recent posts

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Halia

Mood memasak kini kembali lagi.  Bila datang bulan Ramadan maka datanglah sekali mood aku untuk memasak.  Tapi aku masak simple2 je la kan, duduk pun sorang je.  Kalau beria masak nasi arab ke, beriyani kambing ke sape nak makan?  Masak satu pot nasi pun tak abes makan berbuka + sahur. Sekarang ni dah tau, so kurangkan sikit masak 3/4 pot je.  Semalam aku masak ayam masak halia. Simple yet deliciousss.  Resepi aku skodeng kat blog Hana's Family tapi aku tambah2 sikit secukup rasa tekak aku.

Bahan-Bahan:

Ayam (potong kecik2)
Bawang besar - 1 labu (potong bulat2)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk je malas nk tumbuk)
Halia - 1 inci (potong panjang berjurai)
Sos tiram - 3 sudu besar
Cili api 
Serbuk perasa Ayam
Garam & Gula
Blackpepper
Capsicum (taknak letak pun takpe)
Air (agak2 la korang nk buat berkuah or kering)

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api, halia sampai naik bau. Masukkan ayam.  Dah kering air ayam tu masukkan sos tiram, air serbuk perasa, blackpepper, garam dan gula secukup rasa. Didihkan sekejap lepas tu masukkan capsicum.  Masak sehingga air tu kering. Kalau nak berkuah, tambah lagi sos tiram dan perasa. Kuahnya pun sedap dihirup. hehehe


TADAAA!!
Dah siap sedia untuk dihidang.



presentation untuk menaikkan lagi selera makan.  brokoli yang dikukus pun mau enterprem.


daripada beli ayam golek sekor rm25 kat pasar ramadhan tu, masak sendiri je lebih jimat dan memuaskan hati..selamat mencuba!

2 comments:

  1. Sy dh cuba buat td.sesap..tq for d recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehee..mmg sedap dan simple kan..slalu buat ayam masak kicap je, sesekali tukar mood la plak

      Delete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow