recent posts

Thursday, December 29, 2011

Kira-Kira Korea

Entry pasal korea yang lepas tak mention pun pasal bajet..so ini adalah aku punya kira2 untuk pergi ke korea sebagai rujukan korang.

1. Tiket flight (return) - RM987.00
  • time ni tiket promo pegi RM250++ balik RM400++ (nk lg murah cari la yg pergi balik RM200++)
  • termasuk insurans, baggage(15 kg), makan (pergi je), tax
**my advice, kalau baggage korang besar, for safety amek 20kg terus dan belilah makan untuk pergi dan balik terus sbb 6 jam setengah mmg lapar la kan..

2. Transportation 
  • Bas dari Incheon ke Seoul - KRW 10,000 (RM 30.00)
  • Kad T-Money - KRW 3,000 (RM9.00) + topup KRW 20,000 (RM60.00)
  • Teksi dari Seoul ke Incheon (Satu Teksi) - KRW60,000 (RM180.00) aku kongsi dua orang
  • Teksi ke Jeti Nami Island (return, satu teksi) - KRW 6,000 (RM18.00) aku kongsi dua orang
  • Ferry + Entrance Fee Nami (return) - KRW 8,000 (RM24.00)
** untuk 5 hari punya trip, T-Money tu lebih daripada cukup. Aku siap pegi Nami Island naik subway lagi, tp still ada balance KRW8,000

3.  Fee
  • Cable Car N Tower (pegi balik) - KRW 7,500 
  • Gyeongbukgung Palace - KRW3,000
**my advice, pergi 4 palace terus dan bayar tiket KRW10,000, kitorang aritu tak sempat.

4.  Makan - KRW 50,000 (RM150.00)
  • satu meal anggaran dalam KRW5,000 - KRW10,000 sorang.
  • aku bawak bekal gak.
**nak jimat makan korang bawak la siap2 daripada M'sia, klu dok kt Guest House, ada tempat utk masak dan kalau tak jumpa Halal restaurant, korang tawakal je la makan kat kedai2 yg korang yakin, order seafood atau sayuran k.

5.  Penginapan untuk seorang = KRW 105,000 (RM 315.00)

  • Incheon Guest House 1 malam - KRW 50,000(RM150) X 2 malam = KRW100,000 (kongsi 2 orang)
  • Namsan Guest House 1 malam - KRW 55,000(RM165) X 2 malam = KRW 110,000 (kongsi 2 orang jugak
6. Shopping

  • aku ada shopping beg sandang satu, handbag satu, beg balik kampung satu lebih kurang dlm KRW100,00
  • BB Cream Etude + KRW14,000 (RM42.00) kat sini jual RM79.90
  • Tshirt Korea Putih+Kelabu - KRW5,000 sehelai (aku beli 8 je)
  • Tshirt Korea Kanak2 (colour) - KRW 9,000 sehelai (aku beli 5)
  • Jersey Kelab Korea - KRW 10,000 (satu je utk adik aku)
  • Fridge Magnet N Tower- KRW1,000 (aku beli banyak, tak ingat)
  • Fridge Magnet besar - KRW3,000 (ada dalam 6 kot)
  • Makeup Case - KRW4,000 (5)
  • Pencil Case - KRW2,000 (5)
  • Set Chopstick + Sudu - KRW3,000 (5)
  • Pashmina - KRW10,000 (aku beli 2)
  • Keychain - KRW3,000 satu (aku beli yang berkualiti sikit)
  • Bookmark - KRW3,000 (5)
  • Blaus - KRW5,000 (aku beli 2)
ape lagi yang aku beli ek?? tak ingat da..Ada lagi yg aku beli yang kecik2 tu, tak ingat la pulak rege die.

Tapi secara total duit RM2,000 yang aku dah convert ke

RM1500 - KRW 540,000
RM500 - USD 156

masih berbaki lebih kurang RM210 bile aku dah convert balik duit malaysia. Maknanya, secara berhemahnya, aku habiskan tak sampai RM2k kat Korea. Jimat kan? haha

kalau korang penjimat mcm aku, korang boleh pergi jugak. ;)

ada duit RM3k dalam tangan? ok. anda dah boleh pergi korea dah. pergi book tiket cepat!

p/s : aku malas nak kira detail2, klu korang nak tanya sila comment kat bawah ye! 

3 comments:

  1. Bagusnya info..boleh la sy refer. thks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..waktu ni terover rajin..btw, thanx for dropping by..:)

      Delete
  2. CT singgah korek entry2 lama jap.. hihi buat rujukan =)

    ReplyDelete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow