Assalamualaikum semua..
Korang dah plan nak kemana lepas ni? Jeles dengan korang yang dah standby berderet ticket flight dan tunggu masa je nak bertolak tu. Buat masa ni aku agak kesibukan, seperti biasa dah masuk hujung2 tahun ni, lambakan assignment sedang menunggu deadline dan final exam pulak awal Januari nanti.
Apa yang aku bawa masa aku travel?
Itu adalah persoalannya disini sekarang. Jom baca karangan aku ni untuk lebih details.
Tiket, passport, visa, duit, handphone tu adalah benda wajib bawak. Itu korang tak boleh lupa, kalau lupa gak, alamatnya terlepaslah kapal terbang. Selain tu, yang penting jugak adalah itinerary dan map. Manakala yang aku listkan kat bawah ni adalah option kalau korang nak bawak jugak. Toiletries tu depends ar kat korang, kalau nak beli kat tempat yang korang nak travel tu pun takde masalah. Kalau yang travel kaya, kat hotel memang dah disediakan semua tu, takpayah bawak pun takpe. Kalau yang travel miskin, eh, travel budget, bawaklah toiletries yang bersaiz kecil. Deodorant jangan lupa, kalau tak nnt korang dilabel sebagai mat/minah bangla.
Lain-lain keperluan adalah mengikut cuaca/suhu kat tempat yang korang nak pergi. Make sure korang bawak pakaian yang sesuai ikut cuaca kat tempat yang korang nak pergi. Aku memang tak details kan pasal pakaian sebab lain tempat lain pakaian yang diperlukan. Before pergi tu, rajin-rajinlah tengok weather forecast. Kalau ada kemungkinan hujan, korang leh standby bawak disposable raincoat atau lebih dikenali dengan nama poncho.
Entri kali ni just nak share dengan korang semua beberapa barang yang penting untuk dibawa apabila travel tidak kira musim panas, sejuk, bunga ataupun luruh. Bagi aku kesemua benda ni sangat-sangat penting dan ketiadaannya membuatkan trip aku tidak bermakna..heeee
Backpack
|
Backpack aku yg paling berjasa |
Kalau nak travel bergaya, kena bawak luggage besar, tapi aku mesti nak bawak gak backpack aku tu. Backpack Deuter tu aku beli kat Padang Besar, actually adik aku punya tapi aku rembat, sekarang dah jadi hakmilik aku selepas kami membuat sesi pertukaran secara barter. Kikiki. Harga yang besar tu 60L tu kitorang beli time tu less than RM100. Kalau nak beli kat Vietnam pun leh dapat dalam RM60-RM80.
Travel Cooker
Aku punya travel cooker ni jenama Sanyo. Bos aku tolong belikan time dia pergi Langkawi dulu. Harganya lebih kurang dalam RM200++. Compact dan saiznya kecil, senang nak sumbat dalam beg. Boleh masak nasi, maggi, kari, rebus telur dan sebagainya. Aku memang angkut kalau aku travel lama, kalau setakat pergi Indonesia aku tak bawak. Sangatlah berguna sebab aku ni kadang2 jenis yang tak lalu nak makan sebarangan. (Kadang-kadang aku masak nasi kat rumah guna travel cooker jugak, bila makan sorang, selalu aku masak pun satu pot kecil je, x berbaloi aku guna periuk nasi aku yg kat rumah tu, masuk dlm travel cooker lagi cepat masak..haha)
Info tambahan : Mie inform boleh beli Travel Cooker ni kat Restoran Mukmin (Chinese Muslim), Seksyen 19 Shah Alam dengan harga tak sampai RM200
Travel Iron
Aku baru je berjaya memiliki travel iron ni jenama Philips, kirim kat kawan aku waktu dia pergi Langkawi, harganya tak silap RM120 ke RM130 camtu, lupa pulak. Sebelum ni aku mengangkut gak yang besar kalau terdesak. Nak buat camne kalau aku ni memang pakai tudung bawal yang nak mesti nak kena iron gak. Waktu aku pergi Perth aritu bos aku yang pinjamkan. Sporting kan bos aku? hehe.. Dia sangat supportive bab2 travel ni walaupun PA dia selalu tinggalkan dia.
Info tambahan : Zilla inform boleh beli Travel Iron ni kt kedai elektrik depan 101 Mall, Puchong dengan harga RM100
Universal Adaptor
Yang ni kalau tak bawak gak memang menangis tak berlagulah korang. Lain negara lain jenis plugnya. So, invest untuk beli yang mahal sikit dan yang penting semua jenis adaptor ada. Kalau beli yang murah tu cepat rosak ataupun rosak sebelum digunakan. Beli sekali leh pakai berkali-kali.
USB cable ni kegunaannya untuk charge handphone dalam kereta sewa, charge handphone kat dalam bilik hostel, leh guna untuk power bank jugak, transfer gambar kat PC dan banyak lagilah kegunaan.
Charger handphone, charger kamera, charger power bank, charger batery, silalah bawak segala jenis charger ni. Kalau jenis yang travel banyak nak shoot gambar, bawaklah bateri extra. Just in case. Tak berat mana pun beg kalau angkut bateri ngan charger tu. Lagi satu, power bank, dah memang wajib ada untuk semua pengguna smartphone.
Kamera
Kalau nak travel mesti nak kena bawak kamera. Lagi satu, kalau bawak kamera, make sure malam sebelum bertolak tu dah charge bateri, dan make sure memory card ada dlm kamera tu. Ada kawan aku penah tertinggal memory card, satu hal pulak nk membelinya kan.
Kompas
Aku standby bawak kompas kalau kat tempat yang aku pergi tu memang susah nak jumpa surau/masjid, dan kalau yang dah ada apps kiblat dalam hp tu boleh guna pakai la kot. Tapi aritu aku jadi tak yakin dengan kompas dalam hp tu. Ni sebagai alternatif je, kalau bawak pun tak de salahnya, tak berat dan tak makan ruang sangat pun.
Digital Scale
Digital scale ni pun aku baru beli lepas trip ke Vietnam. Digital scale ni berguna jika korang travel kat tempat yang shopping heaven dan korang nak borong sakan untuk timbang beg2 korang supaya tak overweight. Kadang-kadang ada hostel/hotel yang takde sediakan scale, kalau terover sikit korang leh mintak tolong kawan2 yang tak berapa nak berat beg dorang tu bawakkan barang korang kan. hehe. Berguna dan harganya lebih kurang dalam RM30++. Aku beli online kat Qoo10.
Telekung Travel dan Mini Sejadah
Mini telekung ni kena beli yang mahal sikit, sebab yang murah sikit tu terlampau jarang. Saiz compact, senang nak masuk dalam beg. Mini sejadah tu pulak Makcik aku bagi, die beli time g haji dulu. Alhamdulillah sangat2 berguna setiap kali travel.
Microfiber Towel ni ringan, menyerap air dan cepat kering. Kalau dilipat pun memang akan jadi kecil dan senang nak bawak. Ada sesetengah hostel/hotel tak sediakan towel, so, bolehlah standby towel jenis ni. Aku beli kat kedai Daiso, lima hengget je. Tapi saiz dia agak kecik sikit, kalau nak yang lebih besar trylah usha2 kat Qoo10, aritu aku ada ternampak. Harga pun tak mahal sangat.
Wet Tissue
Bagi aku, wet tissue ni dah jadi barang wajib aku ke mana-mana sahaja aku berada. Tak kira di dalam atau di luar negara. Kegunaannya adalah untuk buang mekap, nak lap tangan pas makan belacan, nak basuh shishi sebab kt oversea kan ada toilet jenis takde paip dan paling penting sekali untuk yang bawak anak kecil.
First Aid Kit
Takdelah aku nak suruh korang hangkut satu kotak first aid tu, memadai korang bawak ubat-ubatan. Macam aku, aku akan bawak panadol, ubat selesema, balm, yoko-yoko, minyak angin, hansaplast dan gaviscon. Standby je, tapi selalunya panadol memang aku telan.
Sewing Kit
Memadai bawak satu benang hitam, jarum dan ketip kuku yang bertindak sebagai gunting. Sebab kalau tetiba baju tetas ke, terkoyak ke, ada penyelamat datang membantu. Hehe
Sunblock/Lotion/Moisturizer/Lip Balm
Kalau pergi pulau better bawak sunblock, atleast takdelah burn sangat kalau kena pun. Lotion sangat2 mandatori kalau pergi tempat-tempat yang sejuk. Bila sejuk kulit kita jadi kering, so, apply lotion sikit supaya tak jadi gatal-gatal ataupun kulit mengelupas. Bawak yang botol kecil je, janganlah bawak yg jumbo size. Lip balm pun penting dibawa ke negara bersuhu sejuk. Ikutlah korang pakai jenama apa pun, yang penting sesuai dengan kulit.
Padlock/ Cable ties
Untuk keselamatan barang2 korang, gunalah padlock atau cable ties. Make sure bawak ketip kuku untuk bukak cable ties tu.
Ok, sekian tips untuk kali ini. Kalau rajin aku update lagi tips2 lain.