recent posts

Thursday, June 25, 2009

:: SHAMS menggamit kenangan :: Part I

.. Kelas 1 Ikhlas ..

sempit.pelik tapi benar.lantai mozek.meja plastik.sebelah bilik warden.tingkat bawah asrama perempuan.

ye. itu kelas saya semasa di tingkatan 1. memang susah nak menang 3K.

byk yang saya dah lupa. masih ingatkah kamu?

ada yang saya sudah tidak ingat lagi. tapi saya masih ingat pada Cikgu Ismail, Ustazah Zuriyanai, Cikgu Muhamad, Cikgu Mariam, Ustazah Sawiyah, Teacher Darna dan yang lain-lain.

.. Kelas 2 Ikhlas ..

dah tak sempit lagi.still lagi di tingkat bawah aspuri.sebelah toilet lelaki.sangat dekat dengan pintu asrama perempuan.ye, saya suke itu.

yang paling saya ingat, saya ada geng suka usha orang.kami budak perempuan yang nakal. tak seperti budak perempuan di sekolah agama. suka mengusha seorang senior lelaki yang digelar JP. mana agaknye mamat tu sekarang ek? wati, aida, abby,nad, shira..kalian memang best!!

yang paling takboleh blah. saya penah jatuh kerusi dalam kelas. main jongket2 kerusi, time tu kelas Cikgu Aminah, belajar Geografi. tapi yang penting, tindakan drastik saya membuatkan semua tidak perasan 'kejatuhan' saya ketika itu. malu tak terkata. tapi hasma dan cikgu aminah bijak menyembunyikan rahsia. kerana pada ketika itu, seingat saya, hanya mereka berdua yang perasan.tidak pasti orang lain, tapi mereka ada bertanyakan perihal itu, tp kami hanya diam membisu, seperti tiada apa yang berlaku.huhu.syabas!

..Kelas 3 Ikhlas..

kelas sangat luas.blok D.sebaris dengan kelas tingkatan 3 yang lain yang sebelum ini terpisah.

byk kenangan sewaktu di tingkatan 3. kami pernah ponteng kelas BI-teacher Sanda. kami sepatutnya kena pegi Bilik Tayang utk setiap waktu BI.tapi sebab masa tu kami nak menyiapkan homework Math yang berlambak, kami sepakat satu kelas tak nak masuk kelas BI.isk3.sangat nakal.kids, pls don't try this at skool!. tapi yang paling takboleh blah, kelas lain yang kena marah dgn Teacher Sanda. teacher tak sangka kelas kitorang yang berani buat cmtu..so sweet.huhu.semua pandai berlakon, masing-masing muka suci. tapi seingat saya, budak laki kelas saya sgt suka bodek teacher Sanda.sebab tu dia sayang kitorang lebih..=)

byk lagi cerita time form 3.antaranya Ustazah Marzilah merajuk, smpai menangis ketua kelas kitorang time tu. kesian dia, budak lain yang buat hal, dia yang kena tempias. tapi ustazah memang marah sangat dengan budak lelaki masa tu. lama merayu kat depan bilik ustazah, akhirnya ustazah lembut hati. hm..budak lelaki kelas saya agak nakal time tu, tapi mereka sangat pandai, kagum dengan result PMR dorang.

bersambung....

2 comments:

  1. dan aku lah ''zai''...yg paleng baek sepanjang sejarah IKHLAS...1-3....hahahahaha

    ReplyDelete

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow