recent posts

Thursday, September 30, 2010

SALAH AKU KE?

dah lama nak tulis entri pasal ni, tapi tak ada kekuatan jiwa.
tapi rasenya aku dah ready untuk mula berbicara.
bila aku memutuskan sesuatu, orang akan cakap aku yang bersalah.
aku tak salah kan orang lain, sebab dorang ada hak nak bercakap apa pun.

tapi aku selalu berfikir,
semua ni terjadi salah aku ke?
aku yang salah ke sampai ko nak delete facebook aku?
tapi aku iya kan aja, mungkin betul salah aku.

aku tak pernah mintak pun untuk jadi camtu.
aku pernah di dalam situasi yang orang tak mahukan aku.
so, what's the big deal?
cuba ko fikir balik, something happened for reason
mungkin dah tertulis perjalanan hidup kita begitu, so lets move on

yang sudah tu sudahlah
kalau nak dihimpun kesalahan orang lain pada aku pun tak terkira
inikan kesalahan aku pada orang lain
kita manusia memang selalu melakukan kesilapan
tapi terpulang sendiri macam mana kita menebus kesilapan tersebut

semua orang layak dimaafkan
aku juga sudah memaafkan
kenapa ko belum?

mungkin cara aku bercakap agak senang
tapi jangan fikir apa yang kau lalui sama seperti aku
kita hidup dalam dunia yang sama tapi situasi yang berbeza
kalau kau terasa sakit, apatah lagi aku
kalau kau fikir kau sakit, fikirkan orang lain yang lebih sakit
dan kau akan mula belajar memaafkan dan menerima dengan hati yang terbuka

aku cakap apa pun tak tau sebab apa yang lahir dari hati
itulah yang aku muntahkan disini..

memohon maaf dan memaafkan itu amalan mulia...

.minta maaf.

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow