nuffnang ads

recent posts

Tuesday, November 19, 2013

Western Australia (WA) - Part 6 : We Left With Memories

Assalamualaikum!

Finally, hari yang tak ditunggu-tunggu dah tiba iaitu hari terakhir kitorang di sini.  Cepat sangat masa berlalu. Kenapa kalau time hari kerja nak tunggu sehari pun rasa lama? Tapi kalau berjalan, seminggu pun tak cukup! Sedih! Okaylah, tak mau emo-emo.  

The Bell Tower : Home of the Swan Bell

Hari ini masih penuh lagi itinerary kami.  Flight balik ke Malaysia pukul 4.05 petang.  Masih ada masa untuk menghabiskan dolar yang ada.  Pagi tu adalah pagi yang terawal sekali kami keluar daripada hostel.  Lepas check out dan simpan beg kat storage room, kami bertolak ke Swan Bell menaiki Blue CAT.  Blue CAT punya stop agak jauh dari hostel, so, kena menapaklah sikit dalam 2 blok bangunan camtu, nama stop ni Murray Street Mall.  Pagi-pagi ni, ramai yang tengah berpusu-pusu nak ke pejabat, memang cuci mata sangat-sangatlah tengok dorang tu dengan suit lengkap, bawak briefcase, memang smart abes.  Fenomena yang jarang-jarang sangat jumpa kat Malaysia ni ye tak?  Hehe..sukeeee!


Kitorang sampai di Swan Bell lebih kurang pukul 8.00 pagi. Awai gila kan? haha. Memanglah pun, sebab tak bukak pun lagi.  Macam kat N Seoul Tower gak, kat sini ada gak couple2 yang mengabdikan kenangan mereka dengan letak padlock bergantungan kat tepi-tepi tower tu.  Sekejap je kitorang kat situ, tak de aktiviti apa-apa pun.  Kalau korang nak merasa naik cruise untuk ke Fremantle, kat situ ada kaunter tiket. Tapi kitorang dah tak sempat nak buat itu semua. Jadi untuk tak buang masa, kitorang pun terus beredar.







Shopping Heaven : London Court, Murray Street dan Hay Street

Dah selesai ambil gambar, kitorang terus naik balik Blue CAT dan berhenti kat stop London Court.  Lepas tu, cari entrance ke shopping mall.  Shopping mall tu akan tembus sampailah ke Murray Street dan Hay Street. Kat sepanjang street tu memang banyak butik-butik yang boleh korang terjah.  Selain tu, boleh jugak shopping kat Myer ataupun David Jones.  Kalau korang nak beli leather, Fossil kat Perth ni memang harga jauh lebih murah daripada yang kat Malaysia, so jangan lepaskan peluang. Aku sempat la rembat wallet untuk dihadiahkan kat adik aku, untuk gift die siap bagi gift receipt, so that, dalam masa 2 minggu, kalau adik aku tak suka dengan hadiah yang aku bagi tu, dia boleh tukar kat mana-mana butik Fossil worldwide.  Tapi dia suka je, so, takyah la tukar. hehe


 






Kat area tu memang macam cantik je, macam comel je untuk ambil gambar.  Kalau kat dalam London Court tu lagilah rasa macam kat London dah.  Sambil jalan-jalan cuci mata tu sempat kitorang ambil-ambil gambar juga.  Kami ada matlamat datang ke sini sebenarnya, nak cari perfume.  Kat David Jones harga perfume agak mahal time tu, promo pun tak banyak sangat. Pastu kitorang masuk dalam Myer pulak. Memang bestlah harga perfume kat dalam Myer ni, time tu banyak gila promo.  So, aku belikan perfume je buahtangan untuk Mama Babah dan adik beradik yang lain, untuk diri sendiri dan yang tersayang pun haruslah ada kan.  Banyak gak aku borong, tapi harga sangat-sangat reasonable.  Sekelip mata aku jadi miskin dah kat situ. Tapi takyah nak sedih sangatlah kan sebab dah nak balik pun.  Kalau duit tu berlebih pun aku gak yang menyesal.    


Dah selesai shopping, keluar dari Myer tu sebenarnya dah sampailah kitorang kat Perth Station.  Pusing-pusing sebenarnya kat situ je kan.  So, cari Post Office yang semalam tu, nak tampal setem kat poskad dan poskan.  Sekejap je, sebab dah siap-siap tulis.  Masukkan aje dalam tong, pastu kitorang terus naik Yellow CAT untuk cari tempat untuk makan tengah hari.


Waktu kami naik Blue CAT pagi tadi, ada ternampak satu kedai Indonesia kat area situ, disebabkan dah dekat dengan hostel, kitorang decide nak lunch kat situ je. Kat restoran Indonesia Indah ni memang jual nasi campur, lega hati bila nampak lauk-lauk bersusun kat situ. Macam lama sangat dah tak makan makanan yang banyak lauk macam tu, rendang ayam semua ada.  Indah! Isi perut kenyang-kenyang dulu,lambat lagi nak makan dalam flight nanti.  Harga makanan tu tak sampai 10 AUD pun, kira sangat-sangat berpatutan lah.


Dah selesai makan, kitorang terus balik ke hostel.  Punggah semua beg keluar, masukkan segala yang kitorang dah shopping dalam beg, pastu minta receptionist telefonkan teksi untuk kami.  Dalam pukul 1.30 macam tu kami beredar ke airport.  Sampai-sampai terus drop baggage sebab memang aku dah siap-siap check in.  Boleh solat kat ada satu bilik lebih kurang cam quiet room gak la.  Ambil wuduk siap-siap kat toilet.  Lepas solat, aku habiskan duit-duit syiling yang ada dengan membeli gula-gula kat kedai serbaneka kat situ.  Siap aunty tu tolong lagi aku kira berapa syiling yang aku ada pastu dia yang pilihkan barang yang cukup dengan duit aku tu.  Mesti dah ramai selalu buat. Haha.  Dah tak da apa nak buat, kitorang pun terus boarding.  Tak lama dah masa untuk kami bertolak balik.  

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di Malaysia dalam pukul 9.45 malam macam tu kira setel ambik beg semua.  Salam-salam peluk cium, cousin aku pun dah sedia menanti.  Malam tu aku balik ke Putrajaya, sampai rumah dalam pukul 12 malam jugak sebab singgah rumah cousin aku dulu kat Nilai kopi-kopi dulu.  

Terima kasih to my travel partner, Ummu and Kak Syak kerana menjayakan trip kali ni.  Mohon halal terlebih terkurang sepanjang perjalanan, kalau ada yang terkurang minta maaf.   Semoga kita berjumpa lagi di trip yang akan datang.  Terima kasih juga pada semua yang membantu dan tidak lupa yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.


Aku akan berhenti seketika daripada dunia travel ni untuk tahun depan.  Tapi tak bermakna aku dah tak travel lagi dan tidak bermakna juga aku tidak menyebok kat blog2 travel yang lain sebab aku memang akan jeles sambil bertabah.  InsyaAllah before 30 aku akan langsaikan juga wishlist travel aku yang at least nak pergi ke 10 buah negara/destinasi. Tahun depan perancangannya lebih besar daripada travel, mohon doakan yang terbaik untuk aku. Tahun depan jugak adalah tahun terakhir pengajian aku, lepas tu dah boleh konvo. Doakan aku dapat result yang cemerlang dan dapat kerja yang lebih bagus lepas tu k.  Pastu leh la sambung travel balik...


P/S : Siapa-siapa yang bercadang nak pergi ke WA ni boleh dapatkan itinerary daripada aku. InsyaAllah boleh membantu korang kat sana nanti.  Just tinggalkan emel korang kat comment box bawah ni k.  :)

Sekian.



26 comments:

  1. Beruntungnya... masih study dah dapat cover banyak Negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. study tu part time je, keje full time, so still leh simpan sikit2..byk yg kena korbankan klu nk berjalan ni..side bisnes pun kena ada..bz tak bz la kan..yg penting, tabah..heee

      Delete
  2. Tak snap ke moment fenomena smart orang pakai suit dan bawa briefcase tu? :P
    oh dah nak besara setahun.. huhuu sama lah kita.. sebab baru nak settle down kat Malaysia..
    pape pun moga berjaya dalam pengajian tahun akhir dan moga dapat result gempak satu kampung aminn.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu kitorg kt dlm bas..terpukau dgn kehenseman dan kemachoaan mereka smp lupa nk snap gambo..hahaha..terima kasih, doakanlah sy dpt menamatkan pengajian dgn jayanya..pastu, sambung travel lagi..hehe

      Delete
  3. Love your WA travel journey. So gonna be my reference if i'm going there one day! Good luck and all the best in your studies too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear..klu nk itinerary pun just let me know, i'll email to you the details k..

      Delete
  4. Salam perkenalan,
    satu lg blog travel yg teman jumpa *peminat blog travel walaupun xde blog, huhu* dlm reference blog janggel trekker. peminat blog2 travelholic awesome. nice entry pasal WA ni. tp miss pegi perth awal tahun aritu, panas yg amat. tersilap pilih tarikh la pulak compare dgn kronologi travel yg ms yan buat nih. Anyway, bleh x teman dptkn itin yg ms yan buat tu utk panduan trip ripit skali lg :) keep up the goodwork sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...haa, tula, kna cari travel date betul2, kalau kena time summer mmg panas la kan, kitorg yg spring ni pun bila tengahari tu agak terik gak, tapi sebab angin sejuk kuranglah rasa panas tu..boleh je nk itinerary, meh emel..:)

      Delete
    2. biokidzchemical@yahoo.com ni emel teman ye. Trimas..!!

      Delete
    3. dah emel, pls check. ure wlcome!

      Delete
  5. Hhahaha..sama lah JM pun ada perasaan cenggitu..kalau bab berjalan je..cepat betul masa berlalu..kalau time kerja....menunggu-nunggu je masa n kbalik..rasa lambat betul jarum jam tu bergerak..

    Tgk semua pic ni teringat kembali zaman JM ke sana hiks..

    WAh..nk stop dulu travel next week..ada projek lebih besar..JM dpt guest apa itu hee.sbb tadi ada ckp beli perfume tuk org tersayang..ehem..ehem....heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn next week sis, next year..duit dh byk abes kt travel, pasni kena dok diam2 kumpul balik duit2 yg dh byk abes dlu..masih dlm perancangan lagi, selagi duit tak cukup, selagi tu takleh nk proceed..sis doakanlah yg terbaik ye..klu ikutkan hati mmg susah nk stop, lgpun mmg dh ada plan dan dah ada tiket pun, tp rasanya kena cancel..wuuuu..sedih

      Delete
  6. Replies
    1. tq for dropping by..hehe..best berjalan tgk tmpt org, buat kita lbh menghargai apa yg kita ada sekarang ni..

      Delete
  7. yeay saya berjaya habiskan jugak baca entries perth. trasa memanggil nak pergi sana pulak.

    ReplyDelete
  8. Hi yayanrahman...best baca kisah travel WA nie,semua girls pulak tu,x pakai pakej,terbaik..tp tula,start 2014 nie makanan bertin x dibenarkan masuk ke aussie,ade yg cite dekat lcct pun dah sangkut xleh bwk canned food nie,untungla korg pegi taun lps dpt bwk mcm2 makanan..meh tlg emel itinerary jap, nk g bln 10 nie,lame lg kan he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously? ala tak bestnya..klu tak leh bwk nnt korg bwk la pes tom yam ke, rempah sup ke, kiub2 tu mesti boleh..hehe..beli sayur kt pasar pastu nnt msk je kt hostel..indah dpt mkn nasi kt sana tau..brahim pun packaging dlm kotak, boleh la klu nk bawak..tp I pun dh jemu mkn brahim tu..hehehe

      Delete
    2. Itulah..makin strict law kat aussie nie,bkn ape,mane nak cari nasi klu dah travel sampai ke albany tu kan,kat perth cbd senangla...eh btw,masa kat perth airport dorg cek barang dlm beg x? Ke lps camtu je? Klu lps terus mmg lucky la he3....

      Delete
  9. Sori,lupe lak emel add... yanyon8483@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salam.....sangat lawo gambor2, very inspiring blog...walaupun dah terlalu lama berlalu, daku ingin meninjau jua itinerarymu itu boleh?... insyaAllah akan ke sana 1-9 nov2015 nanti... tq in advance, awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru terperasan komen ni..huuu...lama betul tinggalkan blog..boleh bagi emel address x?

      Delete

Subscribe and Follow