recent posts

Thursday, July 3, 2014

Rona Roni Makaroni Goreng

Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi resepi mudah untuk menu berbuka puasa.  Menu yang simple ini sangatlah lahzat dan berkrim disukai ramai. Tak payah beratur panjang2 di bawah pancaran terik matahari petang di BaRam atau PaRam, badan bau asap orang bakar sate dan berpeluh, anda hanya perlu ada bahan2 je untuk memasak..Sambil2 masak boleh baring2 jap dulu.

Menu semudah ABC ini boleh diubahsuai menjadi ABCDEFGHIJ dan seterusnya ikut kreativiti masing-masing. OK?

Let's get started!

Bahan2 Yang Perlu Ada :

Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Boh/Cili Kering yang Dimesin
Makaroni
Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej
Carrot/Capsicum/Tomato
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam
Minyak Masak


Cara Yayan Memasak Untuk Seorang Makan :

  1. Buka je pintu rumah, terus pergi dapur, ambil dalam segenggam macaroni, rebus sehingga masak. Tambah garam sedikit dan minyak sesudu.
  2. Buka peti sejuk, keluarkan bahan2 spt daging/sotong/udang/sosej. Potong kecik2, ikut suka.  Kalau ada daging, rebus kejap daging dengan sebiji bawang putih yang diketuk-ketuk ramadhan. 
  3. Sambil-sambil tu boleh la potong dadu sayur-sayuran seperti carrot/tomato/capsicum.
  4. Sementara nak tunggu macaroni dan daging rebus tu, bolehlah g solat asar ataupun baring2 jap kat katil bagi yang dah siap2 solat kt ofis. Tapi janganlah lelama sangat plak, g jenguk2, macaroni tu dah masak ke belum.
  5. Toskan macaroni yang sudah direbus.
  6. Panaskan minyak masak dalam dua sudu. Masukkan sesudu bawang besar yang telah dimesin, (kalau malas potong dadu pun boleh, sebiji bawang sederhana besar), 1 biji bawang putih yang dah dihiris nipis atau dicincang.  Tumis sampai naik bau, dan masukkan cili mesin satu sudu.
  7. Bila dah agak2 cili tu dah masak, masukkan daging dan air rebusannya sekali/udang/ayam/sosej.  Kalau agak kering tambah air sikit.
  8. Masukkan sayur-sayuran.
  9. Masukkan satu sudu setiap satu sos cili, sos tiram dan sos tomato.  Boleh tambah sedikit air kalau nak basah2 sikit. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Second last, masukkan sotong(kalau ada), kalau tak terus masukkan macaroni yang dah ditoskan airnya tadi ke dalam kuali. Gaul hingga rata.
  11. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Macam buat mee goreng je pun. hikhik.

So, ini hasilnya menu campak2 bagi menghabiskan stok dalam peti versi yayanrahman untuk tatapan semua.



Selamat mencuba!


4 comments:

  1. recipe campak campak pun kena gaya memang meletop :D dapnyeee tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...lg sedap drp beli kat luar..:)

      Delete
  2. Wowwww nama resipi pun dh meletop! Akak ni x suka sgt macaroni boleh ganti dgn spagetti tak? Hamoii boleh masak sambil baring2 tu yg x tahan heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak..kite yg buat..nk makan pun kite kan..hehe..apa2 pasta pun sesuai je rasanya, klu akak cmpak mee pun agaknya sedap gak..:)

      Delete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow