recent posts

Monday, July 7, 2014

Rona Roni Makaroni Bakar

Hi korang,

Dah baca post sebelum ni psl resepi Rona Roni Makaroni Goreng? Kalau belum, p salin resepi sat sebab ada lagi satu resepi susulan daripada resepi tu.

Aku dapat idea ni sebab ada baki lagi daripada masakan yg semalam tu aku simpan dlm ice box.  Nak panaskan dan makan semula pun boleh, tp lagi best kalau kite transform masakan tu jadi yang lebih meletops lagi.

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Makaroni Goreng
Susu Segar
Tepung Gandum
Mentega
Keju cheesedale
Garam
Gula
Oregano
Lada hitam/Lada sulah

Cara2 nak buat Sos Putih :

  1. Cairkan sesudu mentega bersama dengan sekeping keju cheddar (aku guna cheesedale sbb tu je yg ade kt umah) dlm periuk dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan 2 cawan susu segar (aku guna air kotak Dutch Lady Low Fat Milk sekotak)
  3. Dua sudu tepung gandum digaulkan bersama air sehingga tak berketul (aku just gaul dengan susu tadi sikit sampai cair tepung tu) dan curahkan ke dalam periuk tadi.
  4. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano.
  5. Kacau sampai agak pekat sedikit.
  6. Masukkan macaroni goreng dalam bekas aluminium (apa2 bekas yg leh masuk oven), padat2kan sikit.
  7. Curahkan sos putih ke atas macaroni goreng tadi. 
  8. Taburkan cheese yang diparut. (aku takde, so aku koyak2 je cheddar slice tu dan tabur atas tu sos putih tu)
  9. Bakar dalam oven sampai cheese nampak perang2 sikit.  Bakar dengan suhu 160 darjah celcius.
  10. Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk dulu baru boleh ngap. Kalau panas sgt takut terbakar lidah. hehe
Gambar takde sebab lupa nak ambil.  Ghairah sgt nak mencubanya. Hehe.  Yang penting sgt mudah dan sedappp.  Boleh tengok gambar inspirasi kat blog Dapur Mamasya sebab kuah sos putih cilok dari situ.

Thanks!




No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow