Hola Malaysia!
Sorry iols nak merepek dulu before proceed cerita pasal Jakarta ni..Semester ni iols agak tanjat gegurl sikit sebab terpaksa join kelas PJJ, hari ahad lak tuuu. Lecturer cakap laju bebeno macam machine gun, yela, ada dua jam sebulan je dapat jumpa iols kan. Lepas tu, first day class dah bagi assignment yang melambak. Nak muntah iols dengar. Baru dengar, belum start lagi buat assignment. Mesti muntah hijau, ungu dan pink akan keluar sat g kan. Iols kena bertabah lagi tiga sem, pastu barulah iols boleh bernafas dengan lega. Penat uols sambung part time ni, kena bertabah semedang. So, cara iols nak lepas tension, travel la kan apa lagi?! So, jom lah continue dengan story mory from Jakarta with love ni, iols tak sabar dah nak cerita...
******
Weehuu! Menjadi kanak-kanak ribena sebentar di Taman Safari. Last pergi zoo dah tak ingat bila, tapi masa sekolah dulu la of course. Aku pun konpius, aku yang terlebih eksaited pergi Taman Safari ni kalau nak dibandingkan dengan Rayyan. Haha. Thank Rayyan, sebab Rayyan, aunty dapat datang sini. *pelukkuatkuat*
Perjalanan ke Safari daripada Jakarta ambil masa dalam dua jam campur macet. Lebih kurang perjalanan dari Jakarta ke Bandung jugak, tapi route tak sama. So, dinasihatkan pergi awal pagi dan bukannya weekend, kalau boleh pergi time weekday, kurang sikit jem..Taman Safari ni boleh bawak kereta masuk ke dalam kandang haiwan, so boleh tengok haiwan secara live di tepi tingkap kereta anda..Kalau bukak tingkap, ada yang masukkan kepala pun dalam kereta..ngeri tak ngeri je la uols..airliur binatang? memang penuh kat tingkap! Before masuk ke safari, ada banyak orang jual wortel kat tepi jalan, so, belilah siap2, so that nanti boleh bagi binatang tu makan. Tau idak wortel tu menatang ape? Wortel tu adalah carrot! hehe..comelkan nama Indon die..:)
Tiket masuk ke Safari berharga IDR140k..Kat dalam tu selain daripada tengok binatang, ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. Ada pertunjukan gajah dan banyak lagi lah. Kena tengok jadual persembahan. Kami aritu sempat tengok persembahan gajah je. Sebab perut dah start berkencorong, kena keluar untuk cari makan..
Rayyan yang sedang hairan bin ajaib..Bukak2 mata tengok gajah lak ada depan mata..hehe |
Redbull yang sangat samseng jalan raya..dorang hadang jalan tu, pastu dok usha kami2 yg dalam kereta nih. dengan jelingan yang amat tajam..tatutttt |
Lucu yang ni, makan sampai tak sedor makanan penuh atas kepala.. |
Bagi makan wortel.. |
Yang ni memang kes berani mati, siap masuk kepala dalam kete.. |
Untuk ke kandang harimau dan singa, kami tak dibenarkan buka tingkap kereta dan tidak dibenarkan berhenti..Takut pula harimau dan singa tu tengah lapar, diterkamnya pulak cermin kereta mau boleh pecah..tapi dapatlah saksikan dengan lebih dekat harimau tu bersiar-siar..Singa tido terkangkang hoke?! Malu I tengok..hehe
Tido terkangkang! Malu la sikit orang tengok..isk3 |
memang super duper terhegeh-hegeh..siput sedut jalan pun lagi laju daripada binatang ni tau |
aunty, mama with rayyan the birthday boy |
Ok, dah lepas daripada masuk kandang, kami ke Plaza Gajah pulak. Kat situ ada pertunjukan gajah, sape yang nak naik gajah dan unta ada disitu. Baby Zoo pun ada, kat dalam Baby Zoo, anda boleh bergambar dengan harimau putih seperti yang dalam gambar di bawah dan juga ada lagi binatang-binatang lain yang tak berapa nak merbahaya sangat kat dalam tu.
Very the Mak Jemah uols..hehe |
the white tiger doesn't look calm as in the pics okey! kdg2 die cm lose control sikit..tatutttt |
Dan banyak lagilah binatang yang ada, cuma waktu kami sampai tu masih banyak binatang yang tengah tidur, jadi takdelah mereka itu mahu merayau-rayau mencari makan dekat-dekat dengan kami. Dapat tengok mereka tidur daripada jauh je la, nak panggil tak tau nama, nak kejut takut kami yang terkejut pulak, so, kami teruskan perjalanan sehinggalah ke penghujungnya.
Bagi aku, ini adalah satu pengalaman yang baru, setakat jalan-jalan dalam zoo tu dah biasa sangat kan, tapi bila masuk kat dalam kandang bawak kereta belum pernah lagi kan? So, kalau datang ke Jakarta, instead of shoping je why not jalan-jalan ke Safari pulak kan? Tengok nature sekali sekala sebab kat Jakarta Pusat tu dah penat tengok kereta, bangunan dan manusia. Tak gitu?
Ok, cerita Taman Safari tamat disini. Nanti aku sambung lagi cerita di Jakarta ok?! Itupun kalau ada yang nak baca la kan, kalau takde pun aku buat jugak, aku peduli ape. he he he.