nuffnang ads

recent posts

Monday, July 7, 2014

Bihun Kungfu Panda

Demi untuk meraikan kedatangan panda ke bumi Malaysia ni, aku mendapat satu inspirasi untuk nama resipi aku untuk kali ni.  Bulan puasa ni aku memang suka masak sendiri kat rumah, bukan ape, aku ni memang malas tahap gaban nak beratur panjang, tunggu lelama, sangkut kat jem..So nak tak nak, aku kenalah masak sendiri daripada menghadirkan diri kat bazar ramadhan.  Sedap tak sedap tu belakang cerita, tapi so far, sume sedap je kt tekak aku, eh, terpuji diri sendiri lak..tapi sape lagi nak puji kalau dah namanya makan sorang2, ye dak? haha
 
Bulan puasa kali ni memang aku nak kurang2kan pengambilan nasi.  So far, baru tiga kali aku makan nasi bulan puasa kali ni.  Itupun sebab mak yang masak, dan waktu buka puasa buffet ngan kawan2 aku, aku tergoda dengan lauk pauk yg ada..hiks..Aritu aku cuba diet Atkins.  Memang menjadi sesangat, berat aku turun 3kg-4kg dalam masa seminggu je. Tapi disebabkan tekak aku mula loya sebab mkn protein je kan, susah betul aku nak telan even ayam sekali pun.  So, aku stop.  Berat masih maintain wlupun aku dah makan macam2 lepas tu.  Oklah tu, still turun gak berat.  So, dalam bulan puasa ni, ambil peluang lagi sekali untuk try diet.  Elakkan gula dan nasi. So, terpaksa la makan makanan yang berasaskan mee, mihun, pasta dan roti je.
 
Ok, intro beselah panjang sikit. Jom tengok resipi, Bihun Kungfu Panda ni..hehe..comel je kurasakan nama resipi nih..Btw, ni first time aku try buat, memang tak mengecewakan, I love it. Tak payah makan kat kedai dah cmni..hehe..sukeeeee :)
 
Bahan2 Yang Perlu Ada :
Bihun (Rendam dan celur sekejap dalam air panas dan toskan)
Telur
Bawang putih - cincang
Ayam/Daging (aku guna daging je sebab tu je yg hado)
Udang
Sotong
Sawi
Carrot - Potong panjang2
Cili api - Ketuk2 je (Kalau nak pedas)
Cili merah - Hiris nipis2
Kiub Ayam
Tepung jagung - Bancuh dengan air.
Sos tiram
Air
Garam
Serbuk lada putih & serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
 
 
Cara2 Untuk Goreng Bihun:
 
  1. Pukul telur dan masukkan garam sedikit. 
  2. Masukkan bihun dalam bancuhan telur(sepinggan bihun boleh guna sebiji telur).
  3. Panaskan minyak untuk goreng. Minyak agak2 je, jangan banyak mcm deep fry plak.
  4. Gorengkan adunan bihun dan telur tadi.  Leperkan sikit untuk bagi telur tu masak.  Goreng sehingga agak2 garing.
 
Cara2 Untuk Buat Kuah:
 
  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
  2. Masukkan bawang putih dan cili api, tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam/daging/udang/sotong, gorengkan sekejap. 
  4. Masukkan air agak2 la nak kuah banyak mana. Kalau untuk sorang makan, lebih kurang satu gelas air.
  5. Kemudian masukkan carrot, sawi dan cili merah.
  6. Masukkan kiub ayam/perasa ayam, sos tiram, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung (untuk sorang makan, satu sudu tepung+air).  Kacau sehingga kuah jadi sedikit pekat. Pekat2 sgt tak best, cair sangat pun tak best, agak2 je k.
  8. Curahkan ke atas bihun yang telah digoreng tadi bila dah nak makan. Kalau cepat sangat nanti kembang. Tak terasa kerangupannya.
  9. Sedia untuk dimakan.
 
 
Nah ini gambonye, sempat juga nak snap sebelum berbuka. hehe.  Berlinangan dengan kuah, tak nampak rupa paras bihun yang telah digoreng tadi. Yang penting sedap, Alhamdulillah.  Jenuh nak habiskan juga walaupun hanya berbuka dengan satu juadah.


 
 Selamat mencuba uols..pasti menjadi!

3 comments:

  1. Woowwww mcm masakan kedai cuma yg akak mkn d kedai tu kuahnya warna putih nk kelabu gitew
    Isss nk try lah mcm ni sbb akak pun nk kurangkan berat bdn ni so kena kurangkan nasik lah ek

    ReplyDelete
  2. New Diet Taps into Revolutionary Plan to Help Dieters Lose 12-23 Pounds within Just 21 Days!

    ReplyDelete

Subscribe and Follow