nuffnang ads

recent posts

Friday, December 6, 2013

Lawak Ke Der 3

Salam semua.

Ni nak intro dulu...

Semalam aku cuti, cuti dari keje, cuti dari buat assignment and it was a day to play all day long..ehehe..Actually semlm was my birthday yang ke 16 tahun..weee..As we planned, aku minta cuti awal-awal lagi, sebab nak rehat, nak celebrate my birthday dgn buat aktiviti2 yang aku suka.  Before that, surprisingly, I was surprised by mr heartthrob yg muncul secara tiba2 di muka pintu rumah tepat jam 12 malam bawak cekelat and kad. Romantika de amore sangat..Ok awak sangat manis. I is terharu.  

Ok dah part geli2. Saje nk kasi die kembang sikit.  Done with that. Sambung cerita pasal tengok teater, the best part of it, tiket ni hadiah birthday. Ok tak mau cite geli2 dah kan. Haha.  So, adakah hadiah birthday ini sangat berbaloi2?


Memang best tahap paling atas sekali, best giler b*bi si*l sangat LawakKeDer3 ni. Sape yang kata Jozan takde tak best tu memang dorang salah la. Hello, ada ramai kot lagi pelawak kat Malaysia ni.  And kalau ada yang bertanya, sapa mamat cina yang tak famous tp ada muka menempel kt poster tu, dialah Douglas Lim, orang yang buat rahang aku cam nak tercabut malam semalam. Wa salute giler kt lu, bro!

Nak dijadikan cerita, aritu aku tengok teater SuperMokh (aku tak sempat nk buat review kat sini).  Waktu tu aku baru ternampak poster LawakKeDer3, time tu hati berbunga2 sebab rasa cam nak pergi, kena pulak tarikh tayangan tu tarikh birthday aku, tapi bila tengok macam tak ramai je LawakKeDer kali ni, aku cam 50-50.  Tapi, selepas je aku tengok teater SuperMokh tu, aku terus melompat bintang dan teruja nk beli tiket sebab Douglas Lim tu memang bapak kelakar.

So, malam tadi dah menyaksikan LawakKeDer3, komen aku,

1. Nabil - Nabil cam biasa lah, kalau dia sesorang memang dia best. Cuma lagu opening agak kureng klu nk banding dengan parody Oppa Gangnam Style tu.
2. Jambu - Jambu lawakkkkkk...tapi sebab ada Amereka tu menyebok jd cm kureng sikit.  Bila amir tak ok je. hehe.  Nak kicap~ 
3. Douglas Lim - Mamat cina sorang ni memang the best dlm show malam td. Aku memang gelak tak hengat dunia dari awal dia bercakap smpailah die habis. Pastu rasa cam tak cukup pun, rasa nak lagi, lagi dan lagi. Ko memang lawak bro, kenapalah ko tak masuk SuperSpontan eh salah, kenapalah takde sape invite ko masuk SuperSpontan.  Dia siap menyanyi, suara dia best giler kot! tak sangka! Bravo2! 
4.  Harith Iskander - Harith tak sekick LawakKeDer yang lepas. Aku tak sure kenapa, mungkin sebab aku dah penat sangat gelak time Douglas aku slow sikit bila Harith buat lawak. Tapi still lawak dan menghiburkan.

Keseluruhannya, aku bagi 4/5 bintang untuk teater ni.  Teater ni masih lagi ditayangkan sehingga 8 Disember 2013. Kalau ada masa, pergilah tengok. Memang berbaloi.  Kurang seinci lemak kat pipi lepas keluar..hehe..Tiket boleh dibeli secara online melalui Ticket2u.biz.

pakai kamera henpon je ni..janji ado..hehe





4 comments:

Subscribe and Follow