nuffnang ads

recent posts

Thursday, November 28, 2013

Things to Bring When I'm Travelling

Assalamualaikum semua..

Korang dah plan nak kemana lepas ni? Jeles dengan korang yang dah standby berderet ticket flight dan tunggu masa je nak bertolak tu.  Buat masa ni aku agak kesibukan, seperti biasa dah masuk hujung2 tahun ni, lambakan assignment sedang menunggu deadline dan final exam pulak awal Januari nanti.

Apa yang aku bawa masa aku travel? 

Itu adalah persoalannya disini sekarang. Jom baca karangan aku ni untuk lebih details.

Tiket, passport, visa, duit, handphone tu adalah benda wajib bawak.  Itu korang tak boleh lupa, kalau lupa gak, alamatnya terlepaslah kapal terbang.  Selain tu, yang penting jugak adalah itinerary dan map.  Manakala yang aku listkan kat bawah ni adalah option kalau korang nak bawak jugak. Toiletries tu depends ar kat korang, kalau nak beli kat tempat yang korang nak travel tu pun takde masalah.  Kalau yang travel kaya, kat hotel memang dah disediakan semua tu, takpayah bawak pun takpe.  Kalau yang travel miskin, eh, travel budget, bawaklah toiletries yang bersaiz kecil.  Deodorant jangan lupa, kalau tak nnt korang dilabel sebagai mat/minah bangla. 

Lain-lain keperluan adalah mengikut cuaca/suhu kat tempat yang korang nak pergi.  Make sure korang bawak pakaian yang sesuai ikut cuaca kat tempat yang korang nak pergi.  Aku memang tak details kan pasal pakaian sebab lain tempat lain pakaian yang diperlukan.  Before pergi tu, rajin-rajinlah tengok weather forecast.  Kalau ada kemungkinan hujan, korang leh standby bawak disposable raincoat atau lebih dikenali dengan nama poncho.


Entri kali ni just nak share dengan korang semua beberapa barang yang penting untuk dibawa apabila travel tidak kira musim panas, sejuk, bunga ataupun luruh.  Bagi aku kesemua benda ni sangat-sangat penting dan ketiadaannya membuatkan trip aku tidak bermakna..heeee

Backpack

Backpack aku yg paling berjasa

Kalau nak travel bergaya, kena bawak luggage besar, tapi aku mesti nak bawak gak backpack aku tu. Backpack Deuter tu aku beli kat Padang Besar, actually adik aku punya tapi aku rembat, sekarang dah jadi hakmilik aku selepas kami membuat sesi pertukaran secara barter. Kikiki.  Harga yang besar tu 60L tu kitorang beli time tu less than RM100.  Kalau nak beli kat Vietnam pun leh dapat dalam RM60-RM80. 

Travel Cooker


Aku punya travel cooker ni jenama Sanyo.  Bos aku tolong belikan time dia pergi Langkawi dulu.  Harganya lebih kurang dalam RM200++. Compact dan saiznya kecil, senang nak sumbat dalam beg.  Boleh masak nasi, maggi, kari, rebus telur dan sebagainya.  Aku memang angkut kalau aku travel lama, kalau setakat pergi Indonesia aku tak bawak.  Sangatlah berguna sebab aku ni kadang2 jenis yang tak lalu nak makan sebarangan.  (Kadang-kadang aku masak nasi kat rumah guna travel cooker jugak, bila makan sorang, selalu aku masak pun satu pot kecil je, x berbaloi aku guna periuk nasi aku yg kat rumah tu, masuk dlm travel cooker lagi cepat masak..haha)

Info tambahan : Mie inform boleh beli Travel Cooker ni kat Restoran Mukmin (Chinese Muslim), Seksyen 19 Shah Alam dengan harga tak sampai RM200

Travel Iron


Aku baru je berjaya memiliki travel iron ni jenama Philips, kirim kat kawan aku waktu dia pergi Langkawi, harganya tak silap RM120 ke RM130 camtu, lupa pulak.  Sebelum ni aku mengangkut gak yang besar kalau terdesak.  Nak buat camne kalau aku ni memang pakai tudung bawal yang nak mesti nak kena iron gak. Waktu aku pergi Perth aritu bos aku yang pinjamkan. Sporting kan bos aku? hehe.. Dia sangat supportive bab2 travel ni walaupun PA dia selalu tinggalkan dia.

Info tambahan : Zilla inform boleh beli Travel Iron ni kt kedai elektrik depan 101 Mall, Puchong dengan harga RM100

Universal Adaptor



Yang ni kalau tak bawak gak memang menangis tak berlagulah korang.  Lain negara lain jenis plugnya.  So, invest untuk beli yang mahal sikit dan yang penting semua jenis adaptor ada.  Kalau beli yang murah tu cepat rosak ataupun rosak sebelum digunakan.  Beli sekali leh pakai berkali-kali.

USB cable




USB cable ni kegunaannya untuk charge handphone dalam kereta sewa, charge handphone kat dalam bilik hostel, leh guna untuk power bank jugak, transfer gambar kat PC dan banyak lagilah kegunaan.  

Charger / Powerbank





Charger handphone, charger kamera, charger power bank, charger batery, silalah bawak segala jenis charger ni.  Kalau jenis yang travel banyak nak shoot gambar, bawaklah bateri extra.  Just in case.  Tak berat mana pun beg kalau angkut bateri ngan charger tu.  Lagi satu, power bank, dah memang wajib ada untuk semua pengguna smartphone.  

Kamera



Kalau nak travel mesti nak kena bawak kamera.  Lagi satu, kalau bawak kamera, make sure malam sebelum bertolak tu dah charge bateri, dan make sure memory card ada dlm kamera tu.  Ada kawan aku penah tertinggal memory card, satu hal pulak nk membelinya kan.  

Kompas


Aku standby bawak kompas kalau kat tempat yang aku pergi tu memang susah nak jumpa surau/masjid, dan kalau yang dah ada apps kiblat dalam hp tu boleh guna pakai la kot.  Tapi aritu aku jadi tak yakin dengan kompas dalam hp tu.  Ni sebagai alternatif je, kalau bawak pun tak de salahnya, tak berat dan tak makan ruang sangat pun.

Digital Scale


Digital scale ni pun aku baru beli lepas trip ke Vietnam.  Digital scale ni berguna jika korang travel kat tempat yang shopping heaven dan korang nak borong sakan untuk timbang beg2 korang supaya tak overweight. Kadang-kadang ada hostel/hotel yang takde sediakan scale, kalau terover sikit korang leh mintak tolong kawan2 yang tak berapa nak berat beg dorang tu bawakkan barang korang kan. hehe.  Berguna dan harganya lebih kurang dalam RM30++. Aku beli online kat Qoo10.  

Telekung Travel dan Mini Sejadah


Mini telekung ni kena beli yang mahal sikit, sebab yang murah sikit tu terlampau jarang.  Saiz compact, senang nak masuk dalam beg.  Mini sejadah tu pulak Makcik aku bagi, die beli time g haji dulu. Alhamdulillah sangat2 berguna setiap kali travel.

Microfiber Towel



Microfiber Towel ni ringan, menyerap air dan cepat kering.  Kalau dilipat pun memang akan jadi kecil dan senang nak bawak.  Ada sesetengah hostel/hotel tak sediakan towel, so, bolehlah standby towel jenis ni. Aku beli kat kedai Daiso, lima hengget je.  Tapi saiz dia agak kecik sikit, kalau nak yang lebih besar trylah usha2 kat Qoo10, aritu aku ada ternampak.  Harga pun tak mahal sangat.

Wet Tissue
  
Bagi aku, wet tissue ni dah jadi barang wajib aku ke mana-mana sahaja aku berada.  Tak kira di dalam atau di luar negara.  Kegunaannya adalah untuk buang mekap, nak lap tangan pas makan belacan, nak basuh shishi sebab kt oversea kan ada toilet jenis takde paip dan paling penting sekali untuk yang bawak anak kecil.

First Aid Kit


Takdelah aku nak suruh korang hangkut satu kotak first aid tu, memadai korang bawak ubat-ubatan. Macam aku, aku akan bawak panadol, ubat selesema, balm, yoko-yoko, minyak angin, hansaplast dan gaviscon.  Standby je, tapi selalunya panadol memang aku telan.  

Sewing Kit


Memadai bawak satu benang hitam, jarum dan ketip kuku yang bertindak sebagai gunting.  Sebab kalau tetiba baju tetas ke, terkoyak ke, ada penyelamat datang membantu.  Hehe

Sunblock/Lotion/Moisturizer/Lip Balm

Kalau pergi pulau better bawak sunblock, atleast takdelah burn sangat kalau kena pun.  Lotion sangat2 mandatori kalau pergi tempat-tempat yang sejuk.  Bila sejuk kulit kita jadi kering, so, apply lotion sikit supaya tak jadi gatal-gatal ataupun kulit mengelupas.  Bawak yang botol kecil je, janganlah bawak yg jumbo size.  Lip balm pun penting dibawa ke negara bersuhu sejuk.  Ikutlah korang pakai jenama apa pun, yang penting sesuai dengan kulit.

Padlock/ Cable ties



Untuk keselamatan barang2 korang, gunalah padlock atau cable ties.  Make sure bawak ketip kuku untuk bukak cable ties tu.  

Ok, sekian tips untuk kali ini. Kalau rajin aku update lagi tips2 lain. 








30 comments:

  1. Good info! yg scale tu ade terpikir nak bawak gak.. tp slalunya hostel ade sediakan. boleh la timbang before balik. kalo dh nama perempuan, iron tetap xnk tgglkan. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu g bangkok, kat take a nap boleh pulak dorg tak sediakan iron, menggelabah dibuatnya, lepas tu g MBK beli iron yg plg murah, gigih..so, sekarang dah tak risau..
      scale tu berguna gak, waktu gi Indonesia tak jumpa scale kt hotel, so timbang bila dh smp airport

      Delete
  2. iron tu kalau kat puchong derang jual RM100..blh beli kat satu kedai eletrik depan ioi mall ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..dah terbeli la pulak..dulu jenuh mencari kt sini tp xjumpa..

      Delete
  3. Travel cooker tu boleh beli kat Restoran Mukmin (Chinese Muslim), Seksyen 19 Shah Alam. Harga tak sampai RM200..

    ReplyDelete
  4. Yayan!...dalam byk2 barang yg di senaraikan tu JM mmg tak bawak iron dan scale tu..yg lain tu..in sha Allah tak pernah tinggal...belasa je pakai tudung tak ber iron hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xleh lgsg xde iron, termenung sepanjang hari dibuatnya, spoil mood sbb bad tudung day..haha..scale tu kecik n ringan je, klu g shopping byk sgt berguna

      Delete
  5. thx for the info. terus beli digital scale kat ebay. malangnya travel cooker kat ebay mahal la pulops.
    nak kena cari kedai Mukmin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. travel cooker tu berguna sgt klu jenis yg tak leh thn sehari xmkn nasi..hehe..so far travel cooker tu sgt berguna utk msk nasi dr bilik hostel je, xyh g pantry pun xpe..g la cari, tp harga mmg agak mahal..

      Delete
  6. Qoo10...first time dgr pasal website ni..tq for info..let's shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. qoo10 ni mmg heaven klu nk shopping brg kosmetik dr korea, harga mmg 1/2 drp harga yg jual kt sini..hehe..insyaAllah boleh dipercayai sbb sy dh beli mcm2 dh kt qoo10 tu so far mmg brg sampai dlm keadaan yg baik..

      Delete
  7. Waaa... hebat nie.. bagus la mcm di angkut sekali.. beg backpack tu sama warna la ngan kita :D
    aah ada hadir kenduri kawen member skolah rendah dulu.. sbtu lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. angkut semua skali, tp still muat dlm backpack tu..abes sumbat sume, bila angkat mmg boleh patah bahu..hahaha..kita berkawan dgn org yg sama la klu cmtu..hehe..die pun kwn skolah rendah sy gk tp darjah 5 - 6 je, husband die pun satu skolah rendah..

      Delete
  8. Memang sangat selesa kalau bawa backpack je kan. Nak lagi kalau kena menapak naik tangga subway. For now beg AF tu memang bukan my choice of bag kalau travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu pakai backpack bru fefeeling travel gitu kan..hehe..kdg2 terpaksa gk hangkut beg AF tu, waktu g korea dulu kna mengangkut baju2 tebal tu tak muat bagpack, sudahnya, mmg haru gila time nk mengangkat beg tu naik turun tangga kt subway station..haha..

      Delete
  9. Mahal gak traveling cooker tu eh. haritu saya beli kat singapore tak sampai seratus pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt singapore tu ktne? mahai kan..tp ok lah, berguna

      Delete
  10. Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..thanks for sharing, nnt sy update kt entry psl perth..

      Delete
  11. Salam...nk tanya beli travel towel tu kt daiso mana yer? Kt malaydia ada x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm zueda..sy beli kt daiso sini je..xsure semua daiso ada ke tak..sy beli aritu kt setia city mall..:)

      Delete
  12. Salam..travel scale tu ok lg ke smpai skrg..slalu guna x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..masih ok lg..jarang juga guna..mmg guna time nk travel jauh je..

      Delete
  13. Nak tanye beg besar2 60L tu tak lebih 7kg ke ? ***Pelik dgn saiz beg besar ni...
    btw boleh ke bwk naek jarum, sepit kuku, ?
    satu lgi power bank lepas mcm tu je eh... t q so much for your info.. :-)

    ReplyDelete
  14. Hi.nak tanya , iron tuh lepas ke kastam naik bagasi atas. Or u letak kt bagasi bawah?

    ReplyDelete
  15. Salam nak tny
    Travel iron tu ok ke panas dia?? Ke so so je??😄. Sbb nak belikan utk mak pegi umrah.

    ReplyDelete

Subscribe and Follow