nuffnang ads

recent posts

Friday, August 19, 2011

SABAR

sabar itukan separuh daripada iman..(ramai orang ckp camtu, tapi kadang2 die pun tak sabar)
sabar ni bukan perkara yang senang. kan kan?
hm...macam mana nak melatih diri bersabar?
sebab saya seorang yang kurang sabar. (manis sikit drp tidak sabar)
salah satu benda yang paling menghangatkan dan memanaskan hati apabila saya terpaksa menunggu. sebab sy seorang yg punctual.(saya rasa)sebab saya selalu sampai awal sebelum orang lain sampai. bila saya kena tunggu, saya akan mula fed up. bila saya fed up, saya jadi angin. so, jangan suruh saya tunggu lama2 ok?! kalau tak, terima la padahnya, sebab dah takde dah angin sepoi-sepoi bahasa, cuma rendah sikit daripada angin ribut. klu dah janji tu, dtg la awal. melainkan kes-kes emergency sahaja. kalau tak, sorry la der, sama ada aku tinggalkan atau aku balik.

kenapa orang lain suka sangat buat orang menunggu?
"sebab best","ala, sy terbangun lambat", "lupe la janji kul 5, ingat kul 7", "jalan jem td"..dan macam2 alasan...
kadang2 kalau saya tahu saya yang paling awal sampai, saya sengaja je singgah tempat lain dulu, dengan harapan ada org lain yang akan sampai. tapi hampeh. selalunya saya gak yang sampai dulu.
klu korang rasa korang selalu tunggu aku lama2 tu, rasakan. sebab itu adalah untuk membayar balik semula masa aku yang korang dah curik. yang sepatutnya aku boleh tido dengan aman, pergi shopping ke.

sekian.

Tuesday, August 9, 2011

resepi pemalas SPAGHETTI SOSEJ

semalam adalah hari malas sedunia untuk aku. selalu rajin jugak nak masak, ini tidak, daripada sahur sampai berbuka rasa cm malas2 ayam je nak masak. sahur yg paling malas bulan ramadhan kali ini iaitu 2 biji kurma pastu minum air kosong. hehe. dan untuk berbuka pulak, aku rajinkan diri yang malas ini untuk memasak spaghetti yang orang tak reti pun boleh buat iaitu SPAGHETTI SOSEJ. ha ha ha





pelakon utama :


abang prego yang encem, capsicum, bawang putih, tomato, sosej


pelakon tambahan (tak suke nak enteprem) :


cili blender mama (cilok drp mama), garam, spageti




taraaaa!! dah siap...




so itulah dia masakan paling malas aku. takyah nak cite cmne nak buat, korang tengok bahan2 tu pun korang leh tau nak masak cmne..jangan ngengada cakap tak reti..sekeh kang!


sonang yang amat sangat..


so, arini apa menu? tungguuuuu.....

Wednesday, August 3, 2011

NASI GORENG TOMYAM

alhamdulillah bersua lagi kita dlm bulan ramadhan kali ini.
macam biasalah kalau dalam bulan ramadhan ni, kita akan teringin nak makan macam2, dan bila kat ofis pulak, dok sibuk jenguk2 blog masakan, kunun2 nak buat la kan.(ini aku, orang lain aku tak tau, hehe)

so, ada jugak la beberapa resepi yang dah masuk ke dapur cik yayan. tapi yang ni cik yayan buat time sebelum bulan puasa aritu. resepi dicilok dari blog kak hana (selalu sgt singgah blog akak..hehe)

resepi kali ni, nasi goreng tom yam. tekak ni dah muak asyik makan nasi goreng paprik ngan nasi goreng kampung. sesekali tukar selera la pulak. tengok resepi kt blog kak hana tu macam senang je nak buat. aku guna apa yang ada je tapi hasilnya memang sedap. ada masam2 masin gitu..ape lagi, cube la try test tengok ape jadi..hik3



Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
3 ekor udang
1 ekor sotong
isi ayam - potong kecil2
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 biji cili padi - ketuk (nak lagi pedas tambah la, aku ni nama je org n9 tp tak tahan pedas)
1 peket perencah tomyam (kalau rasa pekat sangat, kurangkan sikit)
bunga kobis - potong kecil2
carrot - potong dadu
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut - koyak2 sikit (kalau banyak2 nanti rasa pahit)
1 biji telur
garam


Cara-cara

panaskan minyak sekejap.
tumis bawang merah,bwg putih, cili padi hingga naik bau.
masukkan perencah tomyam, garam, serai dan daun limau purut.
masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
masukkan sotong, udang, carrot,tomato dan bunga kobis.
pecahkan telur, dan akhir sekali nasi.
gaul sehingga rata.
sedia untuk dimakan.


kalau makan dengan telur mata goyang, sambal belacan ngan sup kosong..perrgghh!!!(saba yayan, pose ni..)

selamat mencuba!

Subscribe and Follow