nuffnang ads

recent posts

Monday, December 2, 2013

Spaghetti Goreng Lada Hitam

Hi ols..

Dah lama aku tak update resepi kan? Nampak sangat aku dah lama tak masak kan?  Kadang-kadang, bila dok sorang-sorang kat rumah, pemalasnya nauzubillah.  Sebab apa? Alasan yang paling best didengar, makan sorang-sorang tak selera, tak best.  Sudahnya, tak masak sampai ke sudah.
Tapi aku sudah kembali ke dapur sekarang ni, sebab atas kesedaran sivik, kesedaran untuk berjimat, baik aku masak je sendiri kat rumah.  Makan kat luar boleh cecah RM20.00++ sorang. Jahanam kan duk Putrajaya ni? Curlast ke? Pengsan!

Eh..merepek pulak.

Ni ha resepi orang yang paling malas kat dunia pun boleh masak. Tak sampai 20 minit pun boleh siap.

Bahan-bahan untuk seorang makan:
20 helai Spaghetti - direbus dengan sedikit garam dan gula (Agak2 untuk sepinggan makan)
3 ulas Bawang putih - tumbuk lumat
2 ulas Bawang merah - tumbuk lumat
Sesudu besar lada hitam - tumbuk lumat
2 tangkai cili kering - gunting halus2
1/2 kiub perisa ayam 
Lobak merah - potong panjang2 nipis2 
Sosej - potong kecil2
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa - (aku tak letak dah garam sebab kiub tu dah masin)
Sekeping cheddar cheese (optional) 
Cili benggala @ capsicum hijau - saje tambah color hijau bagi cantik (optional)

Cara-Cara :
Tumis bahan yang ditumbuk dan cili kering sampai naik bau.  Masukkan kiub ayam yang dipecah2kan. Masukkan sosej, lobak merah dan capcisum, goreng sekejap.  Masukkan spaghetti yang dah direbus dan ditoskan.  Boleh masukkan sedikit air kalau kering sangat.  Gaul rata.  Koyak2kan cheddar cheese dan gaul sampai cheese cair dan semuanya sebati. Siap untuk dimakan.  

Memang delicious dan menggemukkan mengenyangkan.  Kalau nak lagi pedas terbakar, tambah lagi lada hitam.

Presentation? Hancur? tak sempat2 dah nak dingap ni..siap ada garpu lagi enterprem..lantakkk
Resepi ni ala2 aglio olio tapi diubahsuai sikit tambah lada hitam. 

Selamat mencuba!



8 comments:

  1. Yeahh...nasib baik kongsi resipi ni sbb apa tau...JM pun salah sorang yg paling malas kat dunia terutama bila time nk masak...malas betul ..kalau boleh tu nk masak yg simple2 je..maklumlah spt ckp Yayan lah kan..nak mkn sorang...

    Mlm ni jugak nk try buat resipi ni..nampak sedap..cepat di masak sedap di makan heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa buat pastu nnt bg rate sedap ke tak..hehe..klu JM perasan, resepi2 yg sy letak sume resepi org pemalas je, simple2, masakan org bujang la katakan..hahaha

      Delete
  2. Huhuhuuu.. sedap tengok dari gambar nie :D
    Apa kata tolong masakan .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong masak boleh, pastu sy tolonglah makan sorang2 pulak..alahai, senang je tu, pejam mata pun boleh buat..buatlah sendiri..hehe

      Delete
  3. menarik! boleh cuba lepas nie :)

    ReplyDelete
  4. spaghetti..masak mcmana pun tetap suka...boleh try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..spaghetti lg sedap drp mee kuning..

      Delete

Subscribe and Follow