nuffnang ads

recent posts

Wednesday, November 21, 2012

Jab Tak Hai Jaan

Sumber : Google
Suatu ketika dahulu, Bollywood ni sememangnya menjadi satu fenomena di Malaysia.  Mana taknya, rata-rata penggemar filem hindustan ni selalunya mampu menghafal lagu-lagu termasuklah step tarian yang ada di dalam filem-filem hindustan yang mereka minati.  Seingat aku, aku mula minat tengok hindustan bermulanya cerita Kuch Kuch Hota Hai.  Aku percaya, ramai yang mula menggemari cerita hindustan start daripada cerita tersebut.  Fenomena Shah Rukh Khan ketika itu mulalah menular ke seluruh hati-hati anak gadis di seantero dunia (mak2 gadis pun tidak ketinggalan).  Siapa tak kenal watak lakonannya sebagai Rahul dalam KKHH tu kan?  Dan memang tak sah kalau tak habis sekotak tisu sepanjang 3 jam cerita hindustan itu dimainkan.  (aku kadang2 pakai towel terus)

Sejak daripada cerita KKHH tu, maka semakin banyaklah cerita2 hindustan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.  Kalau aku mintak korang sebutkan, agaknya, bukan takat sebut, malah korang still boleh recall lagu-lagu yang ada dalam filem hindustan dolu-dolu tu kan.  

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak kat nasi? Begitulah aku umpamakan diri aku ni dengan filem hindustan sebab abah ngan mak aku pun gemar gak tengok cite hindustan.  Tapi cuma semenjak dua menjak ni abah semakin tak boleh terima dengan cite hindustan sebab pakaian pelakon perempuannya semakin mencolok mata.  Tak sesuai untuk tontonan umum katanya. heeeee

Berbalik kepada tajuk utama iaitu Jab Tak Hai Jaan, filem terakhir Yash Chopra.  Lepas ni, mungkin susah nak dapat lagi filem-filem seperti karya beliau.  Jab Tak Hai Jaan ni adalah sajak sebenarnya. Gambar yang aku taruk kat atas tu just translation kepada sajak tersebut.  Jab Tak Hai Jaan ni membawa maksud selagi aku masih bernafas.

Kalau nak compare cerita ni dengan cerita Yash Chopra yang lain, mungkin cerita ini agak tidak dapat men'touching'kan aku sangat, which is aku takde pulak menangis beria-ia.  Sekadar airmata bertakung je.  Tapi disebabkan Shah Rukh Khan yang berlakon, aku sanggup je nak tengok. MELTING!  Kedua-dua heroin dalam cite ni heroin baru.  Katrina Kaif dan Anushka Sharma.  Sebab bukan Kajol mungkin, aku kurang la nak rasa touching. hehe.

So, have a look trailer kat bawah, kalau takde member yang nak g tengok sama, g je la tengok sesorang. layan je.  hehe. #foreveralone sangat.  Kalau tak nak rasa segan sangat, siap2 print ticket ataupun beli je via smartphone korang tu, terus je scan barcode kat kaunter masuk tu nanti.  No need to wait, no need to queue.


Overall, aku bagi 3.5/5 star je untuk cerita ni.  Yang penting scenery dalam cerita ni sangat breathtaking dan dah masuk dalam list travel dah pun.. heeeee


p/s : nasib baik mama n babah takleh nak baca blog aku, kalau tak, mesti mama dan babah pakat cari calon suami untuk aku cepat-cepat sebelum aku menambah lg list travel aku...bak kata mama, kena ikat baru berhenti berjalan budak sorang ni..hehe..mama, org nk cari yang kuat berjalan cam orang jugak la, so takde sape boleh ikat orang sesuka hati.............peace!

No comments:

Post a Comment

Subscribe and Follow