nuffnang ads

recent posts

Thursday, February 7, 2013

Medan, Indonesia - Day 1 (Part 2)

Sambung cerita lagi..

Perjalanan ke Parapat dianggarkan dalam 4 jam.  Keadaan jalan raya yang tak berapa cantik membataskan Pak Supir untuk drive lelaju. Yang sebenarnya kami dah sound awal-awal kat Pak Awen, drive slow-slow je, tak ada apa nak dikejar pun.  Pak Awen pun bertindak mengikut arahan, dia drive dengan berhemah sekali.  Dalam kereta masing-masing jakun dengan apa yang ada di luar, masing-masing pun leka melihat sendiri kehidupan masyarakat di Medan sambil diselang seli dengan explanation daripada Pak Awen.  Pak Supir kami ni memang bagus, banyak perkara yang diceritakan sepanjang perjalanan menjadikan kita lebih dekat lagi dengan masyarakat di sana.  Bila dah penat, kami pun tidur, bila bangun sambung balik tanya macam-macam.  Banyak papan tanda yang tak faham kot, mesti kena tanya kan..

Bila dah sampai ke jalan yang mendaki, keadaan jalan makin teruk.  Macam jalan kat bukit putus lama di Kuala Pilah tu, tapi jalan ni lebih sempit dan tak rata.  Sesiapa yang tak tahan tu, bawak la minyak angin ke, asam jeruk ke, buat hilang rasa loya kat tekak tu.  Masuk je kawasan tu, maka di kiri kanan jalan korang dipenuhi dengan pokok pine yang tinggi-tinggi.  Bukit-bukau dan tasik yang kelihatan daripada jalan di lereng bukit tu sangatlah mempesonakan.  Kecantikan tasik toba tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata apatah lagi daripada lensa kamera, kena pergi sendiri dan lihat.  Cantik sungguh ciptaan Allah, Subhanallah!  Dengan cuaca yang semakin sejuk mendingin, kami minta Pak Supir matikan saja aircond, sebab kami nak buka tingkap dan menyaksikan sendiri keindahan alam itu sambil-sambil feeling twilight (alaaaa, yang adegan Edward ngan Bella main terbang-terbang kat pokok tu, suasana kat situ lebih kurang je..)

Selepas ber'wahhhh' sepanjang perjalanan kerana kagum, kami pun sampai di Parapat.  Dah masuk tengahari dalam pukul 1.30 petang lebih kurang.  Kami terus check in di Danau Toba International Cottage.  Aku book hotel ni via Agoda.com, harga lebih murah daripada direct beli dengan hotel.  Lagi satu, kata Pak Awen, kalau book hotel + transport dengan travel agent selalunya akan dapat harga lebih murah, wallahualam, kena try and error la camtu. Tapi book sendiri lebih adventure kan? Pastu kalau book kat Agoda tu dapat point, kumpul-kumpul point dapatlah discount kalau nak tempah guna Agoda lagi.  Sebenarnya kalau naik public transport lebih adventure, tapi untuk di Medan, sorry, aku tak berani langsung naik public transport kat sana melainkan teksi bermeter.  Kalau korang gigih, silakan!





Milo tu bawak sendiri drp Msia ye, tak disediakan..
Makcik sorang tu kata die gegel klu sehari tak dapat minum Milo..huhu..
Bukan main kushu' pria bertiga tu makan bersaksikan tasik toba eh..?
Ke dapat wifi pree sampai dah tak pandang kiri kanan dah?

Untuk check-in hotel, kalau book via agoda, korang kena print siap-siap voucher hotel pastu time check-in kena tunjuk kat receptionist tu.  Dah check-in, bersihkan diri dan solat jamak, then keluar balik untuk mencari kedai makan.  Kat parapat ni suhu dia ala-ala cam dekat cameron, so, agak sejuk jugak la, faham-faham je la kalau sejuk-sejuk confirm lah perut melapar.  Jom cari makan!

Ini juadah lunch, selalu kalau  nasi padang beratur lauk kat depan mata kan?
Tapi sebenarnya, boleh je kalau nak pilih lauk sendiri macam ni, kira macam makan nasi campur,
lebih murah begini kata Pak Awen.
Perut yang berkeroncong pada mulanya dah slow down sikit, dapat pekena nasi la pulak kan.  So, next destination kami adalah Pulau Samosir! Nak ke Pulau Samosir senang sahaja, naik ferry dengan bayaran IDR5000 pergi, IDR5000 balik. Kalau tak silap kami lah..sebab semuanya Pak supir dah bayarkan, kami lak yang konpius berapa harga sebenarnya.  Yang penting nak sampai ke perkampungan Batak iaitu Kg. Tomok tu mengambil masa lebih kurang 45 minit.  Sambil-sambil nak sampai tu, bolehlah sama-sama menghayati keindahan alam ciptaan Allah yang sememangnya tiada kat tempat lain.




Sempat hapdet instaweather lagi jah! untunglaaa...



Pak Awen, our supir dengan senyum lebor..seronok le tu naik feri..
eh, ada artis kpop atas feri?!
Lagi satu, nak turun & naik feri ni agak scary, dinasihatkan sila pakai kasut.

Next stop adalah di perkampungan Batak iaitu Kampung Tomok.  Di sini dapatlah anda dapat menyaksikan secara dekat senibina rumah-rumah kaum Batak. Kaum Batak dikenali dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan putih.  Warna-warna tersebut mempunyai maksud yang tersendiri mengikut kepercayaan mereka.  Pak Awen memberikan sedikit penjelasan tentang simbol-simbol yang terdapat pada ukiran di rumah ini tapi agak malu  untuk diceritakan disini. hiks!  So, korang pergi dulu then korang tahu la cerita-cerita kaum Batak ni. Interesting story actually.





Di sepanjang jalan menuju ke muzium Batak tu ada banyak gerai jualan cenderamata,
bolehlah korang singgah dan beli disini.  Harga  boleh tawar-menawar.



Keadaan di dalam rumah kaum Batak


Ini pula makam kaum Batak.  Bagi orang Batak, mereka tak tanam mayat,
hanya ditutup sahaja dengan simen tersebut.
So,kalau angkat simen tu, mungkin leh nampak tulang-temulang..hehe

Hari pun sudah beransur gelap.  Kami ambil last feri untuk kembali ke Parapat.  Sementara nak sampai semula ke jeti, sesi fotografi bersambung lagi.  Boring kot duduk atas feri tu. 





Sampai-sampai di Parapat, hari sudahpun malam, perut pun dah mula berkeroncong balik mendendangkan lagu Wali Band-Cari Jodoh. Motif? Dah sampai Indonesia, tune pun kena tukar lagu Indonesia la pulak kan? 

Sebelum kami pulang ke hotel, kami decide untuk makan malam siap-siap di luar, so that, tak payah nak keluar lagi dah lepas tu.  Kami pun berjalan kaki je dari jeti ke kedai makan ni, dekat sangat.  Lauk-lauk di situ memang nikmat! Boleh dikatakan kena dengan selera tekak orang Malaysia, sedap! Kedai pun bersih, air basuh tangan pun sorang satu dapat, tak payah nak berebut.  Kedai ni kami gelar kedai makcik banjir sebab waktu tengah-tengah makan tu, hujan lebat sampai air naik masuk kat dalam kedai.  Tapi dengan sekelip mata je mereka dah bersihkan air banjir tu.  Dah biasa kot dengan keadaan tu.


Malam tu kami pun balik hotel, perut dah kenyang jadi tak ada apa nak buat selain daripada charge bateri dan tidur.  Sempat juga menonton drama korea yang sudah dialih bahasa. Kalau jiwa dah kpop, pergi mana-mana pun mesti nak cari kpop juga.  Lagi satu, bagi insan-insan yang perlukan iron dan tak bawa iron, yelah, buat berat je nak mengangkut semua tu kan, jangan risau, iron memang tak disediakan.  Tapi, ada laundry, laundry tutup awal juga, so, kalau nak mintak iron, before keluar petang tu, hantarlah baju ke laundry siap-siap.  Boleh call je daripada bilik, nanti adalah pekerja hotel yang datang.  Lagi satu jangan lupa, bagi la tip seikhlas hati kepada pekerja yang datang mengambil dan menghantar baju uols tu. Tak luak pun duit korang, korang kan jutawans. hehe

Sekian cerita untuk hari pertama.  Update untuk hari kedua akan menyusul nanti, bila tu tak boleh nak janji. Kalau rajin, malam ni juga aku bersengkang mata mengarang dan mengedit semua gambar. Kalau tak rajin, korang tunggu je la ye..hehe..daaaaaa!


23 comments:

  1. Salam. blh x sy tau bp hrga pakej yg awk ambl n pakej tu ape yg die cover? My email: sitihawa.hamid@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam....untuk mereka yang perlukan perkhidmatan supir di medan, boleh contact Pak Rizal di no. 6281263402118, alhamdullilah...servis yang amat bagus telah diberikan pada kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info..rasa2 mcm penah baca ttg pak rizal ni di forum..

      so, sape2 nk driver boleh contact no. di atas ye..:)

      Delete
    2. Yer...saya dapat contact ni dari forum...tapi memang bagus rizal ni. so sesiapa yang berminat boleh sms atau call rizal yer.....thanks nurizyanabdrahman...:)

      Delete
  3. as salaam.. beleh share pak supir tu charge sehari? dan kereta pa dia bawa..

    ReplyDelete
  4. tumpang tanya... RM175 tu dia cover semua skali ker including makan/enterance fee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entrance fee kitorg byr sendiri, tak byk pun tmpt yg kena byr + klu bayar pun tak mahal..makan sendirian berhad, pak supir pun makan sendiri2..so, kita boleh decide kita nk makan kt mana n leh bajet2..kt sana mkn murah je..

      Delete
    2. ooo.. gitu ye. So, pacage rm175 tu utk kereta/supir/minyak/parking utk 3 hari la ye?

      Delete
    3. 175 tu utk sehari je, kalau tiga hari kena darab tiga lah..hehe

      Delete
    4. oppsss.. sorry salah count plk! hehehe..
      thanks yayan!

      Delete
    5. yayanrahman...minta bantuan send no fon pak awend ni bleh....nak guna khidmat pada 11 dis ni 0176144120....khairul

      Delete
    6. sorry khairul, sy tak sempat nk bg aritu..busy sgt + nenek meninggal..bru je nk bukak blog balik..

      Delete
    7. Salam Yayan .... akk nak minta no. pak supir. Akk akan ke Medan Pd Februari akan datang. Mohon email ke annaudir@gmail.com.

      Terima kasih ye

      Delete
    8. akak..cuba try contact via emel dulu..sbb pak awen tu under travel agency, so better deal dgn pejabat die trus..

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak.. nk tnya 175 tu bayaran supir,kenderaan dan minyak skali ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..yup..sume skali cuma klu nk bg tip kt org jaga parking tu kite kuar duit sendiri la..xbnyk pun..

      Delete
  7. Salam... boleh sy dpt contact no pak awend ni atau agency? Sy nk ke medan may ini. Tq ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..refer kt part 1..details ada kt situ..tq

      Delete
  8. salam. saya nk tanya. number pak rizal yang dinyataankan diatas sama ke dengan number pak rizal yang ini +6285275603660 ? orang yang sama ke?

    ReplyDelete

Subscribe and Follow