nuffnang ads

recent posts

Monday, November 19, 2012

Bulih Bha Kalau Ko - Day 1

Hi guys!
Ok, cerita Bangkok kalau ada lagi nanti update kemudian, ok?!  Now lets move on to Sabah getaway with my awesome primary schoolmates! Primary ok! Some of them, aku kenal since umor 5 tahun and the rest sepanjang persekolahan kami dari Darjah 1 hinggalah ke Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh or SKPJ.  Almost 20 years together, setelah banyak kali pertemuan dan perpisahan.  But yes, we are still here, together and always be friends.  Nak cerita panjang pasal mereka ni, I think kena buat satu entri khas.  Just for them.  Tapi sekarang nak cerita pasal percutian kami di Sabah.  

Para-para pelakonnya adalah seperti berikut : 


Putrajaya Sentral ke LCCT

Dalam ERL menuju ke LCCT. Muka ceria walaupun awal pagi. Pukul 5 pagi kot time nih!

Flight kami ke Sabah memang subuh2 sepi'e bak kata orang noghori.  So, jam 4 pagi kitorang dah gerak daripada rumah menuju ke Putrajaya Sentral.  Disebabkan kaunter tiket bukak pukul 5.30 dan kami terpaksa ambil 1st train pukul 4.50 pagi, tiket kena beli awal.  Kalau korang nak ke LCCT daripada Putrajaya, amat mudah sekali caranya.  Next time kalau takde orang dapat hantar g LCCT, maka tak payahlah risau dan bersedih.  Hehe.  Just cakap je kat kaunter tiket korang nak ke LCCT. Then, mereka akan bagi 2 tiket, iaitu tiket ERL dan tiket bas berharga RM5.50 sehala.  Tiket tu boleh tahan seminggu.  So, tak de masalah nak beli awal.  ERL ni sgt2 sharp masanya, so, make sure korang berada di sana tepat pada masanya.  Ok. Lupa pasal parking. Parking sangat murah ok.  Kami parking 3 hari hanya perlu bayar RM16.00 sahaja, parking yang berbumbung ye kawan2.  Murah sangat2.  So, kena turun kat Stesyen Salak Tinggi, cari jalan keluar, bas sudah sedia menanti dekat depan tu.  Berhenti pulak nanti betul2 depan pintu LCCT.  Mudah ya amat dan sangat menjimatkan.


Dari Juasseh ke Kota Kinabalu 

Sebenarnya, ini first trip kami bersama naik flight, means jauh la sikit, selalu tu dekat-dekat aja.  Jadi tahap keriangan kami agak sukar untuk dikawal. Hehe.  Sampai2 di Sabah, tourist guide kami iaitu Mak Jemah datang jemput kat airport untuk dibawa ke apartment Marina Court.  Apartment ni  pun Mak Jemah yang tolong carikan.

Dah setel check in, kami pun keluar bersiar-siar.  Pengangkutan di sekitar KK adalah dengan berjalan kaki.  Exercise la sikit kan. Lagipun, semua tempat dekat-dekat la jugak. So, kami pergi makan dulu, isi perut kenyang-kenyang pastu baru berjalan.

First sekali destinasi kami adalah Pasar Filipin.  Tak banyak sangat gambar sebab masing-masing sibuk window shopping.

Pilih kak, pilih dik.....Mutiara ada, kristal pun ada bah..

Daripada aku pergi tahun lepas, sampai ke tahun ni, katak dan ikan itu masih kekal disitu, sama seperti dulu...heee

Banyaknye lobster! Nak!!!!!!

Duduk dalam pasar filipin tu, ingatkan sekejap, sampai ke malam. hehe. Keluar tengok dah gelap je.  Dah boring kat situ, kami beralih pulak kat Pasar Malam kat seberang jalan bertentangan dengan Pasar Filipin tu.  Barang-barang yang dijual lebih kurang sama, tapi bermacam-macam harga, so pandai2lah ye.

Jom pilih sebenie untuk kawan2 yang ditinggalkan...hehe

Shopping hari pertama dihentikan setakat itu sahaja.  Sebabnya, baru hari pertama ok.  Kang duit abes tak pasal2 tak dapat naik bot.  Hehe.  Malam tu, Mak Jemah cadangkan kami dinner kat Pasar Todak.  Kalau daripada Pasar Filipin tu, kena jalan sikit ke depan.  Pasar Todak tu bersebelahan dengan Pasar Basah kalau tak silap.  So, jalan la sampai korang jumpa banyak2 khemah gerai makanan.  


Pilih jangan tak pilih!



Mesti nak kena ada jugak muka eksaited kan? Walaupon.....

Suka sangat gambar ni...happy+weirdo faces of them..priceless!

3 Rasa? Sweet Sour? sorry aku fail bab2 mengenal jenis masakan..haha
Ikan bakar
Ketam butter! Yummeh!
Sotong goreng tepung pun ada cik Jah oiiii
Aku tak sure ikan ini masak apa, tapi serius to say, sangat SEDAP!! uwaaa....nk lagiiii
Muka masing-masing bahagia dan takde rasa bersalah pon setelah melicinkan semua hidangan..hehe

Banyak tak banyak juga la yang kami order. Disebabkan perut masih kenyang, kitorang tak order nasi. Ratah2 lauk je.  Tapi lauk2 kat sana memang superb.  Sedap sehingga menjilat jari kelingking.  Heeeeeeeee..Puas hati sangat-sangat.  Total makan + minum malam tu tak cecah RM150 pun semua sekali.  Murah dan puas hati.

Lepas makan, badan pun dah penat semacam.  Malam tu terus je balik ke apartment.  Ada sesi lain pulak kat apartment iaitu sesi membaca surat-surat lama dan mengimbau kenangan.  Baca balik buku2 autograph yang lama2 tu.  Credit to Momot sebab daripada Juasseh ke Kota Kinabalu ko bawak surat2, kad2 raya daripada aku! Malu giler bila baca balik surat2 lama.  Rindu sangat zaman itu!!  Ayat dan tulisan memang ntah hape2.  Ye la kan, dah nama pun budak sekolah rendah lagi time tu. Kenangan yang sangat indah.

Tamatlah hari pertama kami, so, nantikan hari yang kedua pula ya.

BYE!






2 comments:

  1. Dear..u gi awal pagi kan? So bas paling awal tungu kat salak kul bape? I biasa mmg travel guna erl je..tp x penah guna erl subuh sepie..

    ReplyDelete
  2. turun je train tu bas mmg dah tunggu..don't worry..sbb bila beli tiket ke LCCT, pakej skali erl+bas, ambil first train pun bas mmg akan tunggu..

    ReplyDelete

Subscribe and Follow