Annyeong haseyo..
sorry guys! baru hari ni dapat nak menyudahkan cerita. a lot of work to do in office, my study and a little bit of kecelaruan jiwa..heee...presenting, the day 4 stories...
Hari ni kami akan ke Pulau Nami @ lebih dikenali Pulau Winter Sonata. Disebabkan kami ini sangatlah independent dan berjiwa kental, kami memilih untuk travel ke sana dengan menaiki subway instead of naik bas yang lebih mudah. Okey, bangun pagi2, kami kena check out dulu, sebab hari ni hari terakhir kami kat Seoul. Dah check out, luggage boleh simpan kt bilik simpanan luggage GH, diyakini selamat sebab berkunci.
Macam biasa, start menapak ke Stesyen Myeongdong. Kalau nak ke Pulau Nami ni, kami kena tukar train banyak sikit, almaklumlah Pulau ni jauh lagi daripada Seoul, mengikut perkiraan kawan2 yang dah penah pergi, katanya dalam sejam setengah. Lebih kurang la tu. Malas nak cerita panjang pasal route subway, korang leh baca sendiri kat map subway kalau korang nak pergi. Map subway tu antara benda wajib yang korang kena bawak kemana-mana sahaja.
Pengalaman dalam subway ni memang seronok, sebab macam2 gelagat manusia kita boleh tengok. Yang muda-mudi ni banyaknya memang telinga sentiasa bersumbat dengan earphone dan main henpon je. Yang dewasa tu selalunya suka tido dalam train, mungkin penat keje kot. Yang tua2 pulak memang suka perhatikan kami, kami ni comel sangat kot. haha. Kat dalam train, ramai ahjussi & harabuji yang suka sangat nak bertanya dengan kami. Yang tak pandai speaking pun ada, tapi mereka sangat peramah. Nasib baik boleh tangkap sikit2 apa yang dorang cakap. hehe. Dan lagi satu, yang mana kami sangat kagum, kat dalam subway pada hari tu penuh dengan harabuji (atok) ngan haelmoni (nenek) dan masing2 pakai baju sukan satu set and bawak peralatan hiking. Hebat sangat. Kalau kat stesyen subway tu, dorang berjalan sangat laju, kalah muda mudi cm kami ni..haisshhh..maluww..Ada tu dah tua kot, tapi bawak basikal racing naik atas subway, time turun tangga siap angkat basikal tu, rambut dah beruban tau uols. Hebat giler! Okaylah, kami assume hari tu hari libur untuk golongan tua, sebab memang dorang je yg penuh dalam train. Sampai aku bertanya kat membe aku, "kite salah masuk koc ke? ke ada koc untuk warga emas kt sini?". Memang penuh dengan mereka2 ajelah kesimpulannya.
Nak dijadikan cerita, kat dalam train menuju ke Stesyen Gapyeong la kami bertemu dengan Omma & Appa. Mula-mula tu aku dapat duduk, pastu bile agak2 dah lama perjalanan, dan merasakan perjalanan agak lama lagi, aku mula kesian kat dua orang Pakcik & Makcik ni sebab dorang dah lama berdiri. (aku cuba bersikap pentingkan diri sekejap sebab kaki sangat sakit, hehe)..Aku pun bagi la mereka ni duduk. Kebetulan memang ada lagi sorang yang turun kt stesyen tu, maka dua2 orang tu pun dapat duduk. Aku pun berdiri je la kat depan dorang, dorang siap offer nak pegangkan beg, tapi aku ckp takpe. hehe. Kat dalam train tu kami tak bercakap ape pun, tp bila dah sampai Gapyeong, harabuji2 kt dalam tu tanya kami, kami nak pergi Nami ke? (dorang cakap bahasa Korea tapi aku boleh paham jugakla sikit2) kalau Nami kena berhenti kat stesyen ni. Kami ni sebenarnya dah diconfusekan oleh orang GH sebab kata Oppa tu, kalau nak ke Nami turun kat Chuncheon. Tu yang kami buat bodoh je bile dah sampai Gapyeong. Tapi beria2 harabuji2 tu suruh kami turun kat sini. Sampai berlari2 kitorang turun train sbb takut pintu tutup. Hehe. Lari2 sambil cakap gamsahamida!! hehe...Turun2 rupanya Makcik & Pakcik tadi tu pun turun sama kt situ. Tanya kat dorang, dorang nak pergi mana. Nasib baik Appa tu pandai jugaklah speaking, die yang bagitau nak ke Nami jugak. Die offer kami naik satu cab dengan dorang nak ke jeti. Hehe.
So, daripada situ sampailah kat dalam pulau tu, kami bersama-sama. Omma tu memang tak pandai speaking langsung, so mmg bercakap dengan Appa je la, pastu Omma senyum je. Omma tu sangat Ipputa (cantik), kami suka puji die sebab bile puji dia akan tersipu-sipu. hehhehe. Tak pasal2 dapat mak & ayah angkat kat sana. hehe. Dorang sangat baik, untung kami dapat berjumpa dengan mereka.
Kalau kat dalam pulau ni, aktivitinya memang ambil gambar je la kan. Jalan2 sambil menghirup udara yang segar. Masa kami kat sana, cuaca tak bape ok, hujan renyai2. Tapi kejap hujan kejap tak. Nasib baik memang dah prepare bawak baju hujan, sungguh tak glemer! huh! Kalau suhu pun memang dah sejuk, tambah lak dengan hujan, memang agak menggeletar la jugak badan tahan sejuk. Tapi Omma buat preparation sangat bagus sebab bawak bekal. Kami pun mmg ada bawak bekal sandwich jugak. Bila agak2 dah penat berjalan, kami pun berpicnik sambil makan dan minum. So, hilanglah sikit rasa kesejukan tu bila dapat pekena air panas.
Orait, cite panjang2 pun tak guna, jom cuci mata tengok keindahan Pulau Nami ni dan keindahan kami...upssss..jgn marah kalau mau enterprem juge....
|
Dating...hehehe...so sweeet.. |
|
Omma ni kalau senyum mmg smpai lelap2 mata..mata kecik sgt...Omma buat air kopi & bawak sweet potato..mashita! |
|
Harabuji...haha |
|
Hangul..satu apa pun tak paham! |
|
Saje amek, cantik pulak nampak pokok2 tu.. |
|
Ni pun sama...kalau berdaun tak cantik macam ni kot..hehe |
|
takde keje! |
|
Amek gambar konon2 tengah jalan2...hik3 |
|
pose wajib di Korea..sarangaeee! |
|
tasik kat belakang tu memang tak nampak ape sebab berkabus..tapi view sangat cantik! |
|
Winter Sonata Version Omma Appa.. |
|
Winter Sonata Version dua budak gemok pakai baju ujan..haha |
|
Daun merah yang masih ada untuk kami.. |
|
ni pun takde keje! |
|
Entrance dari dalam pulau.. |
|
Atas feri masa nak balik... |
|
gambar kenangan sebelum balik.. |
Itulah cerita kami di Pulau Nami. Sebelum balik tu, Omma n Appa ajak g lunch dulu. Kami pun taknak menghampakan dorang, ikut je la. Sekali dorang ajak pergi makan ayam daaaaa! Dah masuk kedai baru tau. Cepat2 cakap, kami tak makan ayam! Chicken? No! No! We don't eat chicken! haha..tipu baik punya sebab malas nak explain. Muka dorang cam pelik sebab ada ke orang tak suka makan ayam? Apa2 je la kan. Last2 kitorang order Bibimbap yang memang dah nak naik sembap muka aku biru2 tahan nak muntah. Bibimbap itu sungguh tak enak, rasa nak marah je pelakon yang suka makan bibimbap beria2 dalam drama tu. Ke kedai ni je serve tak sedap? hehe.. Lagi satu, Oppa leh ajak kami minum Soju..tapi, cepat2 la cakap No, thanks! hehe..Pengalaman yang sungguh berharga kan? hehe...muka dah merah2 balik tu bukan sebab minum Soju tapi menahan muntah. Memang aku tak abes makan, nak cover, cakap je la dah kenyang, diet! Adoih...macam2 hal..tapi dorang ni kata nak datang Malaysia pasni..mana nak bawak agaknye ek?? *pening*
Balik daripada Nami, kitorang singgah beli apa2 yang masih nak dibeli kat Namdaemun. Dah beli sume barang, rasa macam dah puas hati kami pun balik la ke GH. Balik2 GH, rupanya teksi yang nak bawak kami ke Incheon dah sampai. Maka sampai di situ sahajalah cerita kami kat Seoul. Dah babai2 kat Seoul, masing2 pun syok pulak layan KPOP kat dalam teksi tu. Tup2 dah sampai Incheon. Kitorang stay satu malam kat Incheon GH sebelum berangkat balik ke Malaysia keesokan harinya.
Pejam celik pejam celik rasa macam sekejap sangat kat Korea. Menyesal pun ada sebab pergi sekejap. So, my advise yorobun, kalau kamu2 semua nak pergi ke Korea, pastikan pergi lama2 sikit, 5 hari itu tak cukup oke! Banyak tempat tak dapat pergi...Tapi takpe, itu semua bukan alasan untuk tidak merepeat. Eh?
Sekian!