nuffnang ads

recent posts

Wednesday, February 6, 2013

Medan, Indonesia - Day 1 (Part 1)

Horas!
Horas adalah ucapan tradisi bagi kaum Batak Toba, sama ada nak ucap selamat datang ke, selamat sejahtera ke, even selamat tinggal pun boleh.  Sepanjang perjalanan ke Parapat, korang akan tengok banyak signboard tulis horas. Time tu senyum je, sebab korang dah tau apa maksudnya, ok?!

Alhamdulillah, trip 4 hari 3 malam ke Medan diredhoi sebab semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ada sikit-sikit kecacatan.  Biasalah kan kerana dugaan dan cabaran itu membuatkan kita mengenali erti sebenar kehidupan..kekdahnya..

So, Medan is my first trip of this year, kira opening trip of the year la..*fireworks*
Dan ini adalah trip pertama aku ke Indonesia.  Walaupun aku baca macam-macam version alkisah mereka-mereka di Indonesia yang membuatkan aku agak gentar, tapi sebenarnya, Medan tak seperti yang digambarkan..Everything was okay dan takde kejadian yang tak diingini berlaku pada aku..sekali lagi Alhamdulillah..

Flight aku ke Medan jam 7.40 pagi, so, seawal jam 4.00 pagi dah bangun, mandi dan bergerak ke Putrajaya Sentral.  Aku parking kereta kat situ je, so far, memang tak ada masalah parking kat situ.  Tiket dah beli siap-siap sebab takut kaunter tiket buka lambat dan kalau dah bukak pun akan ramai yang queue.  Tiket ke ERL boleh dibeli dengan harga RM5.50 (ERL+Bas).  Tiket tu boleh tahan seminggu, so, korang boleh la beli tiket 2 3 hari awal.  First train jam 4.50 pagi.  Jangan risau dah kalau tak ada sesiapa yang boleh hantarkan korang ke LCCT, pergi sendiri lebih jimat, dan tak menyusahkan orang lain nak bangun subuh-subuh sepie tu semata-mata nak hantar korang.

Sampai kat LCCT, seperti biasa breakfast dulu sebab tak beli makan kat dalam flight plus takut nanti dah sampai kat Medan tak tau nak pergi breakfast kat mana. So, kena isi tank perut dulu. heee.  Aku baru terhegeh-hegeh nak check-in kat kiosk, so, tak dapatlah nak duduk dekat-dekat dengan cousin aku.  Sorang ke depan, sorang lagi kat belakang.  Flight ke Medan 50 minit je, bagi yang suka nak makan kat dalam flight, book la makanan waktu beli tiket tu, sebab kalau yang tak buat pre-booked, tak ada makanan panas yang dijual, dorang jual jajan je..melaparlah korang nanti gamaknya..

Kami sampai di Medan lebih kurang pukul 7.30 pagi waktu Indonesia.  Keluar je daripada pintu airport tu dah nampak la sign nama cousin aku, sebab dia yang booking kereta.  Dengan gembira dan excited kami pun bergerak menuju ke kereta.  Bahagia la sangat, naik Innova  berdua je, jadi mem besar duduk kat belakang..huhuhu..Kereta tu cousin aku book dengan Pak Erwin daripada Fantasy Holiday.  Highly recommended sebab Pak Supir aku Pak Awen tu bagus orangnya dan senang nak berkomunikasi.  Korang boleh guna contact details seperti di bawah:


Fantasy Holidays
Jl. Brigjend Katamso No.70C/106 Lt.III. Medan 20159
Hp. +6281370644154, +6281264607007, +60173958098. Phone. +6261 4535455. Fax. +6261 4530881. 
Email. fantasyhol@gmail.com. Web. www. fantasy-holidays.com


Destinasi pertama kami di Medan adalah melawat Istana Maimoon.  Kalau ikutkan nak terus ke Parapat tapi Pak Supir beritahu yang masih awal lagi dan boleh singgah di Istana Maimoon sekejap.  Jadi, kami pun singgah, orang pertama sampai! Siap tolong bukak lampu lagi..hehe..Exaggerate lebih tapi betul lah, kami sampai tu, lampu pun tak bukak lagi tau.


Istana Maimoon ni merupakan istana bagi Kesultanan Melayu Deli.  Istana ini telah dibina sewaktu pemerintahan Sultan Ma'moen Al-Rasyid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888.  Dah 125 tahun dah istana ni dibina.  Istana ni sekarang masih didiami oleh ahli keluarga sultan dan dibuka untuk kunjungan orang ramai.  Nak masuk ke istana ni ada bayaran juga tapi murah je sebanyak IDR5000.  Itu kira sumbangan korang la pada istana tu.  Disebabkan Indonesia merupakan negara yang diperintah oleh Gabenor, jadi Raja-Raja Kesultanan Melayu di sana dah tak ada apa-apa kuasa lagi.  Berbeza dengan keadaan di Malaysia di mana kita masih lagi meletakkan kuasa Raja/Sultan kuasa yang tertinggi.  


 




 

Setelah selesai menziarah istana ini, kami pun terus bergerak ke Parapat, tapi sebelum tu, isi minyak penuh+beli jajan+pergi ke toilet..Toilet kat stesyen minyak gratis ya temen-temen.  Hehe. Gratis tu maksudnya percuma.  Lagi satu, jangan lupa beli sim card Indonesia untuk keriangan yang maksimum..Tak perlu buat roaming, beli je simcard sana dengan harga IDR8000 dan isi pulsa sebanyak IDR20000.  Jangan pelik kalau dengar orang tu cakap pulsa, pulsa tu maksudnya topup.  Dalam simcard tu memang dah ada credit IDR3000.  Internet laju jugak, tapi kena la berjimat cermat, kang habis pulak sebab korang main internet. Tapi disarankan beli sebab senang nak call Pak Supir atau nak call hotel in case ada apa-apa hal.  Nak SMS dan call orang kampung kat Malaysia pun boleh, tapi mahal sikit je la. Bolehlah daripada takde langsung kan? Bahagia weh!


to be continued..



33 comments:

  1. Asslm bole email sy harga pak supir Ni Tak? Email sy sitinorizna84@yahoo.com tq

    ReplyDelete
  2. As salam.. sis leh email kan harga supir ni x.. darnial_zariff@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam..boleh emelkan harga yg saudari dapat untuk pak supir ini...dan cara nak booking supir ni...terima kasih..emel ke fred5181@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. done, pls check your email..cara nk book via emel yg dah tulis kt atas nun..

      Delete
  4. Salam cik..blh email harga pakej supir ni..beluncas@gmail.com..tq

    ReplyDelete
  5. As salam sis, boleh email akak berapa agen tu caj utk seluruhan trip n camane nk book. Email ke yusniza@yahoo.com. Tks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check ur emel dear, dah emelkan..thanks for dropping by..:)

      Delete
    2. Emel tendang la, betul tak emel tu? ada emel lain?

      Delete
    3. tendang ker?? sorry sis... resend ke yusniza@proton.com. TQ

      Delete
  6. leh x emailkan hege hire pak supir ni x? sarangheakhj@ymail.com

    ReplyDelete
  7. boleh emailkan details dekat aizzatymubarak@gmail.com dear? thanks :)

    ReplyDelete
  8. Salam boleh email details ttg pak supir ke athirahas@gmail.com ..
    thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt, bru dpt nk reply..dah send emel dh..

      Delete
  9. salam boleh email details ttg pakej medan x.... azlilawati_ishak@yahoo.com

    tq in advance :)

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Boleh email harga pak supir ni tak? nizzati@oceaneering.com

    Thank you :)

    ReplyDelete
  11. Salam, nk mintak emailkn jugak details charge pak supir ni boleh?thanks:)
    Email:ctnora98@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Salam, nk mintak emailkn jugak details charge pak supir ni boleh?thanks:)
    Email:budiman.545@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Email detail charge pak supir n detail. aida_niz89@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Boleh emailkan details n charges supir x.. belicious96@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  16. salam...saya azzry...boleh minta emelkan saya harga supir x? terima kasih ya...drcra_zy@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas info. Masih mencari supir yang sesuai. Hotel dah booking sendiri. Nak pergi April 2015. Setahun awal merancang.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, boleh emailkan saya pakej dan harga pak supir ni? email saya eQa_lala91@yahoo.com

    Thanks! :)

    ReplyDelete
  19. Salam sis. Email untuk saya juga ye. lynnrahman88@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Hi..salam..
    Thank u so much dah menggunakan jasa Fantasy Holidays..
    Sampai jumpa di trip selanjutnya satu Indonesia with Fantasy Holidays..

    Our Promo Hot Package 2017 "Lombok"

    Contact us :
    www.fantasyholidays.net
    fantasyhol@gmail.com
    nidya.dpm@gmail.com
    Wa: +6281370644154

    ReplyDelete

Subscribe and Follow