recent posts

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

alhamdulillah, masih lagi berkesempatan aku menyambut ketibaan ramadhan. banyak pengharapan aku pada ramadhan kali ini, semoga apa yang kuharapkan itu diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk aku tunaikan.

ramadhan pertama tanpa atok.
walaupun hati masih sedih dengan pemergian arwah atok, tapi aku redha dengan pemergiannya. so, tahun ni takde sape yang terjerit-jerit time tunggu waktu berbuka sebab atok dah takde. kalau dulu, atok tak ingat dah bulan puasa ni, ada je makanan mesti die terus makan. bila cakap sekarang ni bulan puasa, dia akan tanye balik, betul ke? tapi tak sampai sepuluh minit pastu, mesti die sambung makan. atok atok, yan rindu sangat dengan atok. Al-Fatihah. semoga roh atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.

ramadhan pertama dengan naufal.
baby kedua along selepas kasyful. tak sabar nak tunggu dia besar, mesti cute dan manja macam kasyful. semoga anak-anak buah auntie menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan jadi insan yang berguna. tahun depan insyaAllah bertambah lagi sorang. =)

ramadhan yang kedua buat kami.
aku mula bercakap dengan dia hari pertama berpuasa tahun lepas dalam kelas Business Maths. alhamdulillah, walaupun diuji dengan berbagai dugaan dan rintangan, kami masih boleh bertahan sehingga ke saat ini. walau apa kata orang, walau bagaimana susah sekalipun, aku akan cuba pertahankannya selagi aku terdaya.

ramadhan yang kedua di Uitm.
sekali lagi berpuasa dan berbuka di Uitm. memang penat, tapi demi segulung degree ni, segalanya akan ku tempuh. semoga Allah tabahkan hati aku mengharungi dugaan yang hebat ini.

terawikh malam pertama.
alhamdulillah, dapat aku solat terawikh malam pertama di bulan ramadhan. aku sanggup ponteng kelas law semata-mata sebab dah berniat nak solat terawikh. semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku dan moga-moga ramadhan yang mulia ini Allah memberikan hidayah kepadaku yang sentiasa alpa dan lalai ini.

sahur yang pertama.
sahur yang pertama dengan ahli-ahli rumah. cukup korum. makan nasi, telur dadar dan nuget, minum pulak ho ho ho horlick. meriah sahur yang pertama walaupun tanpa keluarga di sisi.


Ya Allah, Kau permudahkanlah segala
urusanku di bulan Ramadhan ini, dan Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,
dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa sahabatku. Kau bimbinglah aku ke jalan
yang benar dan jalan yang Kau redhai, Kau peliharalah aku, Kau lindungilah aku.
Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan kepadaMu jualah aku
akan kembali. Amin.

4 comments:

  1. saya suka sahur hari pertama
    saya ingt lagi cerita puasa kedua kamu dan dia

    ReplyDelete
  2. hehe..semoga hari2 yang selepas ini pun kita dapat sahur bersama-sama..=)

    semoga ada ramadhan lagi ketiga, keempat dan yang ke seterusnya di antara kami..amin..

    ReplyDelete
  3. sahabatku sangat tabah...esp pada ain...sbb dia sorg2..mcm yayan dia ada ian....mcam zana dia ade en.asben...tp ak kagum ngan korang....sbb korang survive sendiri..hihihih...mcm mane la kalo ak kt tmpat korang...hmmmmmmmmm seram......

    ReplyDelete
  4. tula, aku pun tak tau cmne aku leh jadi tabah..dengan penyakit yg aku tanggung lagi, appointment doc sini sana, kena makan ubat, dengan keje kat ofis, dengan pikir pasal study..kadang2 sampai satu tahap, aku tak tahan jugak..terburai jugak la airmata, tapi aku fikirkan mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni..

    ReplyDelete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow