nuffnang ads

recent posts

Tuesday, April 2, 2013

Jakarta, Indonesia Pt.1 - Thamrin City & The Birthday Boy

Hai uols..sibuk betul cikjah dua tiga bulan ni..tak sempat lagi nak lepaskan penat, cikjah terbang lagi uols, dan kali ni cikjah ke Jakarta..Motif asyik ulang-alik Indonesia? Haruslah nak cari Nicholas Saputra kennnzz..haha..Kalau tak kenal sape Nicholas, boleh baca entri aku yang lepas, sila klik di SINI.


Tujuan aku ke Jakarta selain daripada nak cari Nicholas Saputra adalah untuk bercuti dengan kawan aku satu family, kekdahnya nak celebrate birthday anak dia yang bernama Rayyan yang baru masuk umur setahun jagung.  Disebabkan aku ni belum pernah ke Jakarta dan aku pun berkelayakan untuk menjadi babysitter anak dia, makanya aku pun terpilih untuk join the club. hehe.  So, memperkenalkan the birthday boy..

oh, kek nak enterprem dulu..heee..

Oh, ni bukan, ni papa die...

Hai, saya Rayyan! 

So, we were having dinner in Warung Tekko untuk celebrate birthday boy ni..Om Mulyadi and family pun join the club.. Makanan kat restoran ni pun enak banget dong! Kalau jumpa kat mana2, boleh la try sebab restoran ni banyak cabang.  Harganya pun boleh dikatakan mampu milik lagi la.  Interior memang cantik dan class.  
Us with Om Mulyadi's family..Thank you so much sebab entertain kami di sana! 

Ok, sambung cerita, yang tu intro je..

Percutian kali ni agak mendebarkan aku sebenarnya, sebab sehari sebelum aku fly, aku ada exam untuk mencukupkan syarat nak naik pangkat..Naik pangkat tu aku tak kisahkan sangat, yang aku kisah kalau naik pangkat, gaji pun naik, aku memang mata duitan.. Tambah lagi, aku fly secara solo ke sana dan kawan aku pulak flight dia satu family belah petang..  First time aku naik flight sorang-sorang..hmm..memanglah bukan sorang-sorang sebab ramai je yang ada dalam flight tu kan tapi aku still sorang-sorang..memang aku lone ranger tapi bukan forever alone tau?! heeee..tapi ok je sebenarnya, aku je yang cuak tak bertempat.. sampai-sampai di Bandara Soekarno Hatta, (aku baru tau Bandara tu short-form bagi Bandar Udara) aku dijemput oleh Om Mulyadi dan Desi, anak Om, Om ni kawan kepada family kawan aku tu, so, di Jakarta ni, merekalah yang akan membawa kami berjalan ke mana saja yang kami mahu. yeaya!

Jejak kaki je di Jakarta, aku terus ke Thamrin City, tak jadi ke Tanah Abang sebab tak sanggup dengan keadaan panas dan sesak di sana.  Macet banget!! Lagipun orang yang bawak kan, tak best la kalau menyusahkan mereka. Aku on je la bila dorang suggest pergi Thamrin City, lagipun Thamrin City ni mall baru yang menjual barang yang lebih kurang sama je dengan di Tanah Abang..harga pun rasanya tak jauh beza. 

So, ni adalah gambar yang sempat aku capture dari lensa kamera Papa Rayyan..  Kamera comel aku tak dapat nak pegang sebab tangan dah penoh dengan plastik..hohoho

Batik yang berbagai2 corak
Mama, Papa n Rayyan yang sibuk memilih baju untuk buat ole2




Desi tolong Mak Ani pilih kain batik..
Misi utama aku adalah untuk cari telekung.  Mak dah pesan, beli telekung lebih sikit, bolehlah buat jual, and then cover la balik perbelanjaan aku kat sana nanti. Gitteww.  So, bila berjalan ni, kalau ada kesempatan, bolehlah meniaga sikit2, sambil menyelam minum air.  Harga telekung di Thamrin ni quite cheaper than kat Medan dulu.  So, bolehlah untun sikit2.  Aku beli 20 pasang, cukup2 je 20 kg beg aku (yang ni termasuklah baju busuk dan ole2 yang aku belikan untuk rakyat jelata)..So, standby baggage yang banyak sikit kalau nak memborong tu, unless kalau separuh tu korang bawak naik atas jadi hand luggage.  Harus diingatkan, jangan lebih 7kg, kalau lebih sikit takpe, kalau lebih banyak, kesian kat korang! Berat tuuuu..

Yang ni, kain jenis cotton lembut yang sejuk, sulam pun halus buatannya..ada beberapa pilihan warna..harga?  aku jual yang ni RM100 sepasang siap dengan beg..harga borong kat sana tentunya lebih murah..:)

Telekung yang aku dah beli tu, aku tak jual online. Harap maklum.  Aku ada satu gambar telekung je yang sempat aku snap.  Yang lain? Tangan penuh dah kak, tak sempat den nak pegang kamera.  Tapi, segala jenis kain, segala jenis sulam, segala jenis warna, nak yang over, berenda-renda, shocking color, semuanya ada disitu.  Selain daripada telekung, banyak batik yang dijual disitu.  Aku sempat shopping baju batik ala2 kaftan untuk tidur, kainnya sangat selesa, harga sangat2 berpatutan, so korang kena belek satu persatu. Jangan risau, Thamrin tu tak sesak sangat, aircond pun terasa lagi.  Best je shopping dalam tu.  Kat situ mungkin kena provide sehari or else, tak puas! (Ini ditujukan khas untuk kaum Hawa je, kaum lelaki, sila tido dalam hotel kalau ngada2 nak ikot jugak)

Selain daripada telekung, kat Thamrin ada jual berbagai-bagai jenis tudung, tudung bawal, tudung syria, shawl dan inner tudung.  Tudung saji je yang aku tak nampak..(lawak hambar).. Memang Jakarta terkenal sebagai kota fesyen kan, memang banyak sangat fesyen-fesyen yang uols tak pernah nampak lagi kat mana-mana dijual disana.  Yang pelik, yang lawa, yang jelik semuanya ada all-in-one. Kalau tak pilih bebetul, merana badan. 
Lambakan tudung dan shawl
Itu sahaja yang nak dikongsikan di Thamrin City ni.  Ada banyak floor yang perlu di explore sendiri.  Maybe next time boleh shop til drop.  Yang aritu? Itu cuma warming up saje.

To be continued, still have few interesting places in Jakarta to share dgn uols..daaaaa!


Nota kaki :

Aku ada banyak sangat benda nak diceritakan instead of tunjuk gambar kat korang, ini kerana, stok gambar tak berapa nak banyak sebab aku memang gayat dan jakun sampai lupa diri nak ambil gambar.   So, kalau agak2 boring dengan teknik penceritaan aku, silalah bertabah untuk membaca because you will never know you may need that info. Sekian.







8 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. salam puan. untuk beli kain secara gulung banyak pilihan x? (mean nak beli berkayu2) cth kain chiffon ke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu sy pergi ke thamrin city ni tak banyak pilihan klu nak beli yang gulung..kalau nak pergi mungkin boleh try tanah abang..saya tak sempat ke sana tp kat sana tu memang lagi banyak pilihan..ce try google blog yg lain..tq

      Delete
  3. salam puan. untuk beli kain secara gulung banyak pilihan x? (mean nak beli berkayu2) cth kain chiffon ke)

    ReplyDelete

Subscribe and Follow