recent posts

Tuesday, December 6, 2011

Saranghae Korea...Day 3

Yorobun!!

Hari yang ketiga sudah bah...kejap je masa berlalu, dah pun masuk hari yang ketiga..hati sudah mula jatuh cinta dengan Korea..Apa lagi, jom teruskan perjalanan!

Pagi hari Sabtu ni mula-mula ikut cadangan nak ke Nami Island, tapi disebabkan keadaan kaki dan badan yang teramat sakit, maka, cadangan tu ditangguhkan ke hari yang keempat.  So, hari yang ketiga ni kami bercadang nak jalan-jalan area Seoul je..

Kami gerak lambat sikit, sebab masing2 macam dah nak demam dah dengan selesema dan kaki yang sakit. hehe.  Nasib baiklah before pergi ni ada buat exercise jugak, kalau takde, memang agaknya dah kena papah dah.  Pergi sdn bhd ni memang banyak berjalan, naik tangga turun tangga.  Kalau korang pun nak pergi sdn bhd cam kami ni, sila exercise ok.  Naik turun tangga kat pejabat pun ok.   

Sebelum gerak, breakfast dulu kat pantry.  Jumpa satu family daripada Singapore, friendly jugak makcik tu.  Dah breakfast, kami pun memulakan perjalanan ke Gyeongbukgung Palace.


Tu diaaa..
Nasib kami baik sebab dapat tengok upacara tukar pengawal istana, on time gitu kami sampai..jom tengok oppa2 ni jom..

Muke nak siyes la kan..
Close up..hehehe...
Die sempat senyum kat orang nk amek gambar...hehe..boring le tuu..

Tengah berarak..
Dah selesai upacara, kitorang pun memulakan mula la buat rondaan kat sekeliling istana ni..

Tetibe rasa macam aku gedik..haha..terima je la ye..

Time ni sejuk woooo..

Pintu gerbang..
National Folk Museum..

Patung Korea kat dalam Muzium

Saja nak enterprem...hehehe..
Aku taknak cite banyak pun sebab bak kata Yuna, di setiap gambar ada lagu. hehe. Korang tengok je la gambar tu dan bayangkan korang pun berada di sana k. Kalau korang nak cuci mata lagi tentang tempat-tempat kat Korea yang aku tak sempat pergi, korang leh tengok blog Bdk2 ni, die ni antara forumer kat Cari yang pergi ke Korea baru-baru ni jugak. Gambar2 die santek, jelesh i. hehe..

Lepas daripada melawat istana, kitorang menuju ke Namdaemun. Namdaemun ni merupakan syurga membeli belah bagi pelancong2 yang melawat Korea.  Banyak souvenior jual kat sini. Disebabkan kami sudah rambang mata dan sibuk tawar menawar maka kami terlupa untuk ambil gambar, hanya ada sekeping gambar je yang sempat aku snap. Penangan shopping betul..hehe

Souvenior dari Korea..harga kat sini kira boleh tahan jugak la...
Itu je gambar kat Namdaemun. hehe. sorry guys! Kalau korang datang sana, mesti korang pun akan jadi macam aku, dengan tangan penuh dengan plastik, camne nak snap2 gambar kan.

On the way nak ke Subway Station tu, kitorang terjumpa satu stall Kebab yang dak2 kat forum Cari suggest. Kami pun membeli la untuk mengalas perut.  Memang betul-betul tepi jalan, kalau tak cari pun boleh jumpa.  Tapi, kalau korang memang jenis tak tahan pedas, jangan mengada nak order spicy, sebab aku rasa telinga aku siap dah kuar asap bila makan kebab spicy tu, sebotol mineral gak la abes aku teguk nak hilangkan kepedasan tu.

Ni diaaa..
Okeylah, perjalanan hari yang ketiga ni agak simple. Lepas Namdaemun, kitorang balik GH dulu, sebab barang-barang pun dah banyak beli sampai tak cukup tangan nak pegang.  Cadangnya nak singgah letak je kejap, then nak keluar balik, tapi disebabkan kepenatan yang teramat tu kami ambil keputusan untuk tidur sekejap.  Dalam 2 jam lebih jugak la kitorang tido, then dalam pukul 8 malam kitorang pun keluar balik, pegi jalan-jalan kat Dongdaemun semula. Tapi Dongdaemun malam Ahad tak berapa nak happening, kitorang just jalan2 kat dalam Migliore sampailah pukul 11 malam. Balik ke GH kitorang pun start packing, sebab keesokan harinya tu kitorang dah nak check out.

Dah siap packing barang, kami pun tido dengan lenanya...zzzZZzzz..

To be continued...

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow