recent posts

Tuesday, December 21, 2010

DREAM AND DREAMING

what will i be years from now?

there a few things that i need to settle up in 5 years from now. pertama sekali, degree. pejam celik dah nak masuk semester yang keempat. masa berlalu agak cepat. tapi lagi cepat lagi bagus. cepat2 nak abeskan supaya jiwa kembali tenang. dan tentunya berharap sangat nak dapat 1st class degree, walaupun nampak agak sukar sekarang ni, tapi aku akan cuba lagi dalam semester2 yang akan datang.

yang keduanya, aku ada memasang cita-cita untuk bekerja di luar negara. kalau ikut pada syarat, kena genap 5 tahun bekerja dulu, baru boleh apply. so aku masih ada masa lagi sehingga aku abeskan degree. semestinya bekerja sebagai secretary di luar negara. dan mungkin bila balik daripada sana aku akan apply kerja guna degree aku. sebabnya aku memang suka jadi secretary, seronok sangat kerja ni. walaupun kadang-kadang ada banyak tekanan tapi aku mula enjoy dengan kerjaya ni. so, harap sangat2 sebelum aku memulakan kerja lain dengan degree aku nanti, aku dapat kerja kat oversea.

dalam pada itu, aku berharap juga agar dapat mengakhiri zaman bujang. he he. happy tengok kawan2 yang dah kawen, tunang, yang dah dapat anak, yang bakal dapat anak. tengok betapa bahagianya apabila menempuh hari bersama-sama, together2 gitu. seronok kan? dan bila cakap pasal kawen, mulalah berangan-angan. nak hidup bersama, nak masak untuk si dia, nak kemas rumah sama-sama, dapat anak, didik anak sama-sama. huk huk. jauh sudah ni, bertunang pun belum, dah fikir pasal anak pulak!

okeylah stop dulu sebelum aku merepek ntah ape2 lagi. tapi apa yang aku harap semua yang disebutnya di atas menjadi kenyataan. amin~

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow