recent posts

Tuesday, July 31, 2012

Classic Tomato Spaghetti

Akhirnya dapat juga aku jumpa resepi spaghetti ni hasil daripada skodeng2 blog mama Hanis Zalikha..dah bosan sangat tekak aku asyik makan spaghetti prego je, rupanya, lagi senang buat resepi yang ni dan hasilnya wallah! So semalam, aku tak menyabarkan diri lagi utk try resepi ni, hasilnya seperti gambar di bawah. Warna tak berapa nak merah sebab tomato yang aku beli tu tak berapa nak ranum sangat.


Resepi spageti ni berkuah sikit.sangat sedap.sampai ke petang esoknya pun masih terkenang2 giteeww..resepi ni sangat tak jemu menjamahnya. puas hati. thumbs up!

Classic Tomato Spaghetti
Resepi asal oleh : Aunty Nani Rostam.
(Menu untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan:

- 1/2 bungkus spagetti
- 6 biji tomato (besar) yang masak ranum
  (resepi Aunty Nani letak Chopped Tomato yg dlm tin, usha blog die klu nk tgk gmbr)
-  1 labu bawang Holland
-  5 ulas  bawang putih
-  Minyak zaitun a.k.a Olive oil
-  Ayam potong kecik2 (sesuke hati nak letak banyak mana, aku letak banyak2, dapppp)
-  2 sudu makan serbuk perasa Ayam
-  Lada hitam
-  2 sudu cili boh (kalau tak nak pedas takyah letak)
-  Oregano, Parsley, Rosemary  (Sikit je, jgn letak banyak2 pahit nanti)
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1.  Rebus pasta sehingga empuk (slalu aku masukkan garam, gula dan minyak zaitun untuk rebus). Angkat, toskan dan gaul sedikit dgn minyak zaitun. (Minyak zaitun banyak pun takpe, tak membahayakan kesihatan, menyihatkan lagi ada)
2.  Rebus tomato sehingga empuk. Angkat, buang kulit dan cincang kasar. Air rebusan jangan dibuang, nak guna untuk kuah.
3.  Tumiskan bawang putih, bawang besar Holland dengan minyak zaitun sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan ayam.  Bila ayam dah masak, masukkan air rebusan tomato, serbuk perasa ayam, lada hitam, oregano, parsley, rosemary, garam dan gula secukup rasa. Renehkan sebentar, dan masukkan tomato yang telah dicincang.  Bila dah mendidih tu, bolehlah matikan api.
4.  Sedia untuk dihidang.

So, cubalah resepi ni, sangat mudah dan sedap.



No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow