nuffnang ads

recent posts

Monday, August 19, 2013

ABAH

abah

panggil abah bila serius
bila nak manja-manja panggil babah
paling tenang bagi aku adalah dia
bawa kereta pun memang tenang sangat
eh bukan, slow sebenarnya

dulu paling aku sayang adalah abah
mak jatuh nombor dua
sebab mak dulu garang
selalu buat aku menangis dan merajuk
mengada sangat kan?
dan abahlah tempat aku mengadu
mak akan bengang
bila abah menangkan aku

kalau malas pergi sekolah
mesti ngadu kat abah
cakap tak sihat, demam
dan mak macam biasa akan marah
tak percaya dengan anak dia yang mengada ni
mak tau je yang aku tengah berlakon
abah cakap kalau sakit ikut abah pergi klinik
aku suka
suka ikut abah pergi klinik
tempat abah bekerja satu masa dahulu

abah kalau marah selalu macam action je lebih
takut jugak kadang-kadang
tapi sebab dengan abah boleh kawtim lagi
kalau balik lambat lepas pukul tujuh malam
terus berlari masuk bilik air
waktu tu abah dah kat dalam bilik
dah ready nak maghrib
so, rasa selamat sebab mesti abah tak marah
ok, kadang-kadang kena sebat jugak dengan ranting pokok bunga raya
rasa nak tebang pokok tu

kalau ada orang nak gantikan tempat abah dalam dunia ni takkan mampu
takkan terdaya nak menjaga aku
seperti mana abah jaga
seperti mana abah didik

cakap pasal abah buat aku sedih
sedih sebab rasanya selalu buat abah risau
abah janganlah risau
sebab abah kan cool
anak abah yang sorang ni memang kuat berjalan
tapi pergi mana-mana pun orang ingat kat abah
selagi tak beli apa-apa untuk abah, mesti rasa tak complete
jadi abah jangan risau kalau apa2 jadi
sebab anak abah ni dah besar sebenarnya
dah dewasa dah pun
cuma tak kahwin lagi je
oh, itu pun mesti abah risau kan?
abah jangan risau, orang dah cakap
orang akan cari menantu terbaik untuk abah
sejauh mana pun, orang akan cari
walau ke Perth sekalipun, eh?

abah oh abah
sebab abah kat kampung, walaupun dekat tetap buat orang risau
abah jaga diri betul-betul tau
jangan buat kerja berat-berat
abah kan dah pencen
dah pencen kena rehat
jaga mak betul-betul
orang sayang abah dan mak ketat-ketat


anakmu yang jauh di perantauan,
jauh sangat..hehe

-yayanrahman-


#rindu #homesick #meroyanlepascutilama #anakabah #familyfirst #bosansangat #luahanhatianak 






7 comments:

  1. besntya dpt Abah penyayang...sis JM dpt Ayah garang dan bengis dan Ibu yang sgt penyayang..I Love U Ibu...heeee..salah sorang mesti kontra kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu kecik dlu mmg lg rapat dgn abah, bila dh besar ni bru rapat dgn mak..hehe..tp apa2pun, love both of them kan..

      Delete
  2. Selagi abah tu masih hidup depan kita.. banyak kan la kita berbuat pada mereka .. cuba tunaikan apa yg mereka hajati setakat mana yg kita mampu.. :D
    Alhamdulillah tak ramai dapat abah yg baik dan penyayang mcm kamu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. plg pyh nk tunaikan bila abah kata abah nk ikut g travel..isk3..kena behave la nnt klu abah ade, takleh amek gambar lompat2..hehe

      Delete
  3. menompang kasih ayah mertua je.. tp bapa mertuaku tidak seporting :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah mertua pun abah gak, kena anggap mcm abah sendiri, wlupun die tak sporting, ko buat je lawak bodoh dpn die, kot2 pasni tetibe kamceng lak kan..hehe..

      Delete
  4. Sayangilah abah semasa hayatnya... beruntung yayan masih ada dia....

    Macam saya, terasa amat kosong bila beraya di kampong kerana kedua orangtua sudah tiada lagi..

    ReplyDelete

Subscribe and Follow