma skg pegang jawatan pegawai..kiranya rezeki Allah beri pada setiap org x sama ada yg kurang dan ada yang lebih,.,Allah maha adil kan
Last statement tu akak suka...kalau dulu x berjaya..cuba liha sekarang kehidupan makin bahagia..x lama lagi akan ada org tersayang di sisi aklau nk di bandingkan dengan sis JM yg dh lewat usia ni belum berjodoh lagi so x perlu nk jeles coz Yayan ada kelebihan di situ. Dari segi travel pun x perlu nk jelez sbb ada lagi org lain belum pernah jejak kaki keluar negara..so sabarl ah ye next year leh travel puas2 bersama yg tersyg
tula sis JM, kadang2 bila tgk orang yg serba kekurangan, rasa mcm insaf sgt. sbb tu la kena muhasabah balik diri..bila org keliling mula berckp psl kita yg asyik travel ni, kdg2 rasa nak marah juga, tp yela, mungkin dorg tak paham konsep rezeki tu kan..apa yg lebih kt kita, mungkin kurang kt dia, dan apa yang lebih kt dia, mungkin kurang kat kite..so, abaikan aja org yg bercakap tu..
Deletesy start travel dulu masa sy tengah patah hati..tu yg mula bawa diri ke tempat jauh..lama2 rasa seronok bila pergi Negara org, jumpa ramai org, mcm2 pengalaman berharga dpt dirasa..jodoh tu pun datang tak diduga sis..mcm sekelip mata je dtg, time tu mcm tak bersedia pun lg, sebab fikiran asyik travel je..hehe..insyaAllah, jgn putus asa mencari..smbil2 travel tu, ce usha2 sket org sekeliling..huhu..mane tau sangkut ngan mat saleh ke kan..hehe..selagi boleh jalan, jalanlah puas2 dulu..jangan fikirkan sgt k..sy doakan yg terbaik utk sis..fighting!
travel tu tak semestinya jauh jauh. dlm negara pun kira travel.
ReplyDeleteapa yang penting.. kita enjoice....
betul..yg penting enjoy..klu travel dlm Negara sekarang ni misi utk jalan2 cari makan je, sebab kebanyakan tmpt dah pernah pergi..tapi bila jumpa je makanan, trus lupa diri, amek gambo pun tak sempat..hahaha
Deleteagree...konsep rezeki ni sangat luas maknanya
ReplyDeletekan..apa pun yg kita dpt tak kira kecil besar mahal murah semuanya rezeki..dapat bukak mata dan bernafas setiap pagi pun rezeki kan..:)
DeleteSuka post ni...betul tu, jgn sesekali compare life kita ngn org, especially yg zahiriah nmpk 'lebih' dr kita...nnti pyh nk bersyukur, keep on complaining nape kita x mcm dia...msing2 ada bhgn msing2 kan...hehe
ReplyDeletesepatutnya kita jadikan sesuatu kejayaan org lain tu sbg inspirasi utk kita berjaya..klu kita pandang dari sudut negative, memang mudahlah penyakit hasad dengki tu datang..klu kite tak nak berusaha sendiri, then kita sbnrnya tak layak nk persoal ttg org lain kan..tp kak, ramai je yg fikir negative ni, smpaikan ade org tny dlu kt membe sy, asyik pegi berjalan jauh2, zakat bayar ke tak? hadoi...bila org tny mcm tu, nmpk sgt dia fikir negative dgn org lain..tp sy sbnrnya happy kenal dgn blogger2 travel ni, sbb bila sy baca travel blogger lain, sy dpt rasa semuanya berfikiran positive..mgkin sebab lagi jauh berjalan, lagi luas pengetahuan, lagi banyak pengalaman..org lain yg tak travel will never understand us I think..:)
Deletenak like..tapi takde butang like....peace!!!!!!!
ReplyDeletebetul kita kena percaya dengan konsep ini. semua orang lahir dah tertulis apa yang terbaik baginya. insyallah apa yang kita ada skrang dengan izin-Nya adalah yang kita perlu. eeeh banyak dah tu jalan.. CT ni baru beberapa. nak compare pun malu aje.. CT pun ada rasa yang macam tu.. aaa seronoknyaa jalan sana jalan sini bila diri sendiri nak melangkah tapi poket semput. jadi kenalah ukur baju di badan sendiri. kerja pun tak ada lagi hehehe.. insyallah. moga rezeki kita semua melimpah ruah nak jelajah tengok bumi-Nya.
ReplyDelete