nuffnang ads

recent posts

Thursday, April 4, 2013

Jakarta, Indonesia Pt. 2 - Taman Safari


Hola Malaysia!

Sorry iols nak merepek dulu before proceed cerita pasal Jakarta ni..Semester ni iols agak tanjat gegurl sikit sebab terpaksa join kelas PJJ, hari ahad lak tuuu. Lecturer cakap laju bebeno macam machine gun, yela, ada dua jam sebulan je dapat jumpa iols kan.  Lepas tu, first day class dah bagi assignment yang melambak.  Nak muntah iols dengar. Baru dengar, belum start lagi buat assignment.  Mesti muntah hijau, ungu dan pink akan keluar sat g kan.  Iols kena bertabah lagi tiga sem, pastu barulah iols boleh bernafas dengan lega.  Penat uols sambung part time ni, kena bertabah semedang.  So, cara iols nak lepas tension, travel la kan apa lagi?!  So, jom lah continue dengan story mory from Jakarta with love ni, iols tak sabar dah nak cerita...

****** 

Weehuu!  Menjadi kanak-kanak ribena sebentar di Taman Safari.  Last pergi zoo dah tak ingat bila, tapi masa sekolah dulu la of course.  Aku pun konpius, aku yang terlebih eksaited pergi Taman Safari ni kalau nak dibandingkan dengan Rayyan.  Haha. Thank Rayyan, sebab Rayyan, aunty dapat datang sini. *pelukkuatkuat*

Perjalanan ke Safari daripada Jakarta ambil masa dalam dua jam campur macet.  Lebih kurang perjalanan dari Jakarta ke Bandung jugak, tapi route tak sama.  So, dinasihatkan pergi awal pagi dan bukannya weekend, kalau boleh pergi time weekday, kurang sikit jem..Taman Safari ni boleh bawak kereta masuk ke dalam kandang haiwan, so boleh tengok haiwan secara live di tepi tingkap kereta anda..Kalau bukak tingkap, ada yang masukkan kepala pun dalam kereta..ngeri tak ngeri je la uols..airliur binatang? memang penuh kat tingkap! Before masuk ke safari, ada banyak orang jual wortel kat tepi jalan, so, belilah siap2, so that nanti boleh bagi binatang tu makan. Tau idak wortel tu menatang ape?   Wortel tu adalah carrot! hehe..comelkan nama Indon die..:)

Tiket masuk ke Safari berharga IDR140k..Kat dalam tu selain daripada tengok binatang, ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat.  Ada pertunjukan gajah dan banyak lagi lah. Kena tengok jadual persembahan.  Kami aritu sempat tengok persembahan gajah je.  Sebab perut dah start berkencorong, kena keluar untuk cari makan..


Rayyan yang sedang hairan bin ajaib..Bukak2 mata tengok gajah lak ada depan mata..hehe


Redbull yang sangat samseng jalan raya..dorang hadang jalan tu, pastu dok usha kami2 yg dalam kereta nih. dengan jelingan yang amat tajam..tatutttt

Lucu yang ni, makan sampai tak sedor makanan penuh atas kepala..

Bagi makan wortel..

Yang ni memang kes berani mati, siap masuk kepala dalam kete..




Untuk ke kandang harimau dan singa, kami tak dibenarkan buka tingkap kereta dan tidak dibenarkan berhenti..Takut pula harimau dan singa tu tengah lapar, diterkamnya pulak cermin kereta mau boleh pecah..tapi dapatlah saksikan dengan lebih dekat harimau tu bersiar-siar..Singa tido terkangkang hoke?! Malu I tengok..hehe

Tido terkangkang! Malu la sikit orang tengok..isk3

memang super duper terhegeh-hegeh..siput sedut jalan pun lagi laju daripada binatang ni tau

aunty, mama with rayyan the birthday boy
Ok, dah lepas daripada masuk kandang, kami ke Plaza Gajah pulak.  Kat situ ada pertunjukan gajah, sape yang nak naik gajah dan unta ada disitu.  Baby Zoo pun ada, kat dalam Baby Zoo, anda boleh bergambar dengan harimau putih seperti yang dalam gambar di bawah dan juga ada lagi binatang-binatang lain yang tak berapa nak merbahaya sangat kat dalam tu. 

Very the Mak Jemah uols..hehe
the white tiger doesn't look calm as in the pics okey! kdg2 die cm lose control sikit..tatutttt

Dan banyak lagilah binatang yang ada, cuma waktu kami sampai tu masih banyak binatang yang tengah tidur, jadi takdelah mereka itu mahu merayau-rayau mencari makan dekat-dekat dengan kami.  Dapat tengok mereka tidur daripada jauh je la, nak panggil tak tau nama, nak kejut takut kami yang terkejut pulak, so, kami teruskan perjalanan sehinggalah ke penghujungnya.

Bagi aku, ini adalah satu pengalaman yang baru, setakat jalan-jalan dalam zoo tu dah biasa sangat kan, tapi bila masuk kat dalam kandang bawak kereta belum pernah lagi kan? So, kalau datang ke Jakarta, instead of shoping je why not jalan-jalan ke Safari pulak kan? Tengok nature sekali sekala sebab kat Jakarta Pusat tu dah penat tengok kereta, bangunan dan manusia.  Tak gitu?

Ok, cerita Taman Safari tamat disini.  Nanti aku sambung lagi cerita di Jakarta ok?! Itupun kalau ada yang nak baca la kan, kalau takde pun aku buat jugak, aku peduli ape. he he he.





7 comments:

  1. Fuyooo macam best je safarina ni. Hewan2 nya leh say hai kat pintu keter. best best,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..pegilah, untung2 harimau ngan singa lalu kt tepi tingkap..haha

      Delete
  2. ruginya x dpt gi aritu, salah timing pergi waktu weekend sebab macet (jalan tutup). Perjalanan dari bandung ke jakarta ikut jalan Puncak stuck dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 ptg baru dapat gerak turun dari puncak...sampai pintu safari dh agak lewat, so terpaksa lupakan hasrat nak masuk...kena repeat nampak gayanya hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nk g sini, takleh nk g Bandung kot..sbb kitorg tak smpt pun g Bandung..klu weekend g Bandung mmg jem tahap gaban punye sbb bak kata membe yg org Jakarta tu, hari libur org Jakarta semua pindah ke Bandung..campur lg ngan tourist2 dr Msia yg sukeee sgt g Bandung tu kan, mmg kompem melecet bontot dok dlm kete..aritu kitorg g hari Jumaat, so, agak bersiar2 jugak la cara pemanduan driver kami..harus repeat!

      Delete
  3. Mana photo kamu dengan harimau putih tu.. :D hehehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang taklah nk bergambar dgn harimau kan..ngeriiii

      Delete
  4. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete

Subscribe and Follow