Lagi satu bahasa yang aku dapat dari bumi Medan, maksud lebih kurang sama dengan Horas. Tapi yang ni kalau orang cakap kat kita, tak perlu dijawab apa-apa. Macam dalam lagu Najwa Mahiaddin tu, senyum tak perlu kata apa-apa..:)
Perjalanan hari kedua agak relax. Bangun2 pagi, hantar baju kat laundry untuk diseterika..Lepas tu, lenggang-lenggang kangkung pergi ke cafe untuk breakfast, dah breakfast, sesi gambar bergambar pulak di sekeliling hotel..Balik bilik, siap-siap, then baru gerak menuju ke Berastagi. Lebih kurang dalam pukul 10 pagi baru kami bertolak. Perjalanan ke Berastagi makan masa lebih kurang 2 jam, tapi on the way ke sana, kami akan singgah di beberapa tempat.
Check point pertama adalah di Simarjarunjung. Kat sini bolehlah kalau nak bergambar, ke tandas ataupun menikmati air kopi/teh/milo panas yang dihidang bersama dengan goreng pisang panas. Belum sempat nak snap gambar, pisang goreng panas dah pun terus dingap oleh kami..hee..Sejuk-sejuk minum secangkir kopi dengan pisang goreng panas cicah gula, memang terbaik wok!
Check point pertama adalah di Simarjarunjung. Kat sini bolehlah kalau nak bergambar, ke tandas ataupun menikmati air kopi/teh/milo panas yang dihidang bersama dengan goreng pisang panas. Belum sempat nak snap gambar, pisang goreng panas dah pun terus dingap oleh kami..hee..Sejuk-sejuk minum secangkir kopi dengan pisang goreng panas cicah gula, memang terbaik wok!
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke air terjun Sipiso Piso. Macam biasa, sepanjang perjalanan kami akan leka menikmati segala panorama yang indah, kehidupan penduduk disana dan sempat juga kami menyaksikan majlis kematian di salah satu perkampungan disana. Nak snap gambar takut sebab orang terlampau ramai dan majlis kematian kot. Tradisi kaum Batak ni, kalau ada majlis kematian, berhari-hari kendurinya, orang ramai yang datang memakai kain yang diselempang di bahu. Bak cerita Pak Awen, kalau ada kematian sebegitu, mahu 2 3 ekor kerbau pendek ditumbangkan bagi disajikan kepada tetamu. hehe.
Akhirnya, sampailah ke tempat yang dimaksudkan iaitu air terjun Sipiso Piso. Memang kawasan ini merupakan salah satu tarikan bagi pelancong yang datang ke Medan. Ini memang betul-betul terjun, sebab tinggi tuu..Boleh kalau nak turun sampai ke bawah, tapi bak kata Pak Awen lagi, kalau nak turun dalam setengah jam dah boleh sampai, tapi kalau nak naik balik 2 jam pun belum tentu. hehe. Atas kegigihan kami, kami turun separuh jalan je, itupun dah berpoluh ketiak acik! Artis KPOP dan Najwa Letup pun sama gak..Muke masing-masing control maintain, nak jaga reputasi letteww..haha..
Najwa Letup dan Artis KPOP yang dimaksudkan, gentlemen yang lain, nampak cool tahan napas..bravo! |
Air terjunku bukan tempat sampahmu, ngerti?! |
Apesal cam terkelendat je tu? hahahaha..sorry paparazi lebih expose..:p |
Kitorang turun sampai yang dekat wakaf tu jek..itupun dah sesak napas dah dek non oii... |
amboi, riang kau ye.. |
Dah lepas berposing bagai, perut pun dah melapar, kat sini ada banyak gerai makanan muslim, so, masuk je la kat mana-mana rumah makan yang korang yakin.
Next check point adalah Pasar Buah Berastagi. Kat kawasan ni ada banyak kereta kuda kalau nak naik. Kami tak naik pun, jalan kaki je la, bukan jauh pun. Kat sini ada juga jual barangan cenderahati kalau nak beli, tapi harganya tak semurah di Samosir Island. Pandai-pandailah tawar menawar. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di sini memang fresh dah sangat menggiurkan.
Lama jugak kami merayau-rayau di sekitar pasar buah ni. Memang rasa cam nak beli je semua buah-buah dan sayur yang fresh tu bawak balik Malaysia. Mungkin lebih seronok kalau cari homestay di area Berastagi ni, so, balik homestay leh la masak-masak, baru puas hati.
Hari sudah pun lewat petang, cuaca pun dah mulai gelap. Kami terus bergerak menuju ke Resort yang ditempah melalui Agoda iaitu Rindu Alam Resort yang terletak di kaki gunung Sibayak. Salah satu gunung berapi yang masih aktif. Resort ni sangat bercirikan kekampungan, ada kolam air panas tapi kami tak sempat pun nak mencuba sebab pagi-pagi esoknya kami dah nak berangkat ke bandar Medan. Bagi sesiapa yang sukakan keindahan alam dan kesederhanaan mungkin boleh try resort ni, tapi kalau dah biasa tinggal di hotel dan bermewah, adalah tidak dinasihatkan.. hehe
Yang berasap asap tu adalah air panas semulajadi ye uols..even mandi kat bilik pun air belerang panas.. back to nature gitteeww |
Perjalanan hari kedua tamat disini. Hari ketiga akan kembali ke Bandar Medan semula seawal 8.00 pagi, jadi kena tidur awal dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Akhirnya, tamat lagi satu entry pasal Medan, perjalanan hari ketiga akan bersambung lagi, bila? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
Menarik sesi travel ni di indonesia.. insyallah tahun depan nak jalan indonesia juga :D
ReplyDeletepergi jangan tak pergi, dekat je kan, belanja pun tak mahal sangat.. :)
ReplyDeleteWas here way back in 1990. Oh shoot! 23 years back! I haven't remembered anything about Sipisopiso. I've been to Air Terjun Gundaling. Is it the same place? Tak ingat, sbb masa tue baru 7 years old rasanya. Nice review!
ReplyDeletehuhu..lama dah! I baru 3 tahun kot time tu, tak kenal dunia lagi..hiks..tp maybe dah banyak yg berubah tp i'm wondering keadaan jalan raya time tu, mesti lagi teruk kan? hehe..btw thanx!
ReplyDeleteasap tu macam dari rumah hehehe.. tapi bila baca baru tau.. ianya semula jadi dari gunung belakang huhuuu... :D nice view..
ReplyDeleteKalau tgk depan mata lg feel..
DeleteInsyallah nak conquer Asia Tenggara pulak start tahun depan :P
Deletenak feel depan mata.. :D
taun depan sy nk start Europe country pulak..insyaAllah..berangan je lebih dulu ni, duit tak tau ada ke tak..huhuhu..
Delete