nuffnang ads

recent posts

Monday, December 16, 2013

Al-Fatihah


Dari aku lahir ke dunia, 
Dari keluarnya aku daripada inkubator akibat jaundice, 
Dialah insan yang menjaga aku selain dari mak.  
Yang menjaga aku dari mula meniarap sampailah dah boleh mengaji Al-Quran.  
Yang berjalan kaki setiap pagi menghantar aku ke sekolah tadika.
Yang masakkan ikan bilis dan kentang goreng berlada kegemaran aku.
Yang asingkan tulang ikan untuk beri aku makan.
Yang menyuapkan aku setiap hari balik dari sekolah.
Yang pakaikan aku bedak cuticura sampai kepoh muka.
Yang masakkan air panas pagi-pagi untuk mandikan aku.
Yang pasangkan kelambu untuk aku tidur.
Yang letakkan ubat kalau aku sakit.
Yang memujuk aku kalau aku menangis.

Uwan,
Terima kasih atas segalanya.
Yan akan ingat uwan sampai bila-bila.

Dah tak terbendung lagi airmata, cukuplah sampai di sini aku bercerita.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Mohon kalian juga mendoakan kesejahteraan dia di sana. 


Maah Binti Talib 
22 Mac 1928- 9 Disember 2013
Al-Fatihah.


P/S : Kepada yang komennya masih tak berbalas, maaf aku ucapkan.  InsyaAllah aku akan cuba membalas dalam masa yang terdekat.  Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

16 comments:

  1. Alfatihah buat Uwan Yayan..semoga roh nya di cucuri rahmat dan bersama org2 beriman..Amin...

    ReplyDelete
  2. Tabah ya yayan.. nina pun faham perasaan bila tiada uwan.. uwan nina pun meniggal bulan 4 haritu. sedih sangat.. Takziah dan semoga Allah menempatkan uwan yayan bersama orang beriman. amin

    ReplyDelete
  3. Al- Fatihah..Moga roh uwan di tempatkan bersama2 para syuhada dan ulama..amin

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah. Takziah Yayan. Semoga roh Uwan dicucuri rahmat; ditempatkan bersama orang yang beriman. Insha Allah, amin.

    ReplyDelete
  5. takziah.. SemogaRoh Uwan dicucuri Rahmat olehNYA..Insyallah..Al Fatihah...

    ReplyDelete
  6. Sayu bile baca, sbb keadaan yayan mcm sy. Tinggal dgn nenek sy dpd umur sy 4 hari (dpd apa yg diberitahu oleh nenek). segala apa yg yayan ckp kat atas tu, reflect blk kat saya. everything dia buat utk sy dan adik. smpai tggu bas nk ke sekolah pn dia temankn. walaupun dia masih ada, dlm keadaan sihat wal-afiat, sy sgt terkesan dgn apa yg yayan lalui. Al-fatihah. redhakn pemergian dia. bykkn bersabar. -NordiNabilah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..hari2 terakhir dia pun sgt sedih sbb mmg tlg mandikan dia, tukarkan pampers, makan pun sy suapkan, minum pun kena tolong..klu ikutkan sgt mencabar, tp fikirkan dulu dia jaga kita dr kecik, rasa senang je buat semua tu..cuma arwah la yg sedih, sbb katanya dia menyusahkan..tak dpt nk thn perasaan time tu, bila arwah pergi dengan tenang, wlupun dgn hati yg berat, kami semua redha, tak sggup tgk die menderita sakit.. (T T)

      Delete
  7. salam takziah yan.. moga roh Allahyarhamah uwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah..salam takziah..akak pun dah xde uwan lama dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..masih sedih bila tgk katil tmpt die hembuskan nafas terakhir aritu..wuuu

      Delete

Subscribe and Follow