nuffnang ads

recent posts

Tuesday, November 12, 2013

Western Australia (WA) - Part 5 : Love in the City

Salam semua!
Aku nk sambung lagi cerita pengembaraan aku di bumi WA ni.  Ikut suka korang la nak baca ke tak, aku pun macam penat gak nak bercerita tapi tak habis-habis lagi nih.  Yang enjoy, terima kasih. Yang tak enjoy, haha, nasiblah hai, aku pun kering idea gak ni.  Untuk yang memerlukan informasi, sila jot down benda-benda yang penting, dan bagi sapa yang nak itinerary aku, leh letak emel korang ruangan komen kat bawah. Aku boleh bagi, no hal punya.

Meh la bersila panggung baca balik pasal trip aku ke WA ni, dah masuk hari kelima, wuuuuu, kejap je rasanya kan? Bila fikir itinerary, banyak lagi tempat nak pergi, tapi bila difikirkan pasal masa, woi, esok nak balik dah!? Sempat ke tak nih nak terjah semua tempat???!

Caversham Wildlife Park, Whiteman Park

Bangun!! Bangun!! Time is running out!! ...macam tulah alarm pagi tu kedengaran, pagi tu, mandi laju2, breakfast kat bilik je laju2, siap laju2 pastu turun laju2.  Drive je tak laju2, sebab ikut perintah GPS tu ha, takleh menderhaka, kang nanti dia sound tepek, dia bagi jalan ntah apa-apa kang sape susah? Destinasi pertama hari ini adalah ke Caversham Wildlife Park.  Tujuan sebenar datang ke sini adalah sesi beramas mesra dengan abam2 kenggeru, koala dan banyak lagilah binatang yang boleh ditemui kat sini.  Bayaran masuk adalah sebanyak AUD24.  Konon-konon je, tapi bila dah masuk, sume takut nak dekat ngan binatang-binatang tu. Definitely we were not as excited as we were kids before. Tua dah!









Pandang dari jauh je la, i x berani nk bermanja-manjaan dengan u..
Puas pusing-pusing keliling tengok binatang, kitorang berhenti kt Molly Farm untuk tengok pertunjukan cukur bulus biri-biri.  haa. Kemain ramai budak-budak tadika time ni, tetibe acik rasa tua sgt dik non oii..Comei-comei belaka anak omputih ni, rasa cam nak bawak balik melesia. haha.  

Teringat zaman2 kite gi rombongan sekolah rendah dulu kan, ummu..hehe
Demo cukur jambul..hehe
Takut betei nk bergambar dgn die ni, tengok tu, muka die suspicious siott..
Lu kenapa beb snap2 gmbr wa? Nk bagi wa pemes ke? 
Nak keluar tu nanti ada gak la kedai jual cenderahati tapi agak pricey sikit kalau nak compare dengan yang kat Fremantle, we were not buying anything pun oh except mineral water, penting tu, kalau tak, leh dehydrate.

We supposed to return our rent car at 12.00 pm, kitorang agak rushing jugak la to leave the park.  Lagipun macam tak sure berapa lama perjalanan nak ke Bayswater tu. Since we have to refill the fuel sampai penuh tank, kenalah mencari petrol pump pulak. Takut jugak kalau-kalau lambat nanti kena pay extra pulak, tak ke naya.  At last, we managed to return the car on time.  Dah check semua sekali, tak ada apa-apa kerosakan pun, then they returned our deposit. Selamat duit kami, Alhamdulillah.

Next destination, Harbour Town.  Daripada Bayswater Car Rental tu, kitorang kena menapak dalam 15-20 minit untuk sampai ke Meltham Train Station.  Option lain, boleh minta tolong pihak Bayswater call kan taxi, which much more easier, but a lil bit pricey.  Tapi disebabkan kami sudah agak kepokaian, we chose to walk.  Takde rasa penat pun menapak walaupun agak jauh, sebab cuaca kan sejuk je, in fact, the best part bila nk ke train station tu, akan lalu dalam taman perumahan, so, feeling2 cam we all duduk kt neighbourhood tu la kan, apa lagi. Haha. Berangannnz

Harbour Town


Ok, from Meltham Station, kitorang kena pergi Perth dulu, so, beli tiket kt machine untuk ke Perth Station, kalau tak silap only 2AUD je ticket train tu.  Sampai di Perth Station, cari kat mana bus stop.  Untuk ke Harbour Town, boleh naik Yellow Cat atau Green Cat, carilah mana yang dekat dengan korang.  Kalau nak download route map for the free bus atau nak cari info pasal transportation di WA boleh godek2 kat laman web Transperth.  Lagi satu nak info, kat area Perth Station ada post office, kalaulah nak poskan poskad kat mak ayah adik beradik orang kampung rakyat jelata dan tak lupa yang tersayang, bolehlah berbuat demikian di situ.  Nak cari poskad pun senang je, kat area situ memang ada kedai souvenior leh la nk beli.  Yang penting address kena ada.  Aritu aku kena setem 1.7AUD untuk satu poskad. Murah je.  Ok, tak jauh dari Post Office, kat luar building tu aje, ada bus stop Yellow CAT.  Moh kita ke Harbour Town.

Harbour Town ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet je, tapi perasaan aku kurang happy sikit sebab aku rasa Harbour Town kat sini macam sendu je, macam tak best je.  Kesimpulannya, Harbour Town tak bisa mempokaikan aku, aku just beli satu baju je kat situ.





Lunch pun kitorang makan simple je, beli gozleme, bentuknya macam murtabak tapi rasa dia lain sikit.  Ok la jugak mengalas perut yang lapar ni. Disebabkan Harbour Town yang tak berapa nak best, kitorang pun memanjangkan langkah untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Kings Park.

Kings Park and Botanic Garden

Akhirnya sampai jugak aku kat Kings Park untuk fefeeling Adam dan Hawa, cuma sayang, Adam aku jauh nun kat Malaysia.  So, apa lagi, meh la cuci mata kat sini. hiks!  Indah betul pemandangan kat Kings Park ni. Ramai yang ambil peluang untuk beriadah.  Di tengah kesejukan yang mencengkam tulang temulang aku tu, ramai aje yang pakai baju singlet, seluar pendek dok berjogging kat situ.  Korang tak de perasaan ke? Kulit korang tebal giler ke? Kagum aku sekejap.  Aku punyalah dah tak tahan sejuk kat situ. Dorang waklek watpis je sexy2 buta tu.  Disebabkan sejuk yang mencengkam jiwa, kopi jugak yang tekak ni meminta.  Beli coffee kat sana standard la harga dalam 4 - 5 AUD.  Waktu ni rasa rindu sangat dengan Korea. huuuu. Korea punya coffee murah2 je, kalau takde duit sangat beli yang kat vending machine tu je pun dah ok. Hehe. Tetibe tercerita pasal korea plak.  Rindu weh!







Dah nak start gelap dah time ni...




Bila waktu dah nak menginjak ke malam, kami pun beredar, nak mengejar bas sebab last bas kul 7.30 kalau tak silap, time tu dah kul 7 malam. Tapi memang dah gelap cam kul 8. Cuak gak nak berjalan malam-malam sejuk macam tu kan, kami pun ambil keputusan untuk terus balik ke hostel.  Dinner kat hostel je sebab kami masih ada bekalan makanan lagi, nak kena habiskan pun sebab malam tu malam terakhir kami kat situ.



Malam tu, balik hostel, makan, rehat, main internet, pastu start packing sebab esok paginya kami dah kena check out.  Bila dah siap pack barang, di kala malam mula melabuhkan tirai, ambil feel tulis poskad.  Esok baru nak pegi poskan.  Barulah feel tulis poskad malam2 kan, macam tulis surat cinta pulak.  Siap bincang ngan kawan nak tulis apa kat kad tu. haha. Dah siap tulis, mata pun dah mengantuk, rasa sedih pulak memikirkan malam tu malam terakhir kat Perth.  Tapi esok masih ada lagi destinasi yang perlu dikunjungi, duit pun masih berbaki, so, marilah tidur. Good night Perth, you'll be missed.





10 comments:

  1. 1. Kangaroo tu semua mcm tgh tunggu giliran kene sembelih ker ( keadaan sama pada hari qurban )
    2. orang tu tak kasi penonton try ke cukur bulu kambing tu.. teringin seyhhh.. :P
    3. Koala tu kenapa buat muka comey jer.. nak cubit jer pipi dia hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. sy rasa dorang tu masih lg mamai, sbb kamiorg pegi kan awal pagi, so masing2 blum ada mood lg nk memulakan hari..hehe
      2. yg cukur tu xde sbb tgk die buat pun mcm payah je, klu nk try boleh request la kot..
      3. koala tu manja bak kata penjaga dia, tp kt penjaga die aje, bila penjaga dia smpai, die siap peluk kaki suh angkat die, mcm baby..comey tp die nakal sikit..dorg xbg pegang pun

      Delete
    2. 1. oh korang yg dtg awal.. bukan kangaroo tu kata.. ( ala orang malaysia dtg lagi :P )
      2. oh ye ker.. kalau saya pergi memang request la hahahaa..

      Delete
    3. haha..dorang pun dh bosan nengok org malaysia je yg dtg..

      Delete
  2. travel in western australia is always the best ...lihat gambar ini buat saya rindu dengan my uncle family di sana... albany and bridge gap buat saya rindu nak repeat trip balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..suasana kat sana mmg best..i miss them already..gap n bridge tu the most amazing place i've ever visited. klu de rezeki leh repeat lg..

      Delete
  3. JM pergi harbour town tapi dah tutup huhuh

    Cantik kan view area king's park tu..terutama kat pokok2 besar sepanjang jalan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harbour town kt Perth cm tak berapa menarik sgt pun..xtau la org lain, tp bg sy kureng sikit, lg suka shopping kt Murray St dan Hay St..

      Kings Park tu tersangatlah cantik viewnya..aritu patutnya nk tggu sampai malam, tapi takut xde bas, lagipun green CAT tu smp kul 7.30 mlm je..nk naik bas lain takut sesat lak kang..hehe

      Delete
  4. salam boleh share iti x
    hyukminshipper86@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  5. salam boleh share iti x
    hyukminshipper86@gmail.com
    tq

    ReplyDelete

Subscribe and Follow