nuffnang ads

recent posts

Thursday, October 6, 2011

Surah al-Baqarah : Ayat 285-286

“Rasul itu mempercayai apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang yang beriman. Semuanya percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan utusan-utusanNya (mereka mengatakan):kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara utusan-utusan Tuhan itu. Dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kami turut. Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang kafir.”



(Surah Al-Baqarah : 285-286 )


Keterangan dan Petua Beramal



1. Perlindungan daripada segala kejahatan
Abu Mas’ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan permintaan
Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi s.a.w., tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:
“Ini sebuah pintu di langit, pada hari ni dibuka dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi.”




Kalau ikutkan sebenarnya selalu kita baca ayat-ayat ni selepas solat dan selepas baca surah Yassin tapi selalunya main baca je tanpa tahu apa maksudnya. So, saya kongsikan apa yg saya baca dalam satu buku untuk kawan2 semua. Semoga dengan memahami ayat-ayat di atas, kita akan selalu mengingatiNya dan kembali ke jalanNya... Amin.

1 comment:

Subscribe and Follow