Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..
InsyaAllah, esok 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, semua umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa.
So, bagaimana persiapan semua? Kurma dah beli? Dah fikir nak masak apa untuk sahur? hehe..
Bulan Ramadhan kali ni, aku akan berpuasa keseorangan. Biasalah, duduk membujang di perantauan, jauh dengan family. Its ok kan, takyah nk banyak fikir, buka kat masjid pun boleh. :)
So, di kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua andainya kata-kata ini pernah mengguris hati kalian semua. Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita semua beroleh lebih byk syafaat dan dihapuskan dosa2 silam kita.
Mari menunaikan ibadah dengan hati yang lapang, jiwa yang bersih dan semoga Allah akan menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan ini, InsyaAllah.
Andai kata ini Ramadhan terakhir aku, mohon diampunkan segala dosa aku pada kalian semua dan aku juga dengan lapang dada telah memaafkan kamu2 semua..bak kata Najwa Latif Kosong-Kosong..:)
Akhir kalam, selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih!
*loveshugskisses*
No comments:
Post a Comment