recent posts

Friday, July 8, 2011

jom gi BERSIH..

sana sini memperkatakan tentang BERSIH. yang bertekak, bertekak. yang memaki, memaki. masing2 kononnya utuh dengan pendapat masing2 seolah pendapat orang lain ni memang takleh pakai. kononnya, kalau sokong kerajaan dikatanya pengampu murahan kerajaan, tunduk bawah kaki najib. kalau sokong pembangkang pulak, dikatanya kita ni tak sedar diri, tak reti bersyukur. macam2 pendapat dan karenah bila orang mula bercakap tentang politik. yang kahwin boleh sampai bercerai, kalau keluarga boleh putus hubungan.

bagi aku, itu terpulang pada pendapat individu itu sendiri. semuanya terletak pada tangan dia yang mengundi. kalau nak berkempen, tak payah nak jatuhkan orang lain. tunjukkan kekuatan diri yang sebenar. ini tidak, bila dah start bertekak, masing2 macam histeria sebab geram dgn pendapat orang lain. senang cerita baik tak payah cakap. tunggu dan lihat. kalau ada PRU nanti, pilihlah dengan bijak, kalau rasa2 tak yakin buat istikharah.

daripada sibuk2 kita join perhimpunan HARAM tu, baiklah kita pegi BERSIHkan halaman rumah yang dah semak tu. takde halaman, mop je la satu rumah, lap kasi licin berkilat. takde nak merungut pasal roadblock, takde yang akan merungut pasal jalan kena tutup, takde yang merungut pasal kesesakan lalulintas. dok je umah diam2. kalau dah nama kakitangan kerajaan atau mana2 student2 tu, fikirlah masa depan anda. takyah nak pergi buat sesak jalan je. belajar tinggi2 pastu join bersih, kena tangkap, dah gelap masa depan. dah elok2 boleh jadi pemimpin yang boleh ubah corak pemerintahan negara, dok meringkuk dalam penjara tak pun ISA. kan dah rugi.

so, jom gi BERSIHkan halaman rumah ye!

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow