nuffnang ads

recent posts

Wednesday, April 27, 2011

kehidupan SEBENAR seorang gadis..





tajuk nak gempak je. tapi tak ade apa2 pun. aku tengah bosan.walaupun masih bertitle cik, tapi aku gadis yang sangat busy.tak tau la kalau dah kawen dah ada anak nanti macam mana kan.

tapi mungkin masa itu semuanya telah berubah.


kebusyan terlampau aku adalah disebabkan banyak perkara.untuk bulan ni dan bulan depan, aku busy berganda-ganda.mana taknya, sekarang tengah exam, for sure la bertan-tan buku yang nak kene baca.tambah pulak, akak aku akan berkahwin hujung bulan ni.dengan nak cari baju glemernya, baju dah ada, tudung lak nak kena cari.pening-pening. tengah sibuk nak buat semua benda tu, kete nak kena servis pulak.melayang duit aku.dah la baru je melayang gara-gara kete aku ditoreh, kena cat balik.dan lagi satu, panas lagi berita ni, kena saman la pulak sebab melebihi had laju yang ditetapkan.ate, abang pulis ni pun! sabo je la.duit melayang-layang pergi atas sebab yang tak sepatutnya. bengang kan?!sabo je la.bak kata P.Ramlee.... DUGAAN~



kembali cerita pasal kenduri, baju glemer, dan tudung lip lap lip lap.baju glemer tak jumpa, yang jumpe baju yg nmpak aku kurus dan gojes.itu yang penting. KURUS. haha. walaupun hakikatnya bagai menelan serpihan kaca..tudung? nak cari kunun2 cam tudung Dato' CT. nak ada liplap2. tapi susah betul nak jumpe.memang tak jumpa lagi ni. petang ni nak kene round lagi satu kota nak g cari.apa2 pun la, janji kaler matching.kang glemer je lebih tapi kaler dah macam bendera wat ape kan. habes jatuh saham den!


kasut? takyah ngada2. pakai je apa yang ada. sudahnya nanti selipar jepun jugak yang aku sarung. (sebenarnya nak, tapi duit tak cukup) uwaaaaaaaaa...

lagi? owh..semalam dah g IKEA. beli gelas yang mama nak. setel satu benda. esok nak kena amek comforter kat dobi. comforter lama2 kat umah kampung tu kena la kasi wangi sikit nanti ramai yang nak tido masa kenduri kan. banyak betul tanggungjawab gadis ini kan?

lagi? study? baru masuk chapter 2 Organizational Behavior. praktikal dah banyak, tapi teori tak tau. banyak gak yang nak kene study. aduss. malam ni kita jumpe ye buku. rasa bersalah betul pada kamu. nak tak nak, malam ni kena cover 5 chapter, malam esok lagi 5. go go power rangers!

lagi? kompem2 la aku busy tahap petala kelapan time kenduri nanti. pada encik buku, sila bersabar, pasti ada masa untuk kamu. untuk cici, selamat pengantin baru. ucap awal2 takut esok busy beno tak sempat nak bagi ucapan. hihi. untuk en.bambino, sila jawab pekse dengan bersungguh-sungguh, nanti lauk-pauk kenduri saya simpan baik2 untuk kamu. tak pun nanti saya masakkan lauk pengantin khas untuk kamu. berhati-hati di jalan raya juge nanti ye.






okeyla, masa untuk study. upssss. masa untuk kerja. daaaa!

No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow